Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)
Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.
SISTEM PERBANDARAN (Umum)
Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.
Wednesday, April 27, 2011
ORGANISASI SOSIAL ( UMUM )
BAHAGIAN A: TAMADUN DUNIA.
TAJUK: ORGANISASI SOSIAL (UMUM).
KONSEP/ MAKSUD/ PENGERTIAN.
- Sivachandralingam Sundar Raja.
- Pembahagian masyarakat kepada lapis2 sosial yang berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dsb.
- Melvin Tumin.
- Penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza kuasa, harta, penilaian sosial dan kepuasan rohani.
BILA WUJUD.
- Satu fenomena universal dan terdapat dalam semua tamadun awal.
- Islam – Merupakan satu fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia bermasyarakat.
- Tidak tahu bila bermula. Tetapi menurut Mayer Kurt
“Dapat dikesan sejak zaman Neolitik”
- Bermula sejak kemunculan Revolusi Pertanian yang meletakan asas kemajuan peradapan manusia.
- Revolusi Pertanian menyebabkan manusia membuat penempatan kekal/ perkampungan yang berasaskan kegiatan pertanian.
- Aliran rajah seperti berikut;
Petempatan Kekal
Perkembangan Bidang Ekonomi.
Muncul golongan Paderi/ agama
bertindak sebagai ketua/ pemimpin agama. (Mereka mengukuhkan kedudukan
serta mengasingkan diri dari kelompok masyarakat lain)
GolongaPaderi/ Pendita
Askar Profesional.
Golongan Bangsawan + Pegawai Istana
Golongan Petani
Golongan Hamba
PEMBAHAGIAN
- Secara umum pembahagiannya terbahagi kepada 2 iaitu
Golongan Pemerintah.
Golongan Diperintah
- Daripada pembahagian tersebut wujud beberapa pecahan lain spt Pemerintah dibahagikan kepada Raja dan Bangsawan. Pembahagian diperintah pula dipecahkan seperti Rakyat biasa dan hamba.
- Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Mesopotamia
- Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Mesir.
- Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat China.
- Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Athens.
- Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam.