MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Sunday, April 17, 2011

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah )

HIJRAH DALAM ISLAM.

PENGENALAN.                   
·                    Hijrah dari Mekah ke Madinah.
·                    Hijrah daripada istilah hajara – bermakna pindah.
·                    Dalam sejarah Islam- berpindah dari Mekah ke Madinah.
·                    Dalam konteks lain – berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
·                    Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
·                    Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
·                    Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
·                    Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.

KEPENTINGAN HIJRAH.
Peta Dunia Islam
Peta Dunia Islam


1)  Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah
                        - kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
                        - melepasi sempadan Mekah Madinah
2) Penyebaran Islam semakin meluas
                        - Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
-  Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
- Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
3) Perubahan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w
                        - Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
                        - Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
4) Pertumbuhan umat Islam
                        - Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
                        - Umat Islam semakin kukuh.
5) Penubuhan negara Islam
- Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
                        - Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
6) Perubahan kehidupan masyarakat Madinah
                        - Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
7) Menamatkan permusuhan tradisi golongan Ansar
                       - Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
8) Permulaan kalendar Hijrah
- Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
9) Perubahan dasar politik
                        - Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.

KESIMPULAN
-         Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.




nota Sejarah  lain dari cikgu zainal

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More