~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Saturday, May 21, 2011


SEJARAH 940/1(TAMADUN ISLAM)
TEMA : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD

PENDAHULUAN

Masjid Nabi (Masjid Nabawi)

  1. Tekanan yang hebat dari musrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam
  2. Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam telah diasaskan oleh jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan pemerintah dan pemimpin negara di samping menjadi nabi dan rasul.
  3. walaupun negara pertama yang diasaskan oleh nabi Muhammad dalam bentuk paling sederhana namun sudah cukup untuk dijadikan model kepada sebuah negara Islam melalui pengkajian prinsip2 dan asas2 utama yang wujud di dalamnya.
  4. Prinsip2 dan asas2 yang wujud itu melalui nas wahyu al quran dan sunah

ISI
  1. PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
-          Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama ( tahun ke 12 kesasulan nabi ) dan Perjanjian Aqabah ke dua ( tahun ke-13)
-     Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin.
                  -     Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara
i.                    Islam – dijadikan rujukan dan landasan
ii.                  Syura – kaedah pentadbiran
iii.                Semangat aqidah – bagi menggantikan semangat assabiyyah
iv.                Piagam madinah – sebagai perlembagaan negara.

  1. KONSEP SYURA
-          Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
-          Perkara ini dijelaskan dalam al Quran seperti;
i.                    Surah al-Syura ayat 38 “ Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka”
ii.                  Surah al Imran ayat 59 –“ Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu”
iii.                Juga disebut dalam Surah al Imran ayat 159.
                         -    Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah      diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
-          Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam  Nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.
-          Anggota majlis syura semasa pemerintahan Nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Penglima tertinggi Tentera
-          Menurut Al Mawardi dalam kitabnya “Al Ahkamus- Sultaniah” dan Syed Rashid Rudha dalam “Al- Khalifah” merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan al Quran dan pandangan serta pendapat nabi.

  1. PIAGAM MADINAH.
-          Prof Dr Muhammad Hamidunllah – Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad dalam “ Ikhtisar Perkembangan Islam” menyatakan – Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana2 nabi dan rasul sebelumnya.
-          Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah
Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi.  Ibnu Ishaq dalam kitabnya “Sirah Rasullah” dan Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al Nabawiyah” menyatakan  bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggung jawab pemerintah dan orang yang diperintah.
-          Piagam Madinah dibuat diantara;
i.        Orang Islam (Muhajrin dan ansar ) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
ii.      Antara orang Islam sesama Islam – antara Muhajirin dan Ansar.
-          Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu;
i.        Bahagian Pertama – 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
ii.      Bahagia Kedua – 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang2 Yahudi.

  1. STRUKTUR PEMERINTAHAN
-          Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu;
i.        Konsep syura,
ii.      Persamaan taraf
iii.       Persaudaraan dan perpaduan – tindakan mempersaudarakan pihak Ansar –( Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
iv.       Keadilan
v.         Peraturan am atau Perlembagaan negara.
-          Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut;
i.                       Sederhana dan ringkas,
ii            Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/  pentadbiran dan penggubal undang2
iii           Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
Iv         Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara sukarela dan tidak menerima sebarang gaji / pendapatan negara
v         Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.
-          Jawatan yang wujud adalah seperti berikut
i.                    Ketua negara
ii.                  Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba’ (syura) Setiausaha (Sahib al Sir) dan Pemegang amanah.
iii.                Peringkat kedua – Wali / gabenor dan Amil, Khadi, Penulis ( wahyu, surat dsb) dan Penterjemah.

PENUTUP

            Apa sahaja yang berkaitan.

BENTUK SOALAN

1.      Bincangkan bentuk pemerintahan Nabi Muhammad di Kota Madinah sebagai sebuah negara Islam pertama.
2.      Huraikan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More