SISTEM PERBANDARAN (Umum) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Friday, April 15, 2011

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

TAJUK: SISTEM PEMBANDARAN (UMUM)

Taman Tergantunga Babylon
KONSEP/ MAKSUD/ PENGERTIAN.

  1. M.A.J.Beg.
-          Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

  1. Raja Mohd Affandi.
-          Proses dimana penduduk tinggal/ menetap dan bekerja. Pekerjaan yang terlibat seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

PERANAN BANDAR.

  1. Pusat pentadbiran dan kediaman pemerintah.
  2. Pusat politik.
  3. Pusat keagamaan.
  4. Pusat perdagangan.
  5. Pusat pengangkutan.
  6. Pusat pendidikan.
  7. Pusat perindustrian.

FAKTOR MENDORONG KEMUNCULAN.

  1. M.A.J.Beg memberikan kepada 3 faktor iaitu;
                  1.1 Keadaan ekologi
- Sesuai untuk menampung petempatan/ penduduk yang ramai.
- Sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan
                  1.2  Kemajuan bidang teknologi
- Perkembangan teknologi pengairan
- Perkembangan bidang pertanian dan penternakan.
                  1.3  Kemunculan Organisasi Sosial.
- Lahir sistem sosial dibawah seorang ketua tempatan/ raja dsb
  1. Adams.
-          Kemunculan bandar berkait dengan “Peperangan” .
-          Peperangan berlaku ( ada manusia yang gila/ gila kuasa dsb) menyebabkan penduduk mencari perlindungan dari ketua tempatan.
-          Kemudian mereka menetap dan tempat tersebut berkembang menjadi sebuah bandar.

  1. Faktor yang boleh diambil kira dalam memilih tapak2 sesebuah bandar ialah;
3.1 Tempat perlindungan – ancaman musuh, banjir dsb.
3.2 Bekalan air bersih yang mencukupi.
3.3 Kemudahan pengangkutan.
3.4 Ekonomi.
3.5 Kemudahan untuk membesarkan sebuah bandar.

Reka Bentuk Bandar Geometri Tamadun Yunani

CIRI-CIRI BANDAR.

  1. Kubu pertahanan.
  2. Pintu gerbang.
-          Pusat perhimpunan.
-          Pusat tarikan pelawat/ pelancongan
-          Tumpuan taat setia rakyat.
  1. Pasar.
  2. Pembinaan jalan.
  3. Jalan utama
  4. Pembiaan lain2 infrastruktur. Cth Bangunan pentadbiran, bekalan air, longkang, tempat kumbahan dsb

TAJUK PERBINCANGAN.
  1. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran Mesir.
  2. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran India.
  3. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran China. 
  4. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran Rom.

2 comments:

salam,sy kurang faham mcm mne nk buat krgn pmbndaran secara umum??

Nota sy tu sbg panduan shj. Panduan utk menjwab perbandaran yg ditanya(kaji). Dlm jwaban prlu ada;
i. Pengertian perbandaran
ii. Fkator kemunculan
iii. Peranan
iv. Ciri2 sebuah bandar.
Apapun, lihat kehendak soalan.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More