HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Sunday, July 31, 2011

Aktiviti Hujung Minggu (Telok Intan PETRONAS CubFrix) 3



Nak pecut dulu .....


Selekoh tajam


Aku jatuh la ...... 


Jom jalan kaki


Tompang Van..

SEJARAH TAMADUN ISLAM (PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN)


PEMERINTAHAN YANG DISYORKAN OLEH ISLAM
(P&P KHULAFA AL-RASHIDIN)

Kibarkan panji2 Islam

INSTITUSI KHALIFAH
-          Zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
KHILAFAH  
-          Berasa dari perkataan “Khalifat” (tunggal) dan “Khulafa” (jamak) yang membawa maksud “pengganti” - Pengganti Nabi Muhammad sebagai pemimpin umat dan negara Islam.
-          Khalifat / khulafa merupakan institusi pemerintahan Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunah.
-          Tiga cara pemilihan Khalifah:
o   Cara perundingan & persetujuan.
o   Cara menunjuk kpd seorang calon.
o   Cara menunjuk kpd beberapa orang calon & memilih seorang calon.
PENGERTIAN KHALIFAH
-          Berasal daripada perkataan Arab yang bermakna pengganti. Khalifah ialah individu yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran dalam sebua bidang selepas kewafatan rasullah. Khalifah juga bertanggungjawab dalam urusan keagamaan.
SYARAT PERLANTIKAN KHALIFA.
-          Islam. Lelaki, baligh, merdeka, adil, berilmu, sempurna sifat anggota, waras, tajam pemikiran, berani, wara’ dan menjaga kepentingan agama dan masyarakat Islam. Semua ciri – ciri di atas dimiliki oleh Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama
BAIAH.
-          Proses pengakuan seseorang kpd seseorang untuk menjadi Khalifah.
-          Memberikan pengiktirafan & taat setia kpd khalifah.
-          Khalifah yg mendapat baiah – menjalankan pentadbiran ikut al Quraan & Sunnah.
-          Khalifah yang ingkar hendaklah meletakkan jawatan.
MAJLIS SYURA
-          Dimulakan pada zaman Nabi & diteruskan zaman Khalifah Ar-Rashidin.
-          Khalifah Umar – Majlis al-syura; anggota diberikan hak melantik & menyingkirkan Khalifah:
-          Syarat-syarat menjadi ahl al-syura:
o   Beragama Islam - Lelaki.
o   Akil baligh.
o   Merdeka.
o   Adil & memiliki sahsiah yang tajam.
PROSES & MASALAH PERLANTIKAN KHALIFAH.
-          4 orang Khalifah Ar-Rashidin:
o   Abu Bakar al-Siddiq ( 11-13 H )
o   Umar bin Al-Khatab ( 13-23 H ).
o   Uthman bin Affan ( 23-35 H ).
o   Ali Bin Abi Talib ( 35-40 H )
-          Nabi tiada tinggalkan wasiat, serahkan kpd sahabat utk selesaikan masalah ini.
-          Dlm Hadis : “Imam-imam mestilah dari kaum Quraisy”.
-          Timbul masalah menentukan calon jawatan khalifah.
-          3 aliran pemikiran
o   Golongan yang menyokong Ali.
o   Golongan suku – suku Quraisy ( Muhajirin )
o   Golongan Ansar.
-          Nabi Muhammad sering mendapat nasihat & pandangan dari Abu Bakar.
-          10 H, Abu Bakar diberi tanggungjawab mengetuai ibadat haji.
-          Menjadi imam ketika dlm keadaan gering.
-          2 peristiwa sebagai isyarat perlantikan.
CONTOH PROSES PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR.
-          Nabi wafat tanpa meninggalkan wasiat. Peristiwa di Saqifah Bani Saidah.
-          Golongan  Ansar suku Khazraj telah berkumpul di Saqifah dan melantik Saad bin Ubadah sebagai khalifah. Suku Aus memaklumkan kepada sahabat Nabi Muhammad s.a.w
-          Saidin Umar, Abu Bakar dan Abu Ubaidah al – Jarrah dan sahabat yang telah bergegas ke Saqifa dimana berlangsungnya perlantikan tersebut.
-          Berlaku ketegangan antara kedua belah pihak, sehingga Abu Bakar menenangkan orang Quraisy. Ketegangan tersebut telah mewujudkan cadangan untuk mewujudkan dua orang Khalifah. Abu Bakar menyebutkan hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud pemimpin terdiri daripada orang Quraisy, kemungkinan berlakunya perpecahan jika Khalifah dari kaum Ansar, lalu beliau mencadangkan Umar al – Khattab.
-          Umar menolak cadangan tersebut, lalu mencadangkan Abu Bakar dengan menyebut kelebihan Abu Bakar.
-          Cadangan Umar telah diterima dan Abu bakar di beri baiah oleh mereka yang hadir.
-          Keesaokan harinya beliau telah diberi baiah di masjid dan memberikan ucapan.
PENUTUP.
            Apa sahaja yang berkaitan.



