Pemerintahan & Pentadbiran (Tamadun Islam) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Tuesday, May 17, 2011

Pemerintahan & Pentadbiran (Tamadun Islam)


SEJARAH 940/1 TAMADUN ISLAM

TEMA : KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD
Sujud dalam solat 

PENDAHULUAN

  1. LATAR BELAKANG NABI
- Keturunan Bani Hasyim – kabilah Quraisy & kepimpinan Abdul Mutalib
  1. PERIBADI NABI
-    Digelar al Amin – beramanah, berakhlak mulia, bijaksana . Hijrah dari Mekkah ke Madinah. Menjadi nabi dan rasul

ISI
  1. NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASUL
          -          Tersebut dalam kitab samawi 
                 – al Quran, Taurat, Injil menyatakan akan sifat2 kenabian  Muhammad.
          -          Bukti sejarah  
                 – 13 tahun berdakwah di Mekah menyampaikan seruan Islam. Ajaran diterima dan tidak kurang juga yang menentang.
          -          Meneruskan dakwah di Madinah selama 10 tahun

  1. POLITIK
          -          Membentuk negara Islam pertama di Madinah – undang2 berlandaskan al Quran dan as Sunah.
          -          Mengasaskan sistem Syura – mesyuarat. Contoh dalam menghadapi perang Badar,  Uhud ,dan Khandak. Menurut Dr Hamka dalam bukunya “Sejarah Umat Islam” menyebut nabi bermesyuarat dengan sahabat dalam menjatuhkan hukuman ke atas tawanan Perang Badar 623M
          -          Menjalin hubungan diplomatik . Cth menghantar surat ke Mesir dan Habshah Rom dan Parsi dengan tujuan utk memperkenalkan agama Islam. Hamka dalam bukunya “Sejarah Umat Islam”- Mengajar dan mendidik para sahabat ilmu politik dan kenegaraan secara teori dan priktikal.
          -          Berjaya dalam membentuk kemerdekaan dan kedaulatan Madinah – menghadapi serangan Quraisy ( perang Badar, Uhud Khandak)
          -                      Ahli strategi. Cth Perang Badar dan Khandak.
          -          Membina pusat pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu masjid . Masjid menjadi pusat perpaduan dan pusat dakwah dan setiap anggota negara mematuhi Piagam Madinah, nadi pemerintahan negara Islam – Dr Ahmad Shalaby dalam bukunya”Sejarah Kebudayaan Islam”.
          -          Memastikan taat setia rakyat kepada pemimpin. Golongan yang tidak mematuhi pemimpin tidak dibenarkan menetap di madinah. Abd Rahman Hj Abdullah dalam “Pemikiran Islam” – Nabi menghalau Yahudi bani Nadir dari Madinah kerana pakatan untuk membunuh nabi.

  1. SOSIAL.
          -          Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar – dipersaudarakan atas dasar keturunan dan keimanan. Kepimpinan Nabi terserlah selepas hijrah dan terbentuknya masyarakat Islam dari pelbagai kaum dan keturunan dengan mempersaudarakan Mauhajirin dan Ansar serta kaum2 lain – Dr Ahmad Shalaby dalam “Sejarah Kebudayaan Islam”.
          -          Peranan institusi masjid – tempat ibadat, ilmu, kemasyarakatan dll.
          -          Mendirikan Masjid Quba – atas dasar taqwa
          -          Menyatukan golongan Islam dan bukan Islam dalam Piagam Madinah
i.              Islam dengan Islam – jaminan keselamatan, tolong menolong, mencegah kemungkaran.
ii.            Islam dengan bukan Islam – jaminan keselamatan, tolong menolong, mencegah kemungkaran.
 Mustafa Hj Daud dalam bukunya “Tamadun Islam” – Kesepakatan antara penduduk melalui prinsip kebebasan beragama, kebebasan mengamalkan budaya dan adat masing seperti yang dinyatakan dalam Piagam Madinah.
          -          Memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Mengeratkan hubungan Islam dan bukan Islam supaya bekerjasama menjaga  Madinah dengan mematuhi Piagam Madinah – Dasuki Hj Ahmad dalam “Ikhtisar Perkembangan Islam”
          -          Mengekalkan jawatan ketua2 kaum
i.                 Hal2 kaum merujuk kepada ketua2 kaum terbabit.
ii.               Hal2 ummah rujuk kepada Nabi

  1. EKONOMI
         -          Memperkenalkan dasar ekonomi baru – menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyah.
         -          Menggalakan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian – kekayaan dan kesenangan di dunia di haruskan asalkan tidak melibatkan unsur riba, menunaikan zakat dll
         -          Berusaha membangunkan ekonomi orang Islam. Cth tanah terbiar diusahakan, tebus semula tanah yang tergadai kepada orang yahudi
         -          Perdagangan – memecah monopoli Yahudi dalam perdagangan, Mengatur strategi perniagaan Madinah – jalan perdagangan dari Mekah – Syam.

  1. NABI SEBAGAI PEMIMPIN TENTERA.
          -                 Sebagai seorang panglima tentera.
          -                 Dasar perjuangan nabi berasaskan
i.                    Aqidah – perjuangan fi sabilillah
ii.                  Syariah – peperangan mengikut etika dan tatacara perang
iii.                Akhlah – belas ehsan kepada musuh – tidak mengejar musuh yang lari.
          -          Nabi seorang perancang taktik dan steratigi tentera yang bijaksana. Cth Perang badar – tektik tunggu dan lihat, tentera diatur bersaf-saf , serang musuh apabila telah dekat dan berjaya mengelirukan musuh.

KESIMPULAN

1.      Kesan kepimpinan.
2.      Berjaya menyatukan seluruh umat Arab dalam kerajaan pusat di Madinah
3.      Kesinambungan diteruskan oleh 4 orang khalifah ar-Rasyidin.

BENTUK SOALAN

1.      Nabi Muhammad bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan kenyataan tersebut.
2.      Bincangkan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad dari aspek politik dan sosial dengan mengemukakan contoh2 yang jelas ketika baginda berada
      di Kota Madinah. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More