HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Wednesday, March 23, 2011

KONSEP PRA SEJARAH


SEJARAH TAMADUN DUNIA

TEMA: MANUSIA DAN MASYARAKAT
TAJUK : MASYARAKAT  PRASEJARAH
  1. KONSEP PRASEJARAH.
            Merujuk kepada zaman sebelum adanya rekod bertulis atau tulisan mengenai sejarah manusia.
            Frank Hole dan Robert F.Heizer ( Prehistoric Archeology: A Brief Introduction) – Sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan sejarah atau rekod bertulis.
            Tournall – Sejarah perkembangan manusia sebelum penemuan sistem tulisan.

  1. KAJIAN MANUSIA PRASEJARAH.
            Maklumat manusia prasejarah dibuktikan melalui kajian terhadap artifak ( bangunan, tembikar dll ) dan fosil.
            Kajian2 itu dilakukan oleh ahli2 Arkeologi atau kaji purba ditapak2 manusia itu menetap.
            Tapak2 manusia prasejarah seperti; Benua Afrika – ( Afrika Tengah,  Selatan dan Rhodesia ), Eropah Barat – ( Peranchis dan Sepanyol Utara ), Asia – China Utara ( Chou Kou Tien) dan Jawa.
            Tokoh2 pengkaji seperti Golden Child, Lenard Wlley dll.

  1. TAHAP.
            Umumnya ahli sejarah membahagikan tahap manusia prasejarah kepada dua zaman iaitu zaman batu dan zaman logam.
i.                    Zaman Batu: - Zaman dimana belum ujudnya tulisan iaitu dari mula perkembangan manusia (5 00 000 SM -  5000 S.M ). Dikenali sebagai peringkat zaman prasejarah.
ii.                  Zaman Logam: - Zaman berasaskan kepada rekod2 bertulis.
            Zaman prasejarah awal merujuk kepada Zaman Paleolitik ( 5 00 000 S.M.  - 10 000 S.M.) dan Mesolitik  ( 10 000 – 7000 SM )
            Zaman prasejarah akhir merujuk Zaman Neolitik ( 7000 SM – 3500 SM )

  1. KAEDAH KAJIAN.
            Beberapa kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat.
i.                    Kaedah cari gali / gali cari.
ii.                  Kaedah mengesan usia -  secara radio carbon dating - C14
iii.                Kaedah Sains melalui;
o   Teknik Pembelauan Sinar X ( X-Ray Diffraction) – Melihat kandungan mineral bahan mentah seperti bahan membuat peralatan memasak.
o   Analisia kimia – melihat persamaan atau perbezaan bahan yang dikaji antara satu tempat dengan tempat lain, kelompok masyarakat dengan kelompok lain.
            Kajian terhadap artifak, fosil manusia, penggunaan alat pekakas, tempat kediaman/ petempatan, kegiatan ekonomi/ sumber makanan, organisasi sosial, kepercayaan dan agama, kesenian/ lukisan dan bilangan  penduduk menjadi asas menentukan corak kehidupan manusia pasejarah Paleolitik, Mesolitik atau Neolitik.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)


BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA


Place of Justice-Malaysia



1.   PENDAHULUAN.

1.1  Mahkamah di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
1.1.1        Mahkamah Awam
1.1.2        Mahkamah Khas (Raja-raja)
1.1.3        Mahkamah Syariah
1.1.4        Mahkamah-mahkamah Khas
1.1.5        Badan Pengadilan lain.

2.   MAHKAMAH AWAM

2.1  Mahkamah bersifat terbuka semasa perbicaraan – orang ramai boleh mendengar kes yang dibicarakan
2.2  Kuasa tertinggi dari segi perundangan sehingga boleh menjatuhkan hukuman mati
2.3  Hakim2 dilantik oleh YDPA atas masihat PM setelah berbincang dengan Majlis Raja-raja.
2.4  Dapat dibahagi kepada dua (2)  
·         Mahkamah Atasan
-          Mahkamah Persekutuan
-          Mahkamah Rayuan
-          Mahkamah Tinggi Semenanjung
-          Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
·         Mahkamah Rendah
-      Mahkamah Sesyen
-     Mahkamah Majistret Kelas I
-      Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
-      Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)

3.  MAHKAMAH KHAS (Raja-raja)

3.1 Hanya mengendalikan kesalahan yang dibuat oleh YDPA dan Sultan.
3.2 Penghakiman dilakukan secara tertutup
3.3 Pengadilan dilakukan oleh -   Ketua Hakim Negara
                                                  -   Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi
  -  2 orang hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh Majlis2 Raja2

4.   MAHKAMAH SYARIAH

4.1  Hanya membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja.
4.2  Mahkamah terdiri daripada - Mahkamah Rendah Syariah
-    Mahkamah Tinggi Syariah
-    Mahkamah Rayuan Syariah

5.   MAHKAMAH-MAHKAMAH KHAS

5.1  Mahkamah yang membicarakan kes2 kesalahan melibatkan golongan tertentu sahaja.
5.2  Antara Mahkamah Khas ialah -    Mahkamah Kanak-kanak
-      Mahkamah Tentera
-       Mahkamah Bumuputera Sabah da Sarawak
-       Mahkamah Perusahaan
-       Mahkamah Buruh

6.   BADAN PENGADILAN LAIN.

6.1  Bertujuan untuk menjaga keadilan masyarakat
6.2    Antara badan pengadilan ialah  -           Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan
-                      Badan tatatertib Majlis Peguam
-                      Badan tatatertib Majlis Perubatan Malaysia
-                      Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
-                      Tribunal Pengguna
-                      Tribunal Perumahan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More