ORGANISASI SOSIAL ( UMUM ) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Wednesday, April 27, 2011

ORGANISASI SOSIAL ( UMUM )


    BAHAGIAN A: TAMADUN DUNIA.
    TAJUK: ORGANISASI SOSIAL (UMUM).

    Susun Lapis Masyarakat Mesopotamia


    KONSEP/ MAKSUD/ PENGERTIAN.

    1. Sivachandralingam Sundar Raja. 
                      - Pembahagian masyarakat kepada lapis2 sosial yang berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dsb.

    1. Melvin Tumin.
    -          Penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza kuasa, harta, penilaian sosial dan kepuasan rohani.

    BILA WUJUD.
    1. Satu fenomena universal dan terdapat dalam semua tamadun awal.
    2. Islam  – Merupakan satu fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia bermasyarakat.
    3. Tidak tahu bila bermula. Tetapi menurut Mayer Kurt
     “Dapat dikesan sejak zaman Neolitik”

    1. Bermula sejak kemunculan Revolusi Pertanian yang meletakan asas kemajuan peradapan manusia.
    2. Revolusi Pertanian menyebabkan manusia membuat penempatan kekal/ perkampungan yang berasaskan kegiatan pertanian.
    3. Aliran rajah seperti berikut;

    Petempatan Kekal


    Perkembangan Bidang Ekonomi.


    Muncul golongan Paderi/ agama
    bertindak sebagai ketua/ pemimpin agama. (Mereka mengukuhkan kedudukan
     serta mengasingkan diri dari kelompok masyarakat lain)


    GolongaPaderi/ Pendita


    Askar Profesional.


    Golongan Bangsawan + Pegawai Istana


    Golongan Petani


    Golongan Hamba

    PEMBAHAGIAN

    1. Secara umum pembahagiannya terbahagi kepada 2 iaitu
                                      Golongan Pemerintah.
                                      Golongan Diperintah

    1. Daripada pembahagian tersebut wujud beberapa pecahan lain spt Pemerintah dibahagikan kepada Raja dan Bangsawan. Pembahagian diperintah pula dipecahkan seperti Rakyat biasa dan hamba.

    TAJUK PERBINCANGAN
    1. Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Mesopotamia
    2. Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Mesir.
    3. Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat China.
    4. Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Athens.
    5. Bincangkan konsep dan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam.

    0 comments:

    Post a Comment

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More