Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Tuesday, June 7, 2011

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.
King Henry VII dan Wars of the Roses

PENDAHULUAN.
  1. Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.
  2. Sebelum zaman ini telah muncul negara kota – seperti yang terdapat dalam tamadun Yunani (Athens dan Sparta) dan kemunculan negara empayar iaitu tamadun Rom.
  3. Kemuncak kepada perkembangan tersebut ialah kelahiran negara bangsa iaitu pada akhir abad ke-15. Kemunculan ini dapat dilihat dengan jelas di England, Sepanyol, Perancis, dan Portugal

KONSEP NEGARA BANGSA.
  1. Negara bangsa merujuk kepada suatu konsep yang bebas dariada dunia empayar dan berada di bawah kedaulatan seorang raja mutlak. Raja berhak mengistiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir, dan menguatkuasakan undang-undang.
  2. Ia juga dipanggil sebagai monarki kebangsaan dimana setiap negara mempunyai rakyat yang mempunyai identiti berteraskan satu bangsa, bahasa, kebudayaan serta kesedaran kebangsaan.
  3. Negara bangsa juga merujuk kepada kesedaran kebangsaan, apabila seseorang yang dilahirkan di Perancis misalnya akan berfikir sebagai seorang Peranchis. Keadaan ini tidak pernah wujud sebelumnya

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN.
  1. Perkembangan Zaman Renaisance.
Akibat berlakunya Zaman Renaisance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaan, dan kesetiaan kepada negara.
Zaman tersebut berjaya menyatukan semua bangsa Eropah dalam sebuah negara yang sebelumnya mengamalkan undang2, adat resam, cara hidup, sikap, pemikira, bahasa dsb yang berbeza.
Pada zaman ini seorang Perancis itu akan berfikir sebagai orang Perancis dan bukan sebagai seorang suku Norman, Burgandian,Briton, dan Gaul.
Kuasa kedaulatan dipegang oleh raja dan tidak dikongsi. Kuasa golongan bangsawan dihadkan.

  1. Kemerosotan Kuasa Golongan Feudalisme/ Penghapusan Sistem Feudal.
Golongan feudal (bangsawan, land lord, gereja dan penguasa tempatan) merupakan golongan yang berpengaruh pada zaman pertengahan.
Kesedaran berpolitik, idea kedaulatan bangsa, penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal menyebabkan sistem feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat.
Di England contohnya Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang2 baru melarang golongan feudal memakai pakaian khas (livery), menubuhkan tentera sendiri, mempunyai lambang kuasa khas dsb.

  1. Kesedaran Raja.
Raja2 Eropah mula sedar tentang kemunduran mereka berbanding dengan tamadun Islam. Mereka mula bertekad untuk menghidupkan kembali kegemilangan zaman Rom dan Yunani.
Raja cuba mengurangkan kuasa pembesar dan berperang dengan mereka kerana yang yang berbaik2 dengan pembesar untuk memerintah selalunya menjadi lemah.
Raja menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan hasilnya raja dapat menguatkan diri serta mewujudkan satu negara bangsa yang kuat.

  1. Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangsaan.
Melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak.
Bagi mengekalkan kuasa, adalah melalui pemerintahan pusat, sistem dinasti, perkahwinan, pemerangan, komplot dan penaklukan. Dengan itu wujud zaman monarki mutlak melalui dinasti seperti Habsburg, Bourbon dsb
Contoh. Kemunculan negara Perancis oleh Louis XI dari dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris dan Raja Henry VII dari dinasti Tudor yang berkuasa di London.

  1. Kedaulatan Parlimen.
            Rakyat dan golongan pertengahan boleh menentukan legitimasi politikdengan menguasai parlimen dan menentukan dasar pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan atau raja.
Kemunculan ini menyebabkan golongan agama atau feudal telah kehilangan hak suci atau kuasa tradisi mereka.
Contoh – Kuasa rakyat di parlimen telah menjadikan England tidak lagi bergantung kepada kuasa hak suci, tradisi atau adat.

