K0MANWEL, OIC, NAM & DLL ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Tuesday, July 19, 2011

K0MANWEL, OIC, NAM & DLL


DASAR LUAR NEGARA.
Sukan Komanwel - DELHI 2010

A.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – KOMANWEL

PENGENALAN
1.      Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
2.      Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
3.      Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota.
 OBJEKTIF
1.      Menjaga kebajikan Negara anggota
2.      Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara anggota
3.      Kerjasama politik, sukan, kebudayaan dan sosial Negara anggota
4.      Meningkatkan pembangunan dan ekonomi.
MALAYSIA & KOMANWEL
1.      Rancangan Colombo (1950) – bantuan kewangan, teknikal, biasiswa kepada pelajar Malaysia.
2.      Tabung Ekuiti Komanwel – membantu Negara dalam modal perindustrian
3.      Dasar Aparteid (1960an) – bersama Negara anggota Malaysia menentang dasar tersebut.
4.      Misi Pemerhati Komanwel dalam pilihanraya di Fiji, Nigeria dsb
5.      Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGAM)
-          Tuan rumah 1989
-          Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar
6.      Sukan Negara-negara Komanwel (SUKOM) – tuan rumah pada 1998  


B.                 MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1969 di Rabat, Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara.
2.      Pejabat tetap Sekretariat di Jeddah (Arab Saudi)
3.      Malaysia adalah Negara pengasas OIC
OBJEKTIF
1.      Mengujudkan kerjasama, perpaduan kalangan anggota dalam bidang ekonomi, sains, social dan kebudayaan,
2.      Negara Islam yang aman dengan mencari kata sepakat tentang masalah dalaman secara perundingan
3.      Penyelesaian masalah Negara yang terlibat – Perang Iraq dan perjuangan rakyat Palestin
MALAYSIA & OIC
1.      POLITIK
-          Terlibat dalam konflik di Palestin, Bosnia, Kosovo, Somalia dsb
2.      PENDIDIKAN
-          Penubuhan UIAM di Malaysia
-          Kongres Islam Sedunia di Colombo 1982
-          Penerapan Syariah Islam – Islamadab 1979
3.      KEBAJIKAN
-          Membantu Negara Islam di Afrika – Chad
-          Bantuan kesihatan dan perubatan – pelarian Lubnan, Afghanistan
4.      KEBUDAYAAN
-          Pusat penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) di Istambul
-          Sukan Negara-negara Islam di Izmir
-          Pertubuhan Kebudayaan. Sains, dan Pendidikan (ISESCO) di Rabat
5.      EKONOMI
-          Pemberian biasiswa pelajar Islam di UIAM
-          Kerjasama kewangan kepada Negara Islam yang miskin
-          Eksport Negara Islam


C.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1961 di Belgrede , Yugoslavia ketika kemuncak perang dingin di Eropah
2.      Malaysia menyertai NAM pada 1969
3.      Negara NAM di anggotai sebanyak 114 buah Negara dengan 3 kali sidang kemuncak
OBJEKTIF
1.      Menghormati hak asasi manusia selaras prinsip PBB
2.      Blog berkecuali antara blog Barat atau Timur
3.      Akui kedaulatan, persamaan hak, dan hormati bangsa serta agama
4.      Penyelesaian pertikaian secara rundingan dan aman
MALAYSIA & NAM
1.      Penyokong kuat Nam semasa pentadbiran Tun Abd Razak
2.      Aktif dalam mesyuarat dan persidangan di Algeria, Colombo, Havana, New delhi dan Luanda.
3.      Tuan rumah persidangan pada 2003


D.          HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN BADAN ANTARABANGSA LAIN
1.      KUMPULAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D8)
2.      KUMPULAN 15 (G15)
3.      KERJASAMA SELATAN – SELATAN (G77)
4.      HUBUNGAN UTARA – SELATAN (DIALOG UTARA – SELATAN)

1 comments:

sape 3 negara berkecuali tu ?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More