Friday, July 29, 2011

KETAHANAN & PERTAHANAN (TAMADUN DUNIA)



ASAL USUL KETAHANAN & PERTAHANAN (K&P)

TAMADUN MESOPOTAMIA.
1.      Mempertahankan negara dari serangan orang luar (gasar atau nomad)
Peperangan juga wujud kerana negara kota tidak ada sempadan yang jelas.
-           Peperangan ini terjadi kerana merebut bekalan air sungai utk pertanian (pertanian merupakan punca kemakmuran)
2.   Pembinaan tembok pertahanan
-           Pembinaan tembok di sekeliling kota utk mencegah pencerobohan dari luar.
-           Ada kalanya mereka (negara kota) bersatu memerangi puak luar yang sentiasa menyerang delta yang subur.
3.      Pemerintah Meso – bertanggungjawab membentuk & memimpin angkatan tentera:
-          Raja merekrut rakyat merdeka dan Eren (buruh paksa) menjadi tentera.
-          Raja turut dibantu oleh pegawai tentera profesional (agaush)
4.      Angkatan tentera Meso terdiri drpd;
-          Tentera berjalan kaki
-          Tentera berkereta kuda.
5.      Persenjataannya ialah kapak & lembing.

TAMADUN MESIR
1.      Penyatuan negara (menyatukan delta Nil) berlaku pada akhir zaman pradinasti melalui penyatuaan Mesir Utara dan Mesir Selatan oleh Narmer. Beliau lebih dikenali sebagai Menes.
2.      Melindungi Delta Nil - Setelah penyatuan dilakukan, Raja2 Mesir pula berperanan utk melindungi delta Nil (negara Mesir) dari serangan orang2 gasar Libya dan Palestin.
3.      Raja bertindak sebagai ketua negara dan pemimpin angkatan tentera utk mempertahankan negara.
“Lazimnya kebanyakan daripada kempen2 ketenteraan dipimpin oleh firaun menemui kejayaan” (Hawkes: The First Great Civilizations: Life in Meso, The Indus Valley dan Egypt)
4.      Angkatan tentera
-          Terdiri daripada buruh paksa dan rakyat jelata yang bebas dikerah. Rakyat ini dikerah untuk membina tembok dan kubu pertahanan.
-          Rakyat berbangga menjadi tentera kerana anggota tentera sangat dihormati, diiktiraf dan disanjung tinggi oleh masyarakat Mesir.
5.      Persenjataan
-           ketenteraan Mesir peringkat awal menggunakan busar, anak panah, lembing dan kapak.
6.      Zaman Kerajaan Lama:
-          Tidak terdapat tentera sepenuh masa.
-          Apabila berlaku peperangan, orang awam akan direkrut menjadi tentera.
-          Mereka bertugas sebagai penjaga keamanan di kawasan sempadan, mengawasai operasi kuari ( Sinai) dan ekpedisi perdagangan (Punt). Tugas askar-askar ini juga meliputi tugas sebagai tenaga buruh, dan polis.
-          Askar-askar ini akan diawasi oleh pengawal diraja dan komander-komander professional yang dilantik oleh raja.
-          Disamping mengawasi tentera mereka juga ditugaskan menjaga keselamatan golongan istana.
7.      Zaman Kerajaan Pertengahan;
-          Bilangan anggota tentera terlatih ditambah.
-          Pada tahap ini satu angkatan tentera kebangsaan ditubuhkan.
-          Tentera2 direkrut daripada Nome. Mereka ini dilengkapkan dengan senjata seperti busar dan anak panah yang diperbuat dari rumput buluh halus. Lembing serta kapak.
8.      Abad 18 SM Bidang ketenteraan mengalami perkembangan yang pesat apabila
-          Mesir mempunyai satu organisasi ketenteraan yang tersusun.
-          Mesir mempunyai tentera sepenuh masa dan simpanan yang ramai.
-          Kerjaya seorang tentera dipandang tinggi. Dapat meningkatkan status sosial terutama apabila berjaya dalam sesuatu kempen ketenteraan iaitu boleh menyimpan hamba, harta rampasan perang pangkat, selain dikurniakan tanah daripada estet milik raja)
-          Mereka2 terdiri daripada pemilik kebun2 kecil, golongan professional dan artisan.
9.      Zaman Amenhotpis III .
-          Ramai orang asing berkhidmat dalam tentera Mesir.
-          Mereka berkhidmat sebagai tentera upahan atau tawanan perang. Tentera tawanan perang ini akan dikurniakan tanah sebagai balasan mereka berkhidmat sebagai tentera.
-          Orang asing itu terdiri daripada orang Nubia, Palestin, Syria, Libya dan Sherdon.
-          Peringkat akhir perkembangan dan pembesaran dalam angkatan tentera membolehkan Mesir terlibat dalam pembinaan empayar.

