KETAHANAN & PERTAHANAN (TAMADUN DUNIA) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Friday, July 29, 2011

KETAHANAN & PERTAHANAN (TAMADUN DUNIA)



ASAL USUL KETAHANAN & PERTAHANAN (K&P)

TAMADUN MESOPOTAMIA.
1.      Mempertahankan negara dari serangan orang luar (gasar atau nomad)
Peperangan juga wujud kerana negara kota tidak ada sempadan yang jelas.
-           Peperangan ini terjadi kerana merebut bekalan air sungai utk pertanian (pertanian merupakan punca kemakmuran)
2.   Pembinaan tembok pertahanan
-           Pembinaan tembok di sekeliling kota utk mencegah pencerobohan dari luar.
-           Ada kalanya mereka (negara kota) bersatu memerangi puak luar yang sentiasa menyerang delta yang subur.
3.      Pemerintah Meso – bertanggungjawab membentuk & memimpin angkatan tentera:
-          Raja merekrut rakyat merdeka dan Eren (buruh paksa) menjadi tentera.
-          Raja turut dibantu oleh pegawai tentera profesional (agaush)
4.      Angkatan tentera Meso terdiri drpd;
-          Tentera berjalan kaki
-          Tentera berkereta kuda.
5.      Persenjataannya ialah kapak & lembing.

TAMADUN MESIR
1.      Penyatuan negara (menyatukan delta Nil) berlaku pada akhir zaman pradinasti melalui penyatuaan Mesir Utara dan Mesir Selatan oleh Narmer. Beliau lebih dikenali sebagai Menes.
2.      Melindungi Delta Nil - Setelah penyatuan dilakukan, Raja2 Mesir pula berperanan utk melindungi delta Nil (negara Mesir) dari serangan orang2 gasar Libya dan Palestin.
3.      Raja bertindak sebagai ketua negara dan pemimpin angkatan tentera utk mempertahankan negara.
“Lazimnya kebanyakan daripada kempen2 ketenteraan dipimpin oleh firaun menemui kejayaan” (Hawkes: The First Great Civilizations: Life in Meso, The Indus Valley dan Egypt)
4.      Angkatan tentera
-          Terdiri daripada buruh paksa dan rakyat jelata yang bebas dikerah. Rakyat ini dikerah untuk membina tembok dan kubu pertahanan.
-          Rakyat berbangga menjadi tentera kerana anggota tentera sangat dihormati, diiktiraf dan disanjung tinggi oleh masyarakat Mesir.
5.      Persenjataan
-           ketenteraan Mesir peringkat awal menggunakan busar, anak panah, lembing dan kapak.
6.      Zaman Kerajaan Lama:
-          Tidak terdapat tentera sepenuh masa.
-          Apabila berlaku peperangan, orang awam akan direkrut menjadi tentera.
-          Mereka bertugas sebagai penjaga keamanan di kawasan sempadan, mengawasai operasi kuari ( Sinai) dan ekpedisi perdagangan (Punt). Tugas askar-askar ini juga meliputi tugas sebagai tenaga buruh, dan polis.
-          Askar-askar ini akan diawasi oleh pengawal diraja dan komander-komander professional yang dilantik oleh raja.
-          Disamping mengawasi tentera mereka juga ditugaskan menjaga keselamatan golongan istana.
7.      Zaman Kerajaan Pertengahan;
-          Bilangan anggota tentera terlatih ditambah.
-          Pada tahap ini satu angkatan tentera kebangsaan ditubuhkan.
-          Tentera2 direkrut daripada Nome. Mereka ini dilengkapkan dengan senjata seperti busar dan anak panah yang diperbuat dari rumput buluh halus. Lembing serta kapak.
8.      Abad 18 SM Bidang ketenteraan mengalami perkembangan yang pesat apabila
-          Mesir mempunyai satu organisasi ketenteraan yang tersusun.
-          Mesir mempunyai tentera sepenuh masa dan simpanan yang ramai.
-          Kerjaya seorang tentera dipandang tinggi. Dapat meningkatkan status sosial terutama apabila berjaya dalam sesuatu kempen ketenteraan iaitu boleh menyimpan hamba, harta rampasan perang pangkat, selain dikurniakan tanah daripada estet milik raja)
-          Mereka2 terdiri daripada pemilik kebun2 kecil, golongan professional dan artisan.
9.      Zaman Amenhotpis III .
-          Ramai orang asing berkhidmat dalam tentera Mesir.
-          Mereka berkhidmat sebagai tentera upahan atau tawanan perang. Tentera tawanan perang ini akan dikurniakan tanah sebagai balasan mereka berkhidmat sebagai tentera.
-          Orang asing itu terdiri daripada orang Nubia, Palestin, Syria, Libya dan Sherdon.
-          Peringkat akhir perkembangan dan pembesaran dalam angkatan tentera membolehkan Mesir terlibat dalam pembinaan empayar.

TAMADUN MELAYU.
1.      Menurut Prof Muhammad Yusof Hashim (Peperangan Melayu dalam Tradisi Persejarahan Malaysia) menjelaskan bahawa peperangan dan konflik bersenjata di Alam Melayu berlaku dalam 4 jenis iaitu
i.                    Peperangan antarabangsa – peperangan antara kerajaan2 Melayu dengan kuasa2 asing ( Kerajaan Srivijaya dengan Raja Chola India Selatan).
ii.                  Peperangan antara negeri – Peperangan melibatkan negeri2 Melayu. Cntoh perang antara Melaka dan Acheh.
iii         Peperangan di dalam negeri / Perang saudara – Perang merebut takhta kerajaan dalam negeri2 Melayu.
vi         Pemberontakan
2.      Objektif/ Matlamat utama
-          K&P di Alam Melayu ialah untuk menambah pengikut dan hamba perang . Matlamat itu bukan untuk meluaskan wilayah. Oleh itu amalan pembunuhan secara beramai2 cuba dielekkan.
-          Golongan yang kalah (lemah) akan melarikan diri supaya tidak akan dijadikan hamba atau pengikut pihak yang menang.
3.      Kubu Pertahanan
-          Sering berlaku juga perpindahan ibu kota dan juga pelabohan ke tempat lain bagi mengelak serangan musuh. Oleh itu amalan mendirikan kubu2 pertahanan yang kuat dan lengkap ( lengkap dengan dinding, tmbok, parit dan benteng pertahanan) kurang diambil perhatian. Contoh Kerajaan Melayu Johor sering berpindah2 mengelak dari serangan Acheh dan Portugis. Kota yang pernah menjadi ibu negerinya ialah Sayong Pinang, Kota Tinggi, Batu Sawar, Johor Lama dan Riau.
4.      Amalan ilmu kebatinan
-          Dipraktikan .
-          Amalan seperti ilmu kebal, ghaib, mentera jampi,  tangkal azimat  dsb digunakan dalam peperangan.
-          Amalan ini bertujuan untuk membina kekuatan fizikal dan mental.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More