PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD saw ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Monday, July 4, 2011

PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD saw

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN (TAMADUN ISLAM)

 PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD

PENDAHULUAN

  1. Tekanan yang hebat dari musrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam
  2. Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam telah diasaskan oleh jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan pemerintah dan pemimpin negara di samping menjadi nabi dan rasul.
  3. walaupun negara pertama yang diasaskan oleh nabi Muhammad dalam bentuk paling sederhana namun sudah cukup untuk dijadikan model kepada sebuah negara Islam melalui pengkajian prinsip2 dan asas2 utama yang wujud di dalamnya.
  4. Prinsip2 dan asas2 yang wujud itu melalui nas wahyu al quran dan sunah

ISI PENTING.
1.      PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
            Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama ( tahun ke 12 kesasulan nabi ) dan Perjanjian Aqabah ke dua ( tahun ke-13)
            Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin.
            Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara
i.                    Islam – dijadikan rujukan dan landasan
ii.                  Syura – kaedah pentadbiran
iii.                Semangat aqidah – bagi menggantikan semangat assabiyyah
iv.                Piagam madinah – sebagai perlembagaan negara.

2.      KONSEP SYURA
            Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
            Perkara ini dijelaskan dalam al Quran seperti;
i.                    Surah al-Syura ayat 38 “ Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka”
ii.                  Surah al Imran ayat 59 –“ Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu”
iii.                Juga disebut dalam Surah al Imran ayat 159.
            Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
            Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam  Nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.
            Anggota majlis syura semasa pemerintahan Nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Penglima tertinggi Tentera
            Menurut Al Mawardi dalam kitabnya “Al Ahkamus- Sultaniah” dan Syed Rashid Rudha dalam “Al- Khalifah” merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan al Quran dan pandangan serta pendapat nabi.

3.      PIAGAM MADINAH.
            Prof Dr Muhammad Hamidunllah – Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad dalam “ Ikhtisar Perkembangan Islam” menyatakan – Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana2 nabi dan rasul sebelumnya.
            Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah
            Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi.  Ibnu Ishaq dalam kitabnya “Sirah Rasullah” dan Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al Nabawiyah” menyatakan  bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggung jawab pemerintah dan orang yang diperintah.
            Piagam Madinah dibuat diantara;
i.                    Orang Islam (Muhajrin dan ansar ) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
ii.                  Antara orang Islam sesama Islam – antara Muhajirin dan Ansar.
            Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu;
i.                    Bahagian Pertama – 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
ii.                  Bahagian Kedua – 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang2 Yahudi.

  1. STRUKTUR PEMERINTAHAN
            Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu;
i.                    Konsep syura,
ii.                  Persamaan taraf
iii.                Persaudaraan dan perpaduan – tindakan mempersaudarakan pihak Ansar –( Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
iv.                Keadilan
v.                  Peraturan am atau Perlembagaan negara.
            Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut;
i.        Sederhana dan ringkas,
ii.      Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/ pentadbiran dan penggubal undang2
iii.    Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
iv.    Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara sukarela dan tidak menerima sebarang gaji / pendapatan negara
v.      Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.
            Jawatan yang wujud adalah seperti berikut
i.                    Ketua negara
ii.                  Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba’ (syura) Setiausaha (Sahib al Sir) dan Pemegang amanah.
iii.                Peringkat keduaWali / gabenor dan Amil, Khadi, Penulis ( wahyu, surat dsb) dan Penterjemah.

 PENUTUP

            Apa sahaja yang berkaitan.

 BENTUK SOALAN
1.      Bincangkan bentuk pemerintahan Nabi Muhammad di Kota Madinah sebagai sebuah negara Islam pertama.
2.      Huraikan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad.

6 comments:

salam
bolehkah non-muslim menjadi ahli majlis syura?
jikalau boleh, adakah terdapat sebarang bukti tntg penglibatan non-muslim semasa pemerintahan khulafa'?

Majlis Umat (Syura)
Siapapun yang memiliki kewarganegaraan, baligh dan waras, berhak untuk menjadi anggota Majlis Umat. Dalam hal ini, dia memiliki hak untuk memilih anggota-anggota Majlis, baik perempuan mahupun lelaki, Muslim mahupun non Muslim. Kaum non-Muslim berhak menjadi anggota Majlis Umat, tetapi haknya hanya sekadar untuk melaporkan kezaliman atau kelalaian penguasa terhadap mereka, atau untuk membetulkan kesalahan implementasi hukum Islam ke atas diri mereka. Rasulullah SAW pernah mendengar pengaduan Finhas (seorang Yahudi) terhadap Abu Bakar, sekalipun apa yang diadukannya adalah dusta. Kerana itu, apabila pengaduan diajukan oleh seseorang yang terikat perjanjian dengan negara, maka pengaduan tersebut perlu didengarkan, kerana dia terikat perjanjian sebagai ahlu dzimmah. Namun, non-Muslim tidak berhak menyuarakan pendapat mereka atas hal-hal yang berkenaan dengan hukum Islam, kerana hukum Islam merupakan terbitan dari akidah Islam. Non-Muslim meyakini doktrin kufur dan bertentangan dengan akidah Islam. Kerana itu, pendapat mereka tidak diperlukan dalam masalah hukum.

Dalam hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud, sahih).

Pesanan Nabi s.a.w ini menjadi pegangan para pemerintah selepas baginda yang mengikuti jalan baginda. Marilah merenung surat Khalifah ‘Umar bin al-Khattab kepada gabenornya di Mesir iaitu ‘Amr bin al-‘As. Dalam surat itu ‘Umar menyebut:
“Ketahuilah wahai ‘Amr, sesungguhnya Allah melihat engkau dan amalanmu. Sesungguhnya Allah berfirman dalam kitabnya “(mereka berdoa: wahai Tuhan) jadilah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Furqan:74) tujuannya agar dicontohi. Sesungguhnya (wahai ‘Amr) bersamamu terdapat ahl zimmah (rakyat non-muslim) dan ‘ahd (non-muslim yang mengikat perjanjian). Rasulullah s.a.w telah berpesan mengenai mereka. Baginda juga berpesan mengenai kaum qibti (Coptic) dengan menyebut: “Aku berpesan agar kamu berbuat baik kepada kaum qibti kerana bagi mereka hak perlindungan dan hubungan rahim (keluarga)”. Kekeluargaan mereka disebabkan Nabi Ismail a.s. dari keturunan mereka. Nabi s.a.w juga bersabda: “Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun membebankannya di luar kemampuannya maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat”. Jaga-jaga wahai ‘Amr jangan sampai Rasulullah itu memusuhimu kerana baginda akan menentang musuhnya…sesungguh aku ini takut jika seekor unta yang berada di bawah wilayahmu mati tersesat jalan lalu aku ditanya oleh Allah pada Hari Kiamat” (Kanz al-‘Umal 5/760).

boleh saya dapatkan sumber rujukan berkenaan cerita Fihnas mengadu mengenai ABu Bakar kpd Rasulullah?

Dalam menjalankan misi kenabian apakah perbezaan kosep pemerintahan di mekah dan madinah

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More