SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (PENGENALAN) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Sunday, March 27, 2011

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (PENGENALAN)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

1.      PENGENALAN
1.1              Sistem pemerintahan Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman.
1.2              Fungsi utama kehakiman adalah menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia.
1.3              Badan kehakiman merupakan badan bebas daripada pengaruh eksekutif.
1.4              Ketua bidang kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan ketua pendaftar/pejabat pendaftaran  sebagai Ketua Pendaftaran Mahkamah.

2.      FUNGSI KEHAKIMAN
-          Memastikan keadilan secara saksama
-          Menyelesaikan pertikaian individu dengan individu dan individu dengan kerajaan
-          Memutuskan sama ada mereka yang didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan.
-          Mentafsir sesuatu undang2
-          Membatalkan mana2 undang2 yang bercanggah dengan perlembagaan
-          Mengistihar tindakan kerajaan tidak sah sekiranya bercanggah dengan perlembagaan
-          Memelihara hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan

3.      SISTEM KEHAKIMAN

3.1              PENTADBIRAN KEHAKIMAN
·         YDPA – ketua Negara & mengetuai badan kehakiman.
·         Ketua Kehakiman – Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
·         Ketua Pendaftar/ Ketua Pendaftaran / Pejabat Pendaftaran;
-          Mengendalikan keadilan dan pentadbiran di mahkamah
-          Ketua – Ketua Pendaftar
-       Ketua Pendaftar di bantu oleh;
-  Pendaftar Mahkamah Rayuan.
-    Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya.
-    Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.
-    Pegawai2 lain.

3.2              PERLANTIKAN
·         Perlantikan oleh YDPA atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja2 untuk melantik 6 jawatan hakim-hakim.
·         Perlantikan Hakim Besar Makhamah Tinggi Sabah dan Sarawak, PM berunding dengan Ketua Menteri Sabah & Sarawak.
·         Hakim di Mahkamah Majistret di lantik oleh Raja/YDP Negeri atas nasihat Hakim Besar negeri berkenaan.
·         Jumlah hakim di satu peringkat mahkamah akan di tentukan oleh YDPA. 

3.3              PEMECATAN / PENAMATAN
·         Boleh ditamatkan melalui 2 cara;
-             Meletakan jawatan
-             Dilucutkan jawatan
·         Sebab yang membolehkan seorang hakim dipecat;
-             Lemah anggota badan
-             Tidak berkelakuan baik
-             Tidak sempurna akal
-             Melanggar Kod Etika Hakim 1994
·         YDPA memerlukan syor-syor sebuah tribunal untuk memecat jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi.
·         Ahli tribunal dipilih oleh PM melalui pandangan Ketua Hakim Negara dan kemudian dilantik oleh YDPA.
·         Semasa menunggu laporan tribunal YDPA boleh menggantung tugas hakim;
-             Hakim Mahkamah Persekutuan atas syor PM
-             Hakim Besar selepas berunding dgn Ketua Hakim Negara
-             Hakim Mahkamah Tinggi selepas berunding dgn Ketua Hakim Mahkamah Tinggi

4.      KEBEBASAN KEHAKIMAN
4.1              Tujuannya untuk memastikan badan kehakiman dapat melaksanakan tugas kehakiman dengan adil.
4.2               Supaya badan kehakiman bebas dari kawalan oleh badan perundangan dan eksekutif.
4.3               Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam parlimen kecuali sokongan ¼ ahli dewan . tidak boleh sama sekali dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
4.4              Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur 65 tahun.
4.5              Hakim boleh dilucutkan jawatanya atas syor tribunal (perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan)

5.      TRIBUNAL
5.1              Maksudnya – satu lembaga yang terdiri daripada pegawai2 yang dilantik untuk menyiasat sesuatu isu yang ditetapkan.
5.2              Ketua: - diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut keutamaan berdasarkan tarikh pelantikan.
5.3              Ahli tribunal; - lebih 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi dan bekas hakim Malaysia atau jawatan yang setaraf di mana-mana kawasan Komanwel.
5.4              Sahingga keputusan tribunal diterima, seorang hakim boleh digantung tugasnya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More