HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Thursday, March 24, 2011

PENYELESAIAN MASALAH-Pengajian Am K1 (Kuantitatif)


PENGAJIAN AM K1



PENYELESAIAN MASALAH  1



JADUAL BERIKUT:

JARAK PERJALANAN
ELAUN SETIAP KM
200 Km pertama
100 Km berikutnya
100 Km berikutnya
80 sen
65 sen
50 sen


1.      Encik Abu diarahkan bertugas di Pulau Pinang pada bulan April. Jauh Pulau Pinang dari tempat beliau bertugas ialah 450km. Berapakah jumlah wang elaun perjalanan yang patut di tuntut oleh Encik Abu.

A         RM 600.00                              C         RM 300.00
B         RM 700.00                              D         RM 800.00



CARA PENYELESAIANNYA

                             450km
                            -200 X 0.80 = 160.00
                      ------------------
     250km
                            -100 X 0.65 =   65.00
                      ------------------
                             150km
                            -100 X 0.50 =   50.00
                      ------------------
                              50  X 0.50 =   25.00

                    160 + 65+50+25 = 300.00


JAWAPAN : C

Motorcross Bendang


                                                       Dia orang nak mula lumba la .....





                                                                       Dah nak mula ........

 Gambaran dekat

 Cantik kasut dia.

                                                                 Tolong tolak bang ....

MANUSIA JAHILIAH.


SEJARAH 940/1

SEJARAH TAMADUN ISLAM

MANUSIA JAHILIAH.

ERA/ ZAMAN JAHILIAH
  1. Selepas runtuhnya Empangan Maarib (300M) hingga berakhir pada 610M (penerimaan wahyu pertama oleh nabi Muhammah).

KONSEP JAHILIAH

  1. Definisi jahiliah – bodoh atau sesat.
  2. Menurut P.K.Hitti – Orang Arab dianggap  jahil dan bodoh darpada aspek agama dan kepercayaan tetapi maju dalam ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi .  Pendapat ini tidak dapat diterima menurut pandangan Islam.
  3. Menurut pandangan Islam Jahiliah itu berasal daripada kata akar kata JAHALA dan kata terbitan JAHLUN atau JAHALATUN yang bererti bodoh dan sesal. Ia selaras dengan ayat dalam al Quran Surah al-Imrah ayat 154, Surah al Ma’idah ayat 50, Surah al Ahzab ayat 3,  Srah al Fath ayat 2 dan Surah al Jum’ah ayat 2.
  4. Apabila diteliti ayat2 tersebut 4 ciri dapat dirumuskan mengenai manusia Jahiliah. Ciri-ciri itu ialah;
i.                    tiada mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk,
ii.                  tidak mempunyai peradaban/ tamadun,
iii.                tidak berakhalak , angkuh dan bongkak
iv.                tidak boleh membaca dan menulis.
  1. Islam menegaskan jika ada salah satu sifat di atas dalam satu masyarakat, masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun/ jahiliah.

STRUKTUR MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

  1. Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari.
  2. Masyarakat Badwi tinggal di bahagian tengah Semenajung Tanah Arab.. Tidak bercampur dan berhubung dengan masyarakat asing. Berpindah randah / nomad untuk mencari kawasan berair (untuk tanaman dan ternakan), Kawasan selamat dari angin padang pasir (angin yang memusnahkan khemah, tanaman dan ternakan) dan kawasan selamat dari khabilah lain.
  3. Hadari – Masyarakat yang lebih matang dan cerdik akalnya. Mempunyai pergaulan yang luas dengan pedagang dari luar. Dapat dibahagikan kepada lima golongan iaitu;
i.                    Golongan bangsawan- ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
ii.                  Golongan agama – tukang tilik dan penyair.
iii.                Golongan hamba
iv.                Wanita
v.                  Masyarakat awam / rakyat biasa.

ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN

  1. Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan termasuk Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Berhala, animisme dan tahyul. Kepelbagaian ini kerana adanya pengaruh asing di samping keadaan alam sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.
  2. Kepercayaan Majusi – Disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Mereka turut menyembah api.
  3. Agama Nasrani – Disebarkan oleh orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan. Mempunyai kitab suci tetapi ajaran Nabi Isa telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri.
  4. Agama Yahudi – Disebarkan oleh saudagar2 yang berasal dari Palestin. Penganut asal ialah Bani Israel. Mempunyai kitab suci tetapi ajaran sebenar Nabi Musa telah dipinda. Mereka membohongi masy Arab dengan menyatakan agama mereka benar dari Allah. Agama ini bertapak di Yaman dan Madinah.
  5. Terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim yang digelar Hunafa dan bertempat di Mekah. Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai di Mekah lebih awal, maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
  6. Penganut agama2 dari langit (Nasrani, Yahudi, Hanif ) di kalangan masyarakat Arab tidak ramai.
  7. Kepercayaan paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail. Masyarakat Arab berkehendakkan perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah. Mereka mencipta berhala2 daripada batu dan kayu dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Pemembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang yang perlu dipertahankan.
  8. Disamping itu mereka percaya kepada animisme dan tahyul. Objek di cakerawala dan di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih diatas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda2 baik/ buruk yang ditunjukkan oleh sesuatu objek.
  9. Kepelbagaian dalam beragama turut menyumbang kepada amalan2 lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

ASPEK POLITIK DAN PENTADBIRAN

  1. Tidak terdapat struktur politik yang jelas dan tetap di kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan (utara) telah dijajah oleh Rom dan Yaman. Di selatan pula oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran. Mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Kekalahan berpunca dari sikap berpuak2 dan sentiasa berperang. Ketika kerajaan Himyar (selatan) anak tempatan diberi jawata tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
  2. Di Mekah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tertinggi (Darul Nadwa) dalam jabatan2 pentadbiran dan dipimping oleh pimpinan yang bergelar Syeikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur2 jahiliah. Mereka mengmalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
  3. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak2 lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapat kuasa mentadbir jabatan haji, perdagangan dan ketenteraan yang amat penting.
  4. Di samping itu ketua2 suku terpaksa membentuk majlis ketua2 suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’. Keadaan ini mendorong suku2 lemah membentuk majlis suku2 (hilf al Fuduh) bagi mengimbangi kuasa Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.
  5. Kecelaruan politik masyarakat Mekah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan. 

ASPEK EKONOMI

  1. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan di antara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syiria dan oleh Parsi ke atas Yaman, perdagangan Arab turut terjejas.
  2. Saudagar Arab Mekah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.
  3. Cara hidup Badwi yang berpindah-randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Mekah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
  4. Ketika Mekah dipimpim oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagih tugas kepada anak-anaknya. Misi2 perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barangan rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan2. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf (moyang Nabi SAW), perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantium dan Parsi diwujudkan.
  5. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang  Mekah akan ke Yaman dan ke utara bila musim panas.
  6. Pasar2 diadakan di Mekah dan sekitarnya. Barangan seperti bijiran, buah2an, pakaian, hamba abdi (tidak ditebus setelah kalah perang) dan barangan lain dijual di pasar2. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

ASPEK SOSIAL

  1. Struktur social masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di Bandar. Mereka berpuak2 berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah yang amat tebal. Setiap puak melantik seorang syeikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja.
  2.  Suku Badwi hidup berpuak2 dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudian bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
  3. Semangat assabiyyah menyuburkan ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah tercetus walaupun disebabkan oleh perkara2 kecil. Peperangan itu untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba.
  4. Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang2 hawa nafsu menyebabkan setiap tindakan mereka tanpa kawalan serta peraturan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan yang mewah dengan melibatkan perjudian, pelacuran dan pembunuhan.
  5. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup2 bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walau bagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian untuk mengistiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh baligh.

ASPEK ILMU PENGETAHUAN

  1. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar2/ pedagang luar yang maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti2 perdagangan yang lebih menguntungkan. Kerana selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.
  2. Kemahiran bersajak dan bersyair hanya digunakan untuk meluah perasaan melalui kata2 yang terhasil melalui pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara2 berkaitan pengalaman masa lampau yang kurang kualiti ilmiahnya.
  3. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Keadaan ini memperlihatkan ciri2 kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
NILAI-NILAI POSITIF DAN MULIA.
  1. Menghormati tetamu,
  2. Berpegang kepada janji
  3. Mentaati pemimpin
  4. Memberi perlindungan – konsep jiwar.
KESIMPULAN.
            Apa sahaja yang berkaitan.

BENTUK SOALAN.
  1. Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
  2. Apakah yang anda faham tentang konsep Jahiliah. Bincangkan ciri2 tersebut dari segi kepercayaan dan akhlak, politik, ekonomi dan sosial.
  3. Masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun daripada sudut pandangan Islam. Bincangkan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More