Pemerintahan & Pentadbiran (Tamadun Dunia) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Tuesday, May 17, 2011

Pemerintahan & Pentadbiran (Tamadun Dunia)

SEJARAH 940/1 TAMADUN DUNIA
TAJUK: NEGARA KOTA (UMUM)

NEGARA KOTA.
Negara Kota Mesopotamia

1.      KONSEP
·         Sistem pemerintahan dimana kuasa kedaulatan tertumpu kepada rakyat kota dan kuasa politiknya kerapkali diperluas kepada tanah jajahan yang mengelilinginya.
·         Satu gambaran awal munculnya sebuah negara
·         Mempunyai undang-undang dan pemerintahannya sendiri.

2.      PROSES & PERKEMBANGAN
      ·         Nomad,
      ·          Membina petempatan – Aktiviti pertanian,
·                                  -  Petempatan kekal/ binaan rumah
·         Kampung
·         Bandar/proses perbandaran,
·         Kota/ negara kota.
·         Kota tersebut lengkap dengan – sistem politik, sosial, perbandaran (jalan raya, binaan, perparitan dsb) dan agama

3.      FAKTOR MEMBAWA KELAHIRAN
·         Adanya aspek kehidupan bermasyarakat/ komuniti;
·         Kegiatan politik,
·         Aktiviti sosial
·         Aktiviti ekonomi
·         Perkembangan intelektual dan budaya
·         Golongan Bercita2 Tinggi - Berkembang kerana adanya golongan keluarga yang mengikut tradisi dipercayai daripada nenek moyang – Golongan berpengaruh.
·         Tradisi Pembinaan Kubu. - Perlindungan dari serangan musuh – Atas dorongan itu pembinaan kubu2 untuk mempertahankan bandar.
·         Perkembangan pertanian eksport – petani dapat melibatkan diri dalam politik dan kehidupan bandar/ negara kota.
·         Perdagangan – Kemakmuran menjadi asas perkembangan negara kota. Perdagangan melibatkan urusan antara negara kota dan juga perdagangan luar.
·         Proses Imigrasi / Perpindahan masuk penduduk luar bandar merancakkan perkembangan negara kota.
·         Perubahan strategi peperangan
-           Lahir nilai baru – nilai individu dan nilai t/jawab bersama untuk;     
-           Tingkatkan kepentingan
-           Kedudukan dan pengaruh

4.      NEGARA KOTA
Reka bentuk Negara Kota Mesopotamia

·         Perbincangan mengenai Negara Kota;
-          Sumeria
-          Sparta,
-          Athens,
-          Negara Kota Arab
-          Negara Kota Alam Melayu.

5.            Contoh bagaimana untuk membincangkan Negara Kota.
NEGARA KOTA MAKKAH.
1.      KEDUDUKAN
§  Kawasan pesisiran pantai Laut Merah.
§  Di Negeri Hijaz – Lembah yang lebih rendah
§  Kedudukan di tengah2 persimpangan jalan perdagangan antara kota Syam, Yaman, Hirah, dan Kota2 di pinggir Laut Merah.
§  Tempat persinggahan utk mengambil bekalan air (telaga Zan Zam)

2.      SOSIAL
§  Masyarakat – hidup secara berpuak2 dan berkabilah.
§  Sering berlaku pergaduhan dan peperangan antara puak – sikap taksub kepada kabilah.
§  Masyarakat peniaga – kegiatan perniagaan 9keb dimonopoli oleh puak Arab Quraisy.
§  Kehidupan Kota – menjadikan mereka bersikap individulistik – timbul keinginan kepada kuasa dan pengaruh di kalangan individu dalam kabilah

3.      POLITIK
§  Kota yang bebas dari kuasa + pengaruh kuasa besar (Byzantien + Parsi) Kekal bebas/ neutral hingga zaman Islam.
§  Penduduk kota Makkah merupakan perpindahan kabilah2 Arab dari selatan ke utara. Perpindahan ini membawa kemunculan kaum Quraisy di kota Makkah.
§  W.M.Watt dalam “Muhammad at Mecca” telah membahagikan kaum Quraisy kepada 3 kelompok yang mempunyai sikap + kedudukan berbeza segi sosial, politik dan ekonomi.
-          Kelompok pertama mewakili kumpulan yang kurang berada tetapi memegang kepimpinan kota Makkah.
-          Kelompok ke2 + 3 merupakan golongan berada + sering berpakat menentang kumpulan pertama.

4.      EKONOMI
§  Pusat perniagaan terkenal
§  Terkenal kerana;
-          Kedudukannya ditengah2 persimpangan jalan perniagaan utara + selatan
-          Orang Makkah sendiri merupakan ahli2 perniagaan – berasal dari Yaman yang mempunyai pengalaman luas sejak turun temurun.
§  Di kota Makkah terdapat beberapa pasar Besar seperti Pasar Ukaz, Zul-Majaz
§  Barang yang diperniagakan hasil pertukaran dari luar seperti Afrika, China, India, Kepulauan Melayu dsb

5.      KEBUDAYAAN
§  Terkenal juga sebagai pusat Ibadat dan perdagangan yang menjadi kunjungan orang tiap tahun.
§  Kunjungan orang ramai dari pelbagai tempat membentuk suatu kebudayaan di kota Makkah.
§  Orang Arab juga terkenal sebagai bangsa penggemar kepada seni + sastera. Musim haji merupakan peluang terbaik menunjukkan kebolehan masing2
§  Mereka akan menghadiri pesta/ pertandingan seni, sastera + kebudayaan disamping berniaga. Pesta seperti pertandingan pidato, syair, kata hikmah + falsafah, kekuatan dsb.
-          Hasil sastera yang indah + bermutu akan digantung didinding Kaabah untuk tontonan ramai.

6.      AGAMA
§  Terkenal juga sebagai pusat agama/ peribadatan.
§  Penyembahan Berhala;
-          Penyembahan Berhala lebih dahulu diamalkan daripada agama lain.
-          Keengganan mereka menerima agama Majusi, Yahudi + Nasrani disebabkan agama2 tersebut dianggap asing + bukan agama nenek moyang.
-          Berhala diperbuat daripada batu, kayu, logam (emas + perak)
-          Pusat agama di kota Makkah – di sekeliling Kaabah. Terdapat lebih kurang 360 buah berhala seerti al-Latta, al-Uzza dsb.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More