SEJARAH 940/1 TAMADUN ISLAM
TEMA : KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD
Sujud dalam solat |
PENDAHULUAN
- LATAR BELAKANG NABI
- Keturunan Bani Hasyim – kabilah Quraisy & kepimpinan Abdul Mutalib
- PERIBADI NABI
- Digelar al Amin – beramanah, berakhlak mulia, bijaksana . Hijrah dari Mekkah ke Madinah. Menjadi nabi dan rasul
ISI
- NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASUL
- Tersebut dalam kitab samawi
– al Quran, Taurat, Injil menyatakan akan sifat2 kenabian Muhammad.
- Bukti sejarah
– 13 tahun berdakwah di Mekah menyampaikan seruan Islam. Ajaran diterima dan tidak kurang juga yang menentang.
- Meneruskan dakwah di Madinah selama 10 tahun
- POLITIK
- Membentuk negara Islam pertama di Madinah – undang2 berlandaskan al Quran dan as Sunah.
- Mengasaskan sistem Syura – mesyuarat. Contoh dalam menghadapi perang Badar, Uhud ,dan Khandak. Menurut Dr Hamka dalam bukunya “Sejarah Umat Islam” menyebut nabi bermesyuarat dengan sahabat dalam menjatuhkan hukuman ke atas tawanan Perang Badar 623M
- Menjalin hubungan diplomatik . Cth menghantar surat ke Mesir dan Habshah Rom dan Parsi dengan tujuan utk memperkenalkan agama Islam. Hamka dalam bukunya “Sejarah Umat Islam”- Mengajar dan mendidik para sahabat ilmu politik dan kenegaraan secara teori dan priktikal.
- Berjaya dalam membentuk kemerdekaan dan kedaulatan Madinah – menghadapi serangan Quraisy ( perang Badar, Uhud Khandak)
- Ahli strategi. Cth Perang Badar dan Khandak.
- Membina pusat pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu masjid . Masjid menjadi pusat perpaduan dan pusat dakwah dan setiap anggota negara mematuhi Piagam Madinah, nadi pemerintahan negara Islam – Dr Ahmad Shalaby dalam bukunya”Sejarah Kebudayaan Islam”.
- Memastikan taat setia rakyat kepada pemimpin. Golongan yang tidak mematuhi pemimpin tidak dibenarkan menetap di madinah. Abd Rahman Hj Abdullah dalam “Pemikiran Islam” – Nabi menghalau Yahudi bani Nadir dari Madinah kerana pakatan untuk membunuh nabi.
- SOSIAL.
- Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar – dipersaudarakan atas dasar keturunan dan keimanan. Kepimpinan Nabi terserlah selepas hijrah dan terbentuknya masyarakat Islam dari pelbagai kaum dan keturunan dengan mempersaudarakan Mauhajirin dan Ansar serta kaum2 lain – Dr Ahmad Shalaby dalam “Sejarah Kebudayaan Islam”.
- Peranan institusi masjid – tempat ibadat, ilmu, kemasyarakatan dll.
- Mendirikan Masjid Quba – atas dasar taqwa
- Menyatukan golongan Islam dan bukan Islam dalam Piagam Madinah
i. Islam dengan Islam – jaminan keselamatan, tolong menolong, mencegah kemungkaran.
ii. Islam dengan bukan Islam – jaminan keselamatan, tolong menolong, mencegah kemungkaran.
Mustafa Hj Daud dalam bukunya “Tamadun Islam” – Kesepakatan antara penduduk melalui prinsip kebebasan beragama, kebebasan mengamalkan budaya dan adat masing seperti yang dinyatakan dalam Piagam Madinah.
- Memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Mengeratkan hubungan Islam dan bukan Islam supaya bekerjasama menjaga Madinah dengan mematuhi Piagam Madinah – Dasuki Hj Ahmad dalam “Ikhtisar Perkembangan Islam”
- Mengekalkan jawatan ketua2 kaum
i. Hal2 kaum merujuk kepada ketua2 kaum terbabit.
ii. Hal2 ummah rujuk kepada Nabi
- EKONOMI
- Memperkenalkan dasar ekonomi baru – menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyah.
- Menggalakan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian – kekayaan dan kesenangan di dunia di haruskan asalkan tidak melibatkan unsur riba, menunaikan zakat dll
- Berusaha membangunkan ekonomi orang Islam. Cth tanah terbiar diusahakan, tebus semula tanah yang tergadai kepada orang yahudi
- Perdagangan – memecah monopoli Yahudi dalam perdagangan, Mengatur strategi perniagaan Madinah – jalan perdagangan dari Mekah – Syam.
- NABI SEBAGAI PEMIMPIN TENTERA.
- Sebagai seorang panglima tentera.
- Dasar perjuangan nabi berasaskan
i. Aqidah – perjuangan fi sabilillah
ii. Syariah – peperangan mengikut etika dan tatacara perang
iii. Akhlah – belas ehsan kepada musuh – tidak mengejar musuh yang lari.
- Nabi seorang perancang taktik dan steratigi tentera yang bijaksana. Cth Perang badar – tektik tunggu dan lihat, tentera diatur bersaf-saf , serang musuh apabila telah dekat dan berjaya mengelirukan musuh.
KESIMPULAN
1. Kesan kepimpinan.
2. Berjaya menyatukan seluruh umat Arab dalam kerajaan pusat di Madinah
3. Kesinambungan diteruskan oleh 4 orang khalifah ar-Rasyidin.
BENTUK SOALAN
1. Nabi Muhammad bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan kenyataan tersebut.
2. Bincangkan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad dari aspek politik dan sosial dengan mengemukakan contoh2 yang jelas ketika baginda berada
di Kota Madinah.