DASAR LUAR NEGARA ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Sunday, July 3, 2011

DASAR LUAR NEGARA

DASAR LUAR NEGARA.
TAJUK: MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – ASEAN.


1.    PENDAHULUAN
1.1  Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dibawah Deklarasi Bangkok.
1.2  Dianggotai oleh Negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina (1967), Berunei Darulsalam (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) dan Kemboja (1999)
1.3  Dua Negara pemerhati iaitu Timor Leste dan Papua New Guinea.
1.4  Sekretariat tetap ASEAN di Jakarta (Indonesia)
2.    MATLAMAT ASEAN
2.1  Mempercepat pertumbuhan ekonomi kalangan Negara anggota.
2.2  Menggalak kerjasama sosial, kebudayaan, sains dan teknologi, Serta pentadbiran.
2.3  Mengekalkan keamanan dan kestabilan kalangan serantau,
2.4  Menggalakan pertumbuhan perindustrian, dan perdagangan.
2.5  Mengekalkan dasar berkecuali melalui ZOPFAN
3.    BENTUK KERJASAMA ASEAN
3.1  KERJASAMA EKONOMI
·         Kerjasama ekonomi Projek Perindustrian ASEAN
-          Projek Baja ASEAN di Indonesia.
-          Projek Perlombongan Potasium di Thailand.
-          Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina
-          Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia.
-          Projek Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura.
·         Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
-          Untuk menghapuskan sekatan perdagangan dua hala.
-          Menggalakkan kerjasama perdagangan.
-          Meluaskan dan meningkatkan pasaran Negara serantau
·         Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)/ Pasaran Tunggal ASEAN
-          Mengujudkan pasaran tunggal Negara anggota.
-          Menarik minat pelabur luar ASEAN
-          Mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang kemiskinan,
-          Meningkatkan taraf hidup Negara serantau
-          Bersatu menghadapi cabaran ekonomi antarabangsa
·         Pertubuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia.
-          Konsep Segitiga Pertumbuhan Ekonomi.
-          Melibatkan tiga Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia bagi pertumbuhan ekonomi serantau di bahagian utara.
-          Bahagian selatan melibatkan Negara Malaysia, Singapura dan Indonesia.
·         Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA)
-          Bertujuan untuk mengadakan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan Negara Asia lain

·         Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
-     Perjanjian perdagangan ASEAN dengan Australia dan New Zealand.
3.2 KERJASAMA POLITIK
·         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
-          Konsep diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur (1971)
-          Matlamatnya ialah
-                      Pertikaian Negara anggota diselesaikan tanpa kekerasan (melalui perundingan)
-                      Pertikaian tidak perlu melibatkan kuasa besar dunia.
-                      Menjamin dan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik kawasan serantau
·         Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ 1987)
-          Kawasan bebas dan selamat ancaman senjata nuclear.
3.3  KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN.
·         Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM)
-          Untuk mengembangkan bahasa Melayu setaraf bahasa dunia lain.
-          Mengembangkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.
-          Meningkatkan persaudaran Negara serumpun.
·         Tabung Kebudayaan ASEAN
-          Menganjur dan mengembangkan festival kebudayaan seperti Psta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN, bengkel lukisan dan Muzik.
-          Matlamat utamanya ialah untuk mengeratkan hubungan budaya Negara anggota.
·         Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
-          Mewujudkan kerjasama pendidikan dan ilmu pengetahuan Negara serantau.
-          Kerjasama pendidikan melalui;
-                      Pembaharuan dan Teknologi (INNOTECH) di Filipina
-                      Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC) di Singapura
-                      Pusat Pendidikan Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang (Malaysia)
·         Perjanjian Perkongsian Maklumat.
-          Perkongsian maklumat mengenai keselamatan (keganasan dan jenayah)
-          Kerjasama isu sempadan
·         Kejohanan Sukan Dwi-Tahunan (Sukan SEA)
·         Pertukaran Rancangan TV dan Radio
4       ISU-ISU DAN CABARAN MALAYSIA - ASEAN
4.3   Indonesia – Pertindihan sempadan dan pendatang tanpa izin.
4.4  Thailand – pencerobohan nelayan di perairan Malaysia, keganasan selatan Thailand dan pendatang tanpa izin.
4.5  Singapura – perebutan Pulau Batu Putih, Tambak Laut, Jambatan menggantikan Tambak Johor dan bekalan air dari Johor.
4.6  Filipina – Tuntutan ke atas Sabah dan pendatang tanpa Izin
4.7  Vietnam – Tuntutan ke atas Kepulauan Spratly
4.8  Myanmar – Pendatang tanpa izin

3 comments:

Thank you so much! This had really help me :)

Terima kasih cikgu Zainal. Post ne sangat membantu saya~ :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More