PENYELESAIAN MASALAH 2 Pengajian Am K1 ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Tuesday, August 16, 2011

PENYELESAIAN MASALAH 2 Pengajian Am K1


Cik Samad merupakan seorang pekerja Syarikat Maju Rampai. Beliau mula bertugas pada 1 Januari 2010. Beliau diberi gaji RM5400 sebulan. Tiga bulan kemudian, setelah disahkan, beliau menerima kenaikan sebanyak RM600 sebulan. Atas usaha cemerlang, beliau diberi kenaikan gaji sebanyak RM300 sebulan selepas 6 bulan.
Berapakah purata pendapatan bulanan Puan Ramlah pada tahun tersebut?
A. RM5925
B. RM5800
C. RM5775
D. RM5925

Kehendak soalan : Pengiraan Purata Sebulan
Soalan PURATA: i.  seringkali keluar di dalam peperiksaan STPM.
ii. calon perlu hafal formulanya.
Formula :
    PURATA = Jumlah Keseluruhan/Jumlah Bulan

Kaedah pengiraan :
i.           Pelbagai kaedah penyelesaian.
ii.         Pelajar yang pintar, boleh memilih kaedah pengiraan pantas.
iii.       Tetapi bagi pelajar yang sederhana dan lemah boleh guna kaedah pengiraan yang panjang tetapi dapat menghasilkan jawapan yang tepat dan betul.

Kaedah pengiraan panjang;
i.                    Langkah 1 : Kira Jumlah Pendapatan setahun
Jan                   5400
Feb                  5400
Mac                 5400
Apr                  6000
Mei                  6000
Jun                   6000
Jul                    6000
Ogos                6000
Sept                 6000
Okt                  6300
Nov                 6300
Dec                  6300
JUMLAH     71100

ii.                  Langkah 2 : Kira PURATA
=  71100  ÷ 12 bulan
=  5925.00

1 comments:

salam , cikgu saya ada masalh ta pandai nk buat esei bla tgok jadual bhagian e . ta pham sgtt .

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More