SEJARAH TAMADUN DUNIA
TEMA: MANUSIA DAN MASYARAKAT
TAJUK : MASYARAKAT PRASEJARAH
- KONSEP PRASEJARAH.
Merujuk kepada zaman sebelum adanya rekod bertulis atau tulisan mengenai sejarah manusia.
Frank Hole dan Robert F.Heizer ( Prehistoric Archeology: A Brief Introduction) – Sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan sejarah atau rekod bertulis.
Tournall – Sejarah perkembangan manusia sebelum penemuan sistem tulisan.
- KAJIAN MANUSIA PRASEJARAH.
Maklumat manusia prasejarah dibuktikan melalui kajian terhadap artifak ( bangunan, tembikar dll ) dan fosil.
Kajian2 itu dilakukan oleh ahli2 Arkeologi atau kaji purba ditapak2 manusia itu menetap.
Tapak2 manusia prasejarah seperti; Benua Afrika – ( Afrika Tengah, Selatan dan Rhodesia ), Eropah Barat – ( Peranchis dan Sepanyol Utara ), Asia – China Utara ( Chou Kou Tien) dan Jawa.
Tokoh2 pengkaji seperti Golden Child, Lenard Wlley dll.
- TAHAP.
Umumnya ahli sejarah membahagikan tahap manusia prasejarah kepada dua zaman iaitu zaman batu dan zaman logam.
i. Zaman Batu: - Zaman dimana belum ujudnya tulisan iaitu dari mula perkembangan manusia (5 00 000 SM - 5000 S.M ). Dikenali sebagai peringkat zaman prasejarah.
ii. Zaman Logam: - Zaman berasaskan kepada rekod2 bertulis.
Zaman prasejarah awal merujuk kepada Zaman Paleolitik ( 5 00 000 S.M. - 10 000 S.M.) dan Mesolitik ( 10 000 – 7000 SM )
Zaman prasejarah akhir merujuk Zaman Neolitik ( 7000 SM – 3500 SM )
- KAEDAH KAJIAN.
Beberapa kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat.
i. Kaedah cari gali / gali cari.
ii. Kaedah mengesan usia - secara radio carbon dating - C14
iii. Kaedah Sains melalui;
o Teknik Pembelauan Sinar X ( X-Ray Diffraction) – Melihat kandungan mineral bahan mentah seperti bahan membuat peralatan memasak.
o Analisia kimia – melihat persamaan atau perbezaan bahan yang dikaji antara satu tempat dengan tempat lain, kelompok masyarakat dengan kelompok lain.
Kajian terhadap artifak, fosil manusia, penggunaan alat pekakas, tempat kediaman/ petempatan, kegiatan ekonomi/ sumber makanan, organisasi sosial, kepercayaan dan agama, kesenian/ lukisan dan bilangan penduduk menjadi asas menentukan corak kehidupan manusia pasejarah Paleolitik, Mesolitik atau Neolitik.
0 comments:
Post a Comment