HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Friday, April 1, 2011

MANUSIA dan MASYARAKAT (Perbandaran)

TAMADUN DUNIA

TAJUK: PEMBANDARAN (UMUM)


Cth: Pusat Keagamaan Tamadun Dunia

KONSEP/ MAKSUD/ PENGERTIAN.

  1. M.A.J.Beg.
-          Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

  1. Raja Mohd Affandi.
-          Proses dimana penduduk tinggal/ menetap dan bekerja. Pekerjaan yang terlibat seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

PERANAN BANDAR.
  1. Pusat pentadbiran dan kediaman pemerintah.
  2. Pusat politik.
  3. Pusat keagamaan.
  4. Pusat perdagangan.
  5. Pusat pengangkutan.
  6. Pusat pendidikan.
  7. Pusat perindustrian.

FAKTOR MENDORONG KEMUNCULAN.

  1. M.A.J.Beg memberikan kepada 3 faktor iaitu;
                  1.1 Keadaan ekologi
- Sesuai untuk menampung petempatan/ penduduk yang ramai.
- Sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan
                  1.2  Kemajuan bidang teknologi
- Perkembangan teknologi pengairan
- Perkembangan bidang pertanian dan penternakan.
                  1.3  Kemunculan Organisasi Sosial.
- Lahir sistem sosial dibawah seorang ketua tempatan/ raja dsb

  1. Adams.
-          Kemunculan bandar berkait dengan “Peperangan” .
-          Peperangan berlaku ( ada manusia yang gila/ gila kuasa dsb) menyebabkan penduduk mencari perlindungan dari ketua tempatan.
-          Kemudian mereka menetap dan tempat tersebut berkembang menjadi sebuah bandar.


  1. Faktor yang boleh diambil kira dalam memilih tapak2 sesebuah bandar ialah;
3.1 Tempat perlindungan – ancaman musuh, banjir dsb.
3.2 Bekalan air bersih yang mencukupi.
3.3 Kemudahan pengangkutan.
3.4 Ekonomi.
3.5 Kemudahan untuk membesarkan sebuah bandar.


CIRI-CIRI BANDAR.

  1. Kubu pertahanan.
  2. Pintu gerbang.
-          Pusat perhimpunan.
-          Pusat tarikan pelawat/ pelancongan
-          Tumpuan taat setia rakyat.
  1. Pasar.
  2. Pembinaan jalan.
  3. Jalan utama
  4. Pembiaan lain2 infrastruktur. Cth Bangunan pentadbiran, bekalan air, longkang, tempat kumbahan dsb


TAJUK PERBINCANGAN.

  1. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran Mesir.
  2. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran India.
  3. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran China. 
  4. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran Rom.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Khidmat Perundangan)

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
TAJUK:  KHIDMAT PERUNDANGAN

PENGENALAN
1.      Terdapat beberapa profesion undang-undang yang memberi khidmat perundangan supaya sistem kehakiman Malaysia dapat bergerak lancar seperti yang diharapkan oleh rakyat.

PEGUAM NEGARA

 Logo Jabatan Peguam Negara
                                        
                                         
1.      Dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
2.      Peguam Negara berperanan sebagai;
·         Penasihat YDPA,  Kabinet dan kerajaan tentang undang-undang,
·         Pendakwa raya kpada kerajaan
·         Membawa, menjalankan, mendengar atau memberhentikan perbicaraan
3.      Berkelayakan seperti Hakim Mahkamah Persekutuan.Menyandang jawatan selama diperkenan oleh YDPA.
4.       Dibantu oleh Peguamcara Negara ketika menggubal rang undang-undang di Parlimen.
5.      Fungsi Jabatan Peguam Negara:
5.1    Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
5.2    Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
5.3    Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
5.4    Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
5.5    Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.”
                                                              wikipedia.org/wiki/jabatan Peguam Negara

BIRO BANTUAN GUAMAN
1.      Badan kerajaan yang memberi bantuan guaman dan nasihat berkaitan undang-undang secara percuma atau dengan bayaran nominal kepada mereka yang berpendapatan rendah.
2.      Biro ini diletakan di bawah bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.
3.      Aktivitinya dikawal melalui Akta Bantuan Guaman 1971.
4.      Memberi khidmat guaman;
·         Bantuan dengan sumbangan/bayaran (RM300)
-          Pendapatan RM 3000 hingga RM12000 setahun
-          Elaun diri RM 2000 dan RM 1000 setiap orang tanggungan
-          Modal/harta  boleh guna tidak melebihi RM 2000.
-          Sewa rumah, KWSP Serta PERKESO – RM1500
·         Bantuan percuma
-          Pendapatan kurang RM 3000 setahun
-          Elaun diri RM 2000 dan RM 1000 setiap orang tanggungan
-          Modal/harta boleh guna tidak melebihi RM 2000
-          Sewa rumah, KWSP Serta PERKESO – RM1500
·         Pengecualian Khas
-          Tidak layak bantuan dengan sumbangan atau bantuan percuma tetapi boleh memohon melalui Pengarah Biro Bantuan Guaman

PERSURUHJAYA SUMPAH
1.      Dibawah seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
2.      Berperanan untuk mengambil sumpah, ikrar atau akuan oleh individu tentang sesuatu kes.
3.      Anggota – seorang peguambela atau peguamcara Mahkamah Tinggi atau pegawai awam yang disahkan jawatan
4.      Berfungsi sebagai akuan sumpah;
·         Kerahsiaan ejen tempat mengundi,
·         Siap melaksanakan kontrak oleh kontraktor,
·         Kelahiran warganegara yang kehilangan dokumen sperti hak milik tanah, sijil kelahiran, kad pengenalan, pasport dll.
·         Persetujuan penolakan harta pusaka
·         Mematuhi peraturan dan menyimpan rahsia kerajaan
·         Bukan penagih atau penjenayah bagi lantikan dalam perkhidmatan awam
·         Affidavit bagi tujuan perbicaraan

LEMBAGA PENGAMPUNAN
1.      Kuasa pengampunan dan menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah
2.      Terletak di bawah kuasa YDPA bagi hukuman yang dibicarakan oleh
-          Mahkamah tentera
-          Mahkamah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Puterajaya
-          Kesalahan agama di negeri tidak beraja.
3.      Raja/ Sultan/ YDPN berkuasa mengampun dan menangguh hukuman di negeri-negeri masing2
4.      Tindakan yang dilakukan ialah
-          Meremit hukuman
-          Mengurangkan hukuman
-          Menggantung hukuman
5.      Keanggotaan Lembaga pengampunan;
-          YDPA/ Raja/ Sultan/ YDPN sebagai pengurusi
-          Peguam Negara/ peguam Negeri
-          Perdana Menteri/ Menteri Besar/ ketua Menteri
-          Ahli yang dilantik oleh Raja/ Sultan/ YDPN ( tidak melebihi 3 orang )
6.      Ahli Lembaga Pengampunan dilantik bagi tempoh 3 tahun, boleh dilantik semula dan boleh meletak jawatan dengan cara menulis surat kepada Raja/ Sultan/ YDPN.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More