FAKTOR PENENTU DASAR LUAR (DASAR LUAR NEGARA) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Wednesday, June 22, 2011

FAKTOR PENENTU DASAR LUAR (DASAR LUAR NEGARA)

DASAR LUAR NEGARA.
TAJUK: FAKTOR PENENTU DASAR LUAR.

1.    PENGENALAN
1.1      Dasar  luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan hala tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah Negara dalam menjalin hubungan dengan Negara lain.
1.2      Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah Negara mencapai kemakmuran, keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan antarabangsa yang sentiasa berubah2.
1.3      Objektifnya ialah;
-          Memupuk hubungan baik dengan Negara lain.
-          Menjaga kedaulatan, kemerdekaan, maruah  dari campur tangan kuasa luar.
-           Kepentingan politik, ekonomi, sosial diperingkan antarabangsa.
2.    FAKTOR PENENTU DASAR LUAR
2.1      FAKTOR DALAMAN
-          Kepentingan dan keselamatan  nasional.
-                   Menjamin keselamatan Negara dari ancaman musuh
-                   Keupayaan Malaysia yang terhad. Oleh itu terpaksa bergantung dengan kuasa atau Negara  luar
-          Ekonomi.
-                   Menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Negara lain diperingkat antara bangsa
-          Kedudukan geostrategik
-                   Kedudukan Malaysia yang strategik.
-                   Keadaan serantau yang bermasalah.
-                   Hubungan Negara serantau - ASEAN
2.2      FAKTOR LUARAN.
-          Mengikut ketetapan dan selaras prinsip PBB yang;
-                   Melindungi Negara kecil
-                   Memelihara keharmonian dan keamanaan
-                   Menjaga hak asasi kemanusiaan
-                   Menegak keadilan dan undang-undang.
-          Dasar berkecuali.
-                   Menjalin hubungan dengan semua Negara tanpa mengira ideologi.
-                   Angota NAM (Pertubuhan Negara-negara Berkecuali)
2.3      FAKTOR SEJARAH DAN BUDAYA
-          Anggota Komanwel/ Bekas tanah jajahan British
-                   Hubungan baik dengan British dan Negara-negara Komanwel.
-          Anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) – menyokong persaudaraan dan perpaduan Islam .
-          Anggota G15 (Group 15) dan D8 ( Developing 8)
2.4      FAKTOR/ WAWASAN KEPIMPINAN
-          Memastikan hubungan diplomatik terjalin dengan baik dan harmoni demi kepentingan dua hala.
3.    PERKEMBANGAN DASAR LUAR
3.1      ERA TUNKU ABDUL RAHMAN
·         Pro Barat dan antikomunis sehingga 1970an.
·         Anggota PBB, Komanwel dan FPDA (Five Power Defence Arrangements)
·         Menjalin Perjanjian Anglo- Malaya (AMDA) antara Malaysia dengan British pada 1957.
·         British (barat) telah membantu Malaysia dalam isu Pembentukan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, Konfrontasi Indonesia dan perpisahan Singapura.
·         Pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA/ Asia of Southeast Asia – 1961).
·         ASEAN (Association of Southeast Asia Nations) pada 1967. 
3.2      ERA TUN ABDUL RAZAK (1970 – 1976)
·         Dasar berkecuali selepas 1970 serta Ahli Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM/ Non Alignment Movement )
·         Negara bebas, tidak antikomunis serta menjalin hubungan antara negara tanpa mengira ideologi.
·         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN/ Zone of Peace, Freedom and Neulrality- 1971) dan SEANWFZ (South East Asia Nuklear Weapon Free)
3.3      ERA TUN HUSSEIN ONN (1976 – 1981)
·         Dasar Kerjasama Serantau.
·         Meningkatkan hubungan ASEAN dan ZOPFAN.
·         Hubungan dipereratkan dengan China.
3.4      ERA TUN DR MAHATHIR (1981 – 2003)
·         Aktif dalam ASEAN, NAM, OIC, Komenwel, G15, D8.
·         Semangat Selatan-selatan dan PBB. Ambil bahagian dalam Majlis Keselamatan (Secrity Council).
·         Konsep Dasar Pandang Ke Timur, kurangkan pelaboran di Negara-negara Barat,
3.5      ERA DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI (2003 – 2009)
·         Teruskan dasar berkecuali dan dasar Dr Mahathir
·         Bawa kemajuan dalam OIC, NAM, ASEAN

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More