MANUSIA dan MASYARAKAT (Perbandaran) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Friday, April 1, 2011

MANUSIA dan MASYARAKAT (Perbandaran)

TAMADUN DUNIA

TAJUK: PEMBANDARAN (UMUM)


Cth: Pusat Keagamaan Tamadun Dunia

KONSEP/ MAKSUD/ PENGERTIAN.

  1. M.A.J.Beg.
-          Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

  1. Raja Mohd Affandi.
-          Proses dimana penduduk tinggal/ menetap dan bekerja. Pekerjaan yang terlibat seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

PERANAN BANDAR.
  1. Pusat pentadbiran dan kediaman pemerintah.
  2. Pusat politik.
  3. Pusat keagamaan.
  4. Pusat perdagangan.
  5. Pusat pengangkutan.
  6. Pusat pendidikan.
  7. Pusat perindustrian.

FAKTOR MENDORONG KEMUNCULAN.

  1. M.A.J.Beg memberikan kepada 3 faktor iaitu;
                  1.1 Keadaan ekologi
- Sesuai untuk menampung petempatan/ penduduk yang ramai.
- Sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan
                  1.2  Kemajuan bidang teknologi
- Perkembangan teknologi pengairan
- Perkembangan bidang pertanian dan penternakan.
                  1.3  Kemunculan Organisasi Sosial.
- Lahir sistem sosial dibawah seorang ketua tempatan/ raja dsb

  1. Adams.
-          Kemunculan bandar berkait dengan “Peperangan” .
-          Peperangan berlaku ( ada manusia yang gila/ gila kuasa dsb) menyebabkan penduduk mencari perlindungan dari ketua tempatan.
-          Kemudian mereka menetap dan tempat tersebut berkembang menjadi sebuah bandar.


  1. Faktor yang boleh diambil kira dalam memilih tapak2 sesebuah bandar ialah;
3.1 Tempat perlindungan – ancaman musuh, banjir dsb.
3.2 Bekalan air bersih yang mencukupi.
3.3 Kemudahan pengangkutan.
3.4 Ekonomi.
3.5 Kemudahan untuk membesarkan sebuah bandar.


CIRI-CIRI BANDAR.

  1. Kubu pertahanan.
  2. Pintu gerbang.
-          Pusat perhimpunan.
-          Pusat tarikan pelawat/ pelancongan
-          Tumpuan taat setia rakyat.
  1. Pasar.
  2. Pembinaan jalan.
  3. Jalan utama
  4. Pembiaan lain2 infrastruktur. Cth Bangunan pentadbiran, bekalan air, longkang, tempat kumbahan dsb


TAJUK PERBINCANGAN.

  1. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran Mesir.
  2. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran India.
  3. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran China. 
  4. Jelaskan konsep dan ciri-ciri utama sistem perbandaran Rom.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More