TAMADUN MELAYU.
1.      Menurut Prof Muhammad Yusof Hashim (Peperangan Melayu dalam Tradisi Persejarahan Malaysia) menjelaskan bahawa peperangan dan konflik bersenjata di Alam Melayu berlaku dalam 4 jenis iaitu
i.                    Peperangan antarabangsa – peperangan antara kerajaan2 Melayu dengan kuasa2 asing ( Kerajaan Srivijaya dengan Raja Chola India Selatan).
ii.                  Peperangan antara negeri – Peperangan melibatkan negeri2 Melayu. Cntoh perang antara Melaka dan Acheh.
iii         Peperangan di dalam negeri / Perang saudara – Perang merebut takhta kerajaan dalam negeri2 Melayu.
vi         Pemberontakan
2.      Objektif/ Matlamat utama
-          K&P di Alam Melayu ialah untuk menambah pengikut dan hamba perang . Matlamat itu bukan untuk meluaskan wilayah. Oleh itu amalan pembunuhan secara beramai2 cuba dielekkan.
-          Golongan yang kalah (lemah) akan melarikan diri supaya tidak akan dijadikan hamba atau pengikut pihak yang menang.
3.      Kubu Pertahanan
-          Sering berlaku juga perpindahan ibu kota dan juga pelabohan ke tempat lain bagi mengelak serangan musuh. Oleh itu amalan mendirikan kubu2 pertahanan yang kuat dan lengkap ( lengkap dengan dinding, tmbok, parit dan benteng pertahanan) kurang diambil perhatian. Contoh Kerajaan Melayu Johor sering berpindah2 mengelak dari serangan Acheh dan Portugis. Kota yang pernah menjadi ibu negerinya ialah Sayong Pinang, Kota Tinggi, Batu Sawar, Johor Lama dan Riau.
4.      Amalan ilmu kebatinan
-          Dipraktikan .
-          Amalan seperti ilmu kebal, ghaib, mentera jampi,  tangkal azimat  dsb digunakan dalam peperangan.
-          Amalan ini bertujuan untuk membina kekuatan fizikal dan mental.


Monday, July 25, 2011

Aktiviti Hujung Minggu (Telok Intan PETRONAS CubFrix) 2

Gadis litar

Ke garis mula

Gambaran dekat

1,  2 , 3 Mula .....

