Cikgu Zainal
Sekadar sebagai pengenalan,blog ini dihasilkan dengan oleh saya ( cikgu zainal ) dengan harapan menjadi wadah berkongsi ilmu dan menjadi blog rujukan kepada para pelajar di seluruh dunia untuk mendapatkan nota dan koleksi soalan khasnya bagi pelajaran Pengajian AM dan Sejarah di peringkat STPM.
Kehadiran cikgu zainal di alam blogger “bloggersphere” boleh dianggap setahun jagung dan lebih tepat blog cikgu ini hanya berumur 1 bulan 10 hari maka, kita dapat menyimpulkan bahawa cikgu adalah pendatang baru diarena blogger ini.
Di tempoh sebulan dan 10 hari ini,cikgu banyak belajar ilmu-ilmu baru terutamanya topik-topik yang berkaitan internet,blogger,cara posting,upload gambar di Picasa Web,upload video di youtube dan terbaru belajar sedikit demi sedikit mengenai Google Analytics.Mungkin pada pandangan para pembaca, pencapaian sebegini sekulimit dan enteng sahaja tetapi bagi cikgu,ini adalah pencapaian besar bagi seorang guru berumur berusia 50+an (umur dirahsiakan-maaf) dimana majority sepanjang hayatnya tidak dibesarkan di zaman computer dan apatah lagi zaman internet.
Di tempoh ini juga ,blog cikgu telah menerima sejumlah 1941 pengunjung dari serata dunia dan dengan berkat sokongan dan lawatan dari pengunjung ,InsyaAllah bilangan pengunjung akan meningkat.
Bilangan Pelawat-Mac |
Bilangan Pelawat-April |
Pelawat dari serata dunia |
Selain itu juga,berdasarkan system tracking blog cikgu berjaya mengesan bahawa sebanyak 30,960 patah perkataan diambil melalui blog cikgu zainal ini.Teringat pesan nabi “sampaikanlah kamu walau sepotong ayat” akan menjadi pendorong bagi cikgu untuk menyebarkan nota-nota pelajaran secara percuma.
cikgu zainal blog-word copies |
Tujuan untuk post ini bukanlah untuk berbangga dengan pencapaian yang sedikit.Post ini bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung yang sudi melawat blog cikgu zainal ini , sebagai bukti kepada sokongan pembaca khususnya kepada pelajar di Malaysia yang mengambil kertas Pengajian Am dan Sejarah,terima kasih cikgu ucapkan.Semoga pengunjung dan pembaca blog cikgu zainal akan terus melawat dan mengambil ilmu-ilmu yang berguna ,amin.Wassalam