  1. Kemajuan Ekonomi.
            Perkembangan ekonomi pesat selepas zaman Reanissance melahirkangolongan kapitalis, pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dll.
            Perkembangan ekonomi yang pesat telah menyebabkan kemunculan bandar di Eropah.
Mereka memerlukan perlindungan daripada kerajaan dan sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja.
Golongan pemerintah dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka dan dapat membayar gaji tentera (Backer).
Keadaan ini turut melemahkan pengaruh golongan feudalisme.


  1. Kemunculan Golongan Pertengahan
Golongan ini bukan dari golongan bangsawan. Mereka muncul akibat kemajuan ekonomi. Mereka terlibat dalam perdagangan dan perindustrian.
Mereka merupakan penyokong kuat raja bagi membolehkan keselamatan pedagangan terjamin.

  1. Perang Salib.
Perang Salib telah membawa kesan kepada kemunculan negara bangsa di Eropah. Perang berlaku selama 200 tahun
Akibat perang telah menyebabkan ramai vassal terbunuh dan golongan serf yang pulang dari perang tidak kembali ke tempat asal mereka tetapi tertumpu dipekan2 dan akhirnya berkembang menjadi bandar.
Perubahan ini membolehkan raja menguatkan diri dan membentuk pemerintah negara bangsa tanpa tekanan daripada golongan bangsawan.

  1. Bahasa Kebangsaan.
Munculnya cerdik pandai Eropah selepas Renaissance dan terhasilnya mesen cetak. Keadaan ini memesatkan bidang tulsan dan penerbitan karya.
Karya dicetak dalam bahasa kebangsaan dan ini berjaya menyatukan rakyat.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA ENGLAND.

  1. Bermula dengan Dinasti Tudor (1485-1606M) apabila King Henry VII (1485-1509M) menaiki takhta dan menamatkan kekacauan Perang Bunga Ros antara keluarga York dan Lancaster selama 30 tahun. Pengaruh bangsawanInggersi lemah dan membuka ruang rakyat merampas kuasa.
  2. Henry VII mempunyai hubungan dengan kedua keluarga tersebut. Beliau meluluskan undang2 menentang pemakaian pakaian khas (livery) , Pengekalan kuasa tentera persendirian dan peakaian lambang2 kuasa keluarga bangsawan.
  3. Beliau menubuhkan majlis diraja sebagai mahkamah baru untuk hal2 harta benda, ketenteraman awam. Badan ini akhirnya berjaya mengukuhkan kedudukan raja dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA SEPANYOL

  1. Melalui perkahwinan Ferdinand dari Aragon dengan Isabella dari Castile pada 1479M.
  2. Raja telah mendesak melalui Dewan Parlimen Sepanyol (Cortes) mengarahkan golongan feudal menyerahkan tanah2 raja yang dirampas oleh golongan tersebut.
  3. Melalui dewan tersebut golongan bangsawan tidak dibenarkan membina istana bagi kepentingan peribadi.
  4. Raja telah melantik bishop, paderi besar, serta ketua biara yang sebelum ini kuasa melantik itu dilakukan oleh Pope Rom.
  5. Monarki kebangsaan bertambah kuat apabila institusi tersebut dipengaruhi oleh semangat gereja atau golongan agama. Penyatuan bertambah lengkap apabila penganut Islam dipaksameninggalkan Sepanyol selepas kejatuhan Granada pada 1498M.
  6. Pada tahun 1502M maka bermulalah sejarah negara Sepanyol dengan raja kebangsaan beragama Kristian Katolik.
KESIMPULAN.
            Apa sahaja yang berkaitan.

BENTUK SOALAN.
  1. Pembaharuan dan perkembangan di Eropah pada zaman pertengahan tinggi telah membawa kepada pembentukan Negara Bangsa. Bincangkan.
  2. Bincangkan faktor2 kemunculan Negara Bangsa di Eropah. Jelaskan pembentukannya di England dan Sepanyol.
  3. Perubahan2 yang banyak berlaku pada akhir Zaman Pertengahan membawa kepada munculnya beberapa Negara Bangsa di Eropah. Jelaskan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More