Siapa dulu pecut

Thursday, July 21, 2011

Aktiviti Hujung Minggu (Telok Intan PETRONAS CubFrix) 1

SEKITAR LITAR PERLUMBAAN

Litar Perlumbaan

Podium

Abang

Adik

Gaya abang & adik

Tuesday, July 19, 2011

K0MANWEL, OIC, NAM & DLL


DASAR LUAR NEGARA.
Sukan Komanwel - DELHI 2010

A.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – KOMANWEL

PENGENALAN
1.      Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
2.      Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
3.      Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota.
 OBJEKTIF
1.      Menjaga kebajikan Negara anggota
2.      Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara anggota
3.      Kerjasama politik, sukan, kebudayaan dan sosial Negara anggota
4.      Meningkatkan pembangunan dan ekonomi.
MALAYSIA & KOMANWEL
1.      Rancangan Colombo (1950) – bantuan kewangan, teknikal, biasiswa kepada pelajar Malaysia.
2.      Tabung Ekuiti Komanwel – membantu Negara dalam modal perindustrian
3.      Dasar Aparteid (1960an) – bersama Negara anggota Malaysia menentang dasar tersebut.
4.      Misi Pemerhati Komanwel dalam pilihanraya di Fiji, Nigeria dsb
5.      Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGAM)
-          Tuan rumah 1989
-          Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar
6.      Sukan Negara-negara Komanwel (SUKOM) – tuan rumah pada 1998  


B.                 MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1969 di Rabat, Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara.
2.      Pejabat tetap Sekretariat di Jeddah (Arab Saudi)
3.      Malaysia adalah Negara pengasas OIC
OBJEKTIF
1.      Mengujudkan kerjasama, perpaduan kalangan anggota dalam bidang ekonomi, sains, social dan kebudayaan,
2.      Negara Islam yang aman dengan mencari kata sepakat tentang masalah dalaman secara perundingan
3.      Penyelesaian masalah Negara yang terlibat – Perang Iraq dan perjuangan rakyat Palestin
MALAYSIA & OIC
1.      POLITIK
-          Terlibat dalam konflik di Palestin, Bosnia, Kosovo, Somalia dsb
2.      PENDIDIKAN
-          Penubuhan UIAM di Malaysia
-          Kongres Islam Sedunia di Colombo 1982
-          Penerapan Syariah Islam – Islamadab 1979
3.      KEBAJIKAN
-          Membantu Negara Islam di Afrika – Chad
-          Bantuan kesihatan dan perubatan – pelarian Lubnan, Afghanistan
4.      KEBUDAYAAN
-          Pusat penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) di Istambul
-          Sukan Negara-negara Islam di Izmir
-          Pertubuhan Kebudayaan. Sains, dan Pendidikan (ISESCO) di Rabat
5.      EKONOMI
-          Pemberian biasiswa pelajar Islam di UIAM
-          Kerjasama kewangan kepada Negara Islam yang miskin
-          Eksport Negara Islam


C.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1961 di Belgrede , Yugoslavia ketika kemuncak perang dingin di Eropah
2.      Malaysia menyertai NAM pada 1969
3.      Negara NAM di anggotai sebanyak 114 buah Negara dengan 3 kali sidang kemuncak
OBJEKTIF
1.      Menghormati hak asasi manusia selaras prinsip PBB
2.      Blog berkecuali antara blog Barat atau Timur
3.      Akui kedaulatan, persamaan hak, dan hormati bangsa serta agama
4.      Penyelesaian pertikaian secara rundingan dan aman
MALAYSIA & NAM
1.      Penyokong kuat Nam semasa pentadbiran Tun Abd Razak
2.      Aktif dalam mesyuarat dan persidangan di Algeria, Colombo, Havana, New delhi dan Luanda.
3.      Tuan rumah persidangan pada 2003


D.          HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN BADAN ANTARABANGSA LAIN
1.      KUMPULAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D8)
2.      KUMPULAN 15 (G15)
3.      KERJASAMA SELATAN – SELATAN (G77)
4.      HUBUNGAN UTARA – SELATAN (DIALOG UTARA – SELATAN)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More