BAB 6 : SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.
TAJUK: ATURCARA/ PROSIDING MAHKAMAH.
PENGENALAN
1. Kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ialah kes-kes Sivil dan kes-kes Jenayah.
2. Seorang tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah dengan pemberian,
· Saman – dokumen mempunyai kandungan kesalahan dan meminta hadir di mahkamah pada masa dan tarikh yang dinyatakan
· Penangkapan tanpa waran – cara polis menangkap seorang dianggap mengancam keselamatan awam dan Negara. Cth perhimpunan haram, merusuh, mengamuk dll.
· Waran – dokumen kuasa kepada pihak polis oleh mahkamah untuk menangkap seseorang atau menggeledah bagi mencari bukti.
3. Aturcara/ Prosiding mahkamah boleh dibahagikan kepada
· Aturcara/ prosiding sivil
· Aturcara/ prosiding jenayah
ATURCARA/ PROSIDING SIVIL
1. Undang-undang yang menyentuh hak dan t/jawab melibatkan hubungan antara individu dengan individu, individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan Negara
2. Bentuk kes - harta pusaka, wasiat, penjagaan anak, tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak dll
3. Pihak terlibat – Plaintif melawan Defendan / Pemohon melawan Penentang
4. Hasil perbicaraan – diterima atau ditolak permohonan plaintif.
5. Hukuman – ganti rugi, injuksi, perlaksanaan spesifik
6. Aturcara/ prosiding Kes Sivil;
§ Writ diperoleh dari mahkamah
§ Defendan boleh menuntut perbicaraan atau sebaliknya
§ Pihak Defendan membela diri – surat guaman “penemuan dokumen”
§ Perbicaraan diadakan. Cara terbuka / penyelesaian di luar mahkamah jika dipersetujui kedua pihak.
§ Pihak kalah akan membayar kos perbicaraan
ATURCARA/ PROSIDING JENAYAH
1. Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat / tanpa niat. Pelaku boleh dijatuhkan hukuman mati, penjara, sebatan, denda dsb.
2. Bentuk kes – culik, bunuh, rogol mencuri, menghasut, bocorkan rahsia rasmi dll
3. Pendakwa raya melawan tertuduh.
4. Hasil perbicaraan – dijatuhi hukuman jika bersalah
Bebas jika terlepas hukuman
5. Hukuman – gantung sampai mati, penjara, sebatan, denda dan jaminan berkelakuan baik.
6. Aturcara/ prosiding Kes Jenayah
o Pendakwa membawa tertuduh utk didakwa
o Peguam bela membantu tertuduh bila dihadapakan di mahkamah
o Pembela/ tertuduh disoal bahas saksi-saksi
o Penghujahan hujah pedakwa dan pembela
o Hakim teliti jika terdapat prima facie – tertuduh diarah bela diri. Jika hakim dapati bukti dikemukakan lemah, tertuduh akan dibebaskan.
o Tertuduh boleh membela diri dengan cara;
- Mendiamkan diri di mahkamah
- Memberi keterangan affidavit/ bersumpah
- Memberi keterangan di kandang salah
o Hakim menjatuhkan hukuman
ATURCARA/ PROSIDING DI MAHKAMAH
1. Tertuduh dibaca dan diterangkan pertuduhannya – mengaku bersalah/ tidak
2. Jika mengaku bersalah – pendakwa umumkan fakta kes hukuman yang dijatuhkan mahkamah.
- Jika mengaku tidak bersalah – pendakwa dan tertuduh (bersendirian/ melalui peguam) memeriksa balas semua saksi masing2
3. Hujahan penutup kedua pihak – hakim membuat keputusan berdasarkan bukti dan keterangan saksi.
4. Ketiadaan bukti – pihak tertuduh dibebaskan
- Terdapat bukti kukuh – dihukum mengikut undang2
Rayuan boleh dibuat di mahkamah – Tinggi Rayuan Persekutuan (rayuan akhir) |
5. Hukuman
1 comments:
Tumpang tanya apakah yang dimaksudkan dengan 'penemuan dokumen'?
Post a Comment