HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Saturday, May 21, 2011

Pemerintahan & Pentadbiran (Tamadun Dunia) - Empayar (Umum)


SEJARAH 940/1(TAMADUN DUNIA)
TEMA : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

EMPAYAR (UMUM)
Empayar Dinasti Han

1.      KONSEP EMPAYAR
    • Kerajaan (pemerintahan) yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas. Kerajaan dengan pimpinan seorang pemimpin yang berwibawa digelar maharaja sebagai ketua.
    • Satu kumpulan daerah2 atau negeri2 yang berada di bawah satu pemerintahan yang tertinggi dan berdaulat.
    • Penduduknya merentasi aspek ras, agama, dan budaya
    • Secara dasarnya pembentukan empayar melalui kegiatan penaklukan. Hal ini didorong oleh idealisme atau matlamat seseorang pemerintah.
    • Kesimpulan;    - sebuah kuasa besar.
- Gunakan kuasa politik untuk kuasai negeri yang lebih kecil

  1. PEMBENTUKAN EMPAYAR
§  Peluasan wilayah penting bagi mempastikan sesebuah kerajaan dapat memperluaskan kuasa + pengaruh serta dapat menambahkan lagi sumber ekonomi.
§  Amnya terdapat empat (4) cara sesebuah kerajaan itu memperluaskan kuasanya;
-          Penaklukan – kekuatan tentera.
-          Sistem ufti
-          Perkahwinan
-          Menggunakan mitos dan legenda

  1. ASAS PEMBENTUKAN EMPAYAR.
§  Peluasan Kuasa.
-          Peluasan kuasa melalui kempen2 ketenteraan dan penaklukan.
-          Kekuatan tentera yang besar dan lengkap untuk mengawal penguasaan sesebuah empaya

§  Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
-          Sistem pemerintahan yang teratur – bersifat totalitarian/ penguasaan sepenuhnya oleh seorang pemimpin.
-          Wilayah yang dijajah jarang diberi hak perwakilan dalam politik dan pentadbiran.

§  Pemimpin Berwibawa.
-          Pemimpin berwibawa dapat menentukan hala tuju sesebuah empayar.
-          Contoh   -     Iskandar Dzlkurnain – Yunani
        Julius Caesar – Rom
        Shih Huang Ti – China
        ChandraGupta Maurya – India (Maurya)

§  Mencipta dan Meninggalkan Tradisi
-          Sebuah empayar akan membina tradisi yang berpanjangan dan berkekalan.
-          Empayar Rom terkenal dengan tradisi Graeco- Roman
-          Melaka – Kesultanan Melayu Melaka
-          Greek – Hellenistik

§  Sistem Perundangan.
-          Mempunyai sebuah sistem perundangan bagi seluruh empayar.
-          Sistem perundangan untuk mengawal keamanaan dan kesejahteraan negara + wilayah yang dijajah.

§  Kerakyatan.
-          Sebeuah empayar akan membuka atau memberi kerakyataan kepada semua rakyat secara menyeluruh
-          Kerakyataan yang diberi bagi menimbulkan sifat taat setia kepada empayar.

  1. LANGKAH2 MENGEKALKAN EMPAYAR.
§  Kuasa Ketenteraan.
§  Sistem Pentadbiran
§  Sistem Pendidikan
§  Asimilasi
§  Galakan Pertumbuhan Ekonomi.
§  Hubungan Diplomasi

  1. EMPAYAR TAMADUN DUNIA.
§  Empayar Mesopotamia.

§  Empayar Mesir.

§  Empayar India

§  Empayar China

§  Empayar Eropah (Yunani, Rom)


§  Empayar Melayu.


