SEJARAH 940/1(TAMADUN DUNIA)
TEMA : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
EMPAYAR (UMUM)
Empayar Dinasti Han |
1. KONSEP EMPAYAR
- Kerajaan (pemerintahan) yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas. Kerajaan dengan pimpinan seorang pemimpin yang berwibawa digelar maharaja sebagai ketua.
- Satu kumpulan daerah2 atau negeri2 yang berada di bawah satu pemerintahan yang tertinggi dan berdaulat.
- Penduduknya merentasi aspek ras, agama, dan budaya
- Secara dasarnya pembentukan empayar melalui kegiatan penaklukan. Hal ini didorong oleh idealisme atau matlamat seseorang pemerintah.
- Kesimpulan; - sebuah kuasa besar.
- Gunakan kuasa politik untuk kuasai negeri yang lebih kecil
- PEMBENTUKAN EMPAYAR
§ Peluasan wilayah penting bagi mempastikan sesebuah kerajaan dapat memperluaskan kuasa + pengaruh serta dapat menambahkan lagi sumber ekonomi.
§ Amnya terdapat empat (4) cara sesebuah kerajaan itu memperluaskan kuasanya;
- Penaklukan – kekuatan tentera.
- Sistem ufti
- Perkahwinan
- Menggunakan mitos dan legenda
- ASAS PEMBENTUKAN EMPAYAR.
§ Peluasan Kuasa.
- Peluasan kuasa melalui kempen2 ketenteraan dan penaklukan.
- Kekuatan tentera yang besar dan lengkap untuk mengawal penguasaan sesebuah empaya
§ Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
- Sistem pemerintahan yang teratur – bersifat totalitarian/ penguasaan sepenuhnya oleh seorang pemimpin.
- Wilayah yang dijajah jarang diberi hak perwakilan dalam politik dan pentadbiran.
§ Pemimpin Berwibawa.
- Pemimpin berwibawa dapat menentukan hala tuju sesebuah empayar.
- Contoh - Iskandar Dzlkurnain – Yunani
– Julius Caesar – Rom
– Shih Huang Ti – China
– ChandraGupta Maurya – India (Maurya)
§ Mencipta dan Meninggalkan Tradisi
- Sebuah empayar akan membina tradisi yang berpanjangan dan berkekalan.
- Empayar Rom terkenal dengan tradisi Graeco- Roman
- Melaka – Kesultanan Melayu Melaka
- Greek – Hellenistik
§ Sistem Perundangan.
- Mempunyai sebuah sistem perundangan bagi seluruh empayar.
- Sistem perundangan untuk mengawal keamanaan dan kesejahteraan negara + wilayah yang dijajah.
§ Kerakyatan.
- Sebeuah empayar akan membuka atau memberi kerakyataan kepada semua rakyat secara menyeluruh
- Kerakyataan yang diberi bagi menimbulkan sifat taat setia kepada empayar.
- LANGKAH2 MENGEKALKAN EMPAYAR.
§ Kuasa Ketenteraan.
§ Sistem Pentadbiran
§ Sistem Pendidikan
§ Asimilasi
§ Galakan Pertumbuhan Ekonomi.
§ Hubungan Diplomasi
- EMPAYAR TAMADUN DUNIA.
§ Empayar Mesopotamia.
§ Empayar Mesir.
§ Empayar India
§ Empayar China
§ Empayar Eropah (Yunani, Rom)
§ Empayar Melayu.