HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Tuesday, August 16, 2011

PENYELESAIAN MASALAH 2 Pengajian Am K1


Cik Samad merupakan seorang pekerja Syarikat Maju Rampai. Beliau mula bertugas pada 1 Januari 2010. Beliau diberi gaji RM5400 sebulan. Tiga bulan kemudian, setelah disahkan, beliau menerima kenaikan sebanyak RM600 sebulan. Atas usaha cemerlang, beliau diberi kenaikan gaji sebanyak RM300 sebulan selepas 6 bulan.
Berapakah purata pendapatan bulanan Puan Ramlah pada tahun tersebut?
A. RM5925
B. RM5800
C. RM5775
D. RM5925

Kehendak soalan : Pengiraan Purata Sebulan
Soalan PURATA: i.  seringkali keluar di dalam peperiksaan STPM.
ii. calon perlu hafal formulanya.
Formula :
    PURATA = Jumlah Keseluruhan/Jumlah Bulan

Kaedah pengiraan :
i.           Pelbagai kaedah penyelesaian.
ii.         Pelajar yang pintar, boleh memilih kaedah pengiraan pantas.
iii.       Tetapi bagi pelajar yang sederhana dan lemah boleh guna kaedah pengiraan yang panjang tetapi dapat menghasilkan jawapan yang tepat dan betul.

Kaedah pengiraan panjang;
i.                    Langkah 1 : Kira Jumlah Pendapatan setahun
Jan                   5400
Feb                  5400
Mac                 5400
Apr                  6000
Mei                  6000
Jun                   6000
Jul                    6000
Ogos                6000
Sept                 6000
Okt                  6300
Nov                 6300
Dec                  6300
JUMLAH     71100

ii.                  Langkah 2 : Kira PURATA
=  71100  ÷ 12 bulan
=  5925.00

Saturday, August 6, 2011

Aktiviti Hujung Minggu (Telok Intan PETRONAS CubFrix) 4

SUASANA DALAM PITS

Boss!  apa problm .....

Pickup slow la kawan....

Tu mcm ka ... no problm bleh bikin punya

Ni dah siap. Tu .. blum

100%  ready......

Tuesday, August 2, 2011

DASAR LUAR NEGARA

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PBB.
Bangunan & Logo PBB

LATAR BELAKANG
1.      Beribu pejabat di New York selepas ditubuhkan pada 24 OKT 1945 selepas Perang Dunia Kedua.
2.      PBB dianggotai 191 (sehingga 2005) buah Negara anggota.
3.      Malaysia menganggotai PBB pada 17 Sept 1957

MATLAMAT
1.      Menjalin kerjasama antara Negara dunia dari segi ekonomi, sosial, kebudiaan dan politik.
2.      Memelihara hak asasi tanpa mengira kaum dan agama
3.      Keamanan Negara dari persaingan senjata nuklear dan pengganas.

MAJLIS-MAJLIS ANGGOTA PBB
1.      MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG
·         Membahas perkara berkaitan masalah ekonomi, sosial dan politik dunia
·         Dianggotai 15 negara anggota – 5 anggota tetap (pemegang kuasa veto – Britain, AS, Rusia, Perancis dan China) dan 10 anggota sementara.
2.      MAJLIS KESELAMATAN
·         Berperanan hentikan pencerobohan kuasa besar dan kekalkan keamanaan
·         Tumpuan kepada penyelesaian politik secara aman
·         Mempunyai 5 negara berkuasa veto (political veto)
·         Malaysia pernah menjadi ahli Majlis Keselamatan ( 1965, 1988 dan 2000)
3.      MAHKAMAH PENGADILAN/ JENAYAH  ANTARABANGSA (ICC)
·         Berpusat di The Hague (Belanda)
·         Mengadili masalah antara bangsa seperti penghapusan etnik, jenayah perang, pertindihan sempadan, dll.
·          Mempunyai 15 orang hakim dari pelbagai Negara
·         Pernah menyelesaikan masalah Pulau Sipadan dan Ligitan- pertikaian Malaysia dengan Indonesia. Pulau Batu putih antara Malaysia dan Singapura.
4.      MAJLIS AMANAH
·         Membantu Negara yang merdeka supaya dapat menguruskan pentadbiran dengan baik.
·         Menyediakan Negara belum merdeka dapat berkerajaan sendiri.
5.       MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL
·         Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial Negara anggota.
·         Membantu dan menyelesaikan masalah pembangunan (kemiskinan), pendidikan dan langkah pencegahan penyakit
·         Fungsinya dapat dilihat melalui Agensi-agensi PBB
6.      JABATAN SEKRETARIAT/ JABATAN URUSETIA
·         Melaksanakan urusan harian pentadbiran PBB
-          Persidangan antarabangsa melibatkan isu dunia
-          Meninjau masalah sosial dan ekonomi

AGENSI ANGGOTA PBB
1.      Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
2.      Bank Dunia (WB)
3.      Suruhanjaya Perkhidmatan Pelarian (UNHCR)
4.      Tabung Kanak-kanak Bangsa2 Bersatu (UNICEF)
5.      Rancangan Pembangunan Bangsa2 Bersatu (UNDP)
6.      Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
7.      Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan (UNESCO)


PERANAM MALAYSIA DALAM PBB
1.      KEBAJIKAN
·         Bantuan wang, makanan, dan perkhidmatan kebajikan negara terlibat peperangan, dan bencana alam

2.      KEAMANAAN
·         Melicinkan percantuman Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia melalui referendum Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan oleh PBB
·         Menyelesaikan konfrontasi Malaysia – Indonesia (1963)
·         Mengadili tuntuan Malaysia keatas Pulau Sipadan dan Ligitan keatas Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura.
·         Ancaman keras ujian nuklear oleh Negara seperti Peranchis dll
·         Tindakan pencerobohan ke atas Iraq oleh AS dan Britian
·         Kezaliman dan pencerobohan regim Zionis di Palestin
·         Menghantar pasukan tentera pengaman bersama-sama PBB

3.      PELARIAN
·         Program penempatan pelarian Vietnam, Burma di Malaysia

4.      HAK ASASI
·         Menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More