SEJARAH 940/1(TAMADUN ISLAM)
TEMA : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD

PENDAHULUAN

Masjid Nabi (Masjid Nabawi)

  1. Tekanan yang hebat dari musrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam
  2. Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam telah diasaskan oleh jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan pemerintah dan pemimpin negara di samping menjadi nabi dan rasul.
  3. walaupun negara pertama yang diasaskan oleh nabi Muhammad dalam bentuk paling sederhana namun sudah cukup untuk dijadikan model kepada sebuah negara Islam melalui pengkajian prinsip2 dan asas2 utama yang wujud di dalamnya.
  4. Prinsip2 dan asas2 yang wujud itu melalui nas wahyu al quran dan sunah

ISI
  1. PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
-          Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama ( tahun ke 12 kesasulan nabi ) dan Perjanjian Aqabah ke dua ( tahun ke-13)
-     Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin.
                  -     Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara
i.                    Islam – dijadikan rujukan dan landasan
ii.                  Syura – kaedah pentadbiran
iii.                Semangat aqidah – bagi menggantikan semangat assabiyyah
iv.                Piagam madinah – sebagai perlembagaan negara.

  1. KONSEP SYURA
-          Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
-          Perkara ini dijelaskan dalam al Quran seperti;
i.                    Surah al-Syura ayat 38 “ Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka”
ii.                  Surah al Imran ayat 59 –“ Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu”
iii.                Juga disebut dalam Surah al Imran ayat 159.
                         -    Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah      diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
-          Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam  Nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.
-          Anggota majlis syura semasa pemerintahan Nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Penglima tertinggi Tentera
-          Menurut Al Mawardi dalam kitabnya “Al Ahkamus- Sultaniah” dan Syed Rashid Rudha dalam “Al- Khalifah” merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan al Quran dan pandangan serta pendapat nabi.

  1. PIAGAM MADINAH.
-          Prof Dr Muhammad Hamidunllah – Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad dalam “ Ikhtisar Perkembangan Islam” menyatakan – Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana2 nabi dan rasul sebelumnya.
-          Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah
Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi.  Ibnu Ishaq dalam kitabnya “Sirah Rasullah” dan Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al Nabawiyah” menyatakan  bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggung jawab pemerintah dan orang yang diperintah.
-          Piagam Madinah dibuat diantara;
i.        Orang Islam (Muhajrin dan ansar ) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
ii.      Antara orang Islam sesama Islam – antara Muhajirin dan Ansar.
-          Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu;
i.        Bahagian Pertama – 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
ii.      Bahagia Kedua – 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang2 Yahudi.

  1. STRUKTUR PEMERINTAHAN
-          Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu;
i.        Konsep syura,
ii.      Persamaan taraf
iii.       Persaudaraan dan perpaduan – tindakan mempersaudarakan pihak Ansar –( Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
iv.       Keadilan
v.         Peraturan am atau Perlembagaan negara.
-          Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut;
i.                       Sederhana dan ringkas,
ii            Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/  pentadbiran dan penggubal undang2
iii           Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
Iv         Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara sukarela dan tidak menerima sebarang gaji / pendapatan negara
v         Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.
-          Jawatan yang wujud adalah seperti berikut
i.                    Ketua negara
ii.                  Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba’ (syura) Setiausaha (Sahib al Sir) dan Pemegang amanah.
iii.                Peringkat kedua – Wali / gabenor dan Amil, Khadi, Penulis ( wahyu, surat dsb) dan Penterjemah.

PENUTUP

            Apa sahaja yang berkaitan.

BENTUK SOALAN

1.      Bincangkan bentuk pemerintahan Nabi Muhammad di Kota Madinah sebagai sebuah negara Islam pertama.
2.      Huraikan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad.

DASAR DALAM NEGARA (Dasar Ekonomi)

DASAR DALAM NEGARA
TAJUK: DASAR EKONOMI

1.      PENDAHULUAN
·         Ekonomi Negara dalam keadaan tidak memuaskan selepas mencapai kemerdekaan.
·         Pelbagai dasar ekonomi diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut
·         Dasar ekonomi yang diwujudkan adalah seperti berikut;
                                            i.            Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970)
                                          ii.            RRJKP1: DEB (1971-1990)
                                        iii.            RRJKP2: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
                                        iv.            RRJKP3: Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

2.      PRA-DASAR EKONOMI BARU (1956-1970)
·         Pra-dasar Ekonomi Baru (1956-1970) ini meliputi;
-          Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
-          Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
-          Rancangan Malaysia Pertama (1966-191970)
·         Objektif  utama Pra-Dasar Ekonomi Baru itu ialah
-          Meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar Bandar
-          Memberi peluang pekerjaan dengan cara meningkatkan pengeluaran sektor pertanian, dan  meneroka peluang perusahaan.
-          Memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sosial
·         Bagi mencapai matlamat di atas kerajaan terlah;
-          Menubuhkan RIDA – untuk membangunkan soio-ekon dan infrastruktur luar Bandar,
-          FELDA – pembukaan tanah pertanian seperti getah dan kelapa sawit.
-          FELCRA – melaksanakan pemulihan dan pembangunan tanah pertanian.
-          MARDI – meningkatkan penyelidikan sektor pertanian.
-          MARA – membangunkan sektor perkilangan dan perdagangan.

3.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA: DEB (1971-1990)
·         RRJKP1: DEB ini meliputi;
-          Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
-          Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
-          Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
-          Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
·         Objektif utama rancangan-rancangan ini ialah;
-          Mengembangkan ekonomi
-          Mengujudkan perpaduan pelbagai kaum (menyusun semula masyarakat).
-          Membasmi kemiskinan.
·         Selain meneruskan strategi RM1, stretegi berikut digunakan seperti;
-          Terkandung beberapa dasar dalam DEB iaitu;
                                                                    i.            Dasar Pertanian Negara
                                                                  ii.            Dasar Perindustrian Negara
                                                                iii.            Dasar Persyarikatan Malaysia
                                                                iv.            Dasar Perswastaan
                                                                  v.            Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
                                                                vi.            Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
                                                              vii.            Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

·         Bagi mencapai matlamat tersebut dilakukan;
-          Penubuhan DARA, KEJORA, dan KETENGAH bagi memajukan kawasan mundur secara pembukaan tanah bersepadu.
-          Penubuhan RISDA dan LPP bagi bantuan nasihat serta kewangan pekebun getah.
-          Penubuhan UDA, PERNAS, Bank Pembangunan, dan Bank Bumiputera bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi.
-          Penubuhan PERWAJA dan HICOM untuk mengembangkan industri berat, besi dan keluli.

4.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA: DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(1991-2000)
·         Dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada Jun 1991.
·         RRJP2 merangkumi;
-          Rancangan Malaysia keenam (1991-1995)
-          Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000)
·         Terdapat dasar baru dalam DPN iaitu;
-          Dasar Sains dan Teknologi
-          Dasar telekomunikasi Negara
-          Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Strategi yang digunakan ialah;
-          Meningkatkan kualiti sumber manusia
-          Meningkatkan sektor pertanian, perlombongan, industri (kecil dan sederhana) dan pelancongan.
-          Meningkatkan R&D, penggunaan sains dan teknologi serta penggunaan ICT .
-          Meningkatkan daya tabungan, modal serta mengukuhkan sistem kewangan.
-          Meningkatkan eksport dan daya saing dengan Negara luar.
·         Objektif pelaksanaan DPN ialah;
-          Mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang (mampan)
-          Mewujudkan masyarakat bersatu padu, saksama dan progresif.
-          Mencapai matlamat Negara maju

5.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA: DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)
·         Merupakan frasa kedua bagi merealisasikan Wawasan 2020
·         RRJP3 merangkumi;
-          RMK8 (2001-2005)
-          RMK9 (2006-2010)
·         Strategi pelaksanaannya ialah berteraskan;
-          Bangsa berdaya tahan, masyarakat yang saksama.
-          Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan ekonomi berasaskan pengetahuan,
-          Meningkatkan daya saing
-          Pembangunan alam sekitar yang mampan
·         Oleh itu objektifnya;
-          Sebuah Negara maju
-          Pertumbuhan yang seimbang dalam menghadapi cabaran globlisasi menjelang 2020.
                        -      Sebuah Negara maju, 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More