PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Tuesday, July 5, 2011

PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH)


PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH)

MESIR dan CHINA


TAMADUN MESIR.
1.   PENTADBIRAN PUSAT
·                  Sebuah rejim bercorak totalitarian dengan dipenuhi oleh birokratik. Sistemnya  dipenuhi rangkaian pegawai2 yang bekerja diperingkat pusat dan wilayah (provinsi)
·                  Firaun berkedudukan tertinggi/ di atas sungguh berpengaruh serta berkuasa mutlak.
·                  Kedudukan di bawahnya pula diikuti oleh pegawai tinggi yang paling berpengaruh iaitu wazir.. Wazir dilantik dari kalangan kerabat diraja.
·                  Zaman Kerajaan Baru (New era) dua orang wazir dilantik bagi mentadbir Mesir . Pentadbiran Mesir Utara yang berpusat di Memphis dan Mesir Selatan di Thebes..
·                  Tugas wazir amat berat iaitu meliputi;
i.        Bidang pertanian – memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatat pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air (reservoirs) Mengawasi kerjaa menebang pokok dan membina terusan
ii.      Kehakiman – Ketua hakim.
-                           Mengikut sistem perundangan Mesir, tiap bandar mempunyai majlis dikenali sebagai Saru (zaman kerajaan lama) atau Kenbet. Majlis ini badan yang menjalankan dasar dan hukuman di tiap bandar tersebut.
-                           Kes2 serius akan dirujuk kepada Kenbet agung di Mempihs atau Thebes . Kemudian ia dirujuk kepada mahkamah wazir (senior court)
-                           Dalam membuat keputusan wazir bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea2 firaun dan menjalankan hukuman bagi pihak firaun menggunakan kuasa yang diberi/ mewakili kuasa firaun.
-                           Wazir akan dibantu oleh golongan eksekutif, pengarah kabinet dan kerani-kerani (scribes).
-                           Perlu ditegaskan dalam apa juga keadaan pun , firaun adalah ketua hakim yang sebenar.
iii.    Melantik Kaki Tangan – Wazir bertanggungjawab memilih dan melantik kaki tangan berkhidmat untuk keluarga diraja. Merekrut pengawal keselamatan raja.
iv.     Bidang Kewangan – memeriksa akaun-akuan cukai. Beliau akan mengeluarkan resit yang berkenaan.
v.       Laporan kepada Firaun. – Wazir akan menyampaikan segala laporan mengenai hal ehwal dan perkembangan negara setiap hari apabila menghadap firaun.
vi.     Tanggungjawab Lain – Menyelia ekspedisi diraja, bengkel dan projek2 pembinaan, gudang2 dan estet2 yang dimiliki oleh rumah berhala Amun.
vii.   Pembantu Wazir - Tanggungjawab wazir akan dibantu oleh Canselor. Cancelor2 ini akan mendapat maklumat terlebih dahulu daripada ketua2 jabatan.
·         Canselor – Juga satu jawatan penting.
-                           Tugas utamanya ialah menguruskan hal ehwal ekonomi negara. Menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.
-                           Cukai dibayar dengan barangan seperti jagung, kurma, tepung, kek, ikan dsb. Barangan ini disimpan dalam perbendaraan atau gudang diraja (royal storehous) .
-                           Oleh kerana banrangan itu mudah rosak, tanggungjawab beliau untuk mengumpul dan mengedarkan dengan segera.
·         Wizurai – Jawatan penting bagi jajahan Nubai. Diwujudkan semasa dinasti ke-18. Wizurai Nubia dikenali sebagai Royal Son of Kush..
·          Dipercayai terdapat enam (6) jabatan kerajaan yang dikenali sebagai Six Great House. Jabatan Perbendaharaan merupakan yang terpenting. Ia ditadbir oleh dua orang penyelia yang bertindak sebagai ejen kepada Wizurai. Walaupun jabatan kerajaan diuruskan oleh kerajaan pusat, namun hubungan dan kerjasama dengan pentadbiran wilayah amat erat.
·         Raja juga dibantu oleh sekumpulan pegawai2 istana (courtiers). Pegawai ini memainkan peranan penting dan amat berpengaruh. Iaitu seperti ; -
-                           Jawatan ketua pengurus firaun (Chief Steward) adalah mentadbir estet2 diraja yang luas. Mengurus pentadbiran istana, merancang ekspedisi2 diraja, mendidik putera raja.
-                           Pegawai yang mengawasi makanan, minuman, dan tempat tinggal
-                           Penyelia istana – bertanggungjawab menjaga penghuni wanita istana.
-                           Jawatan lain – Jurucakap Diraja (spokeman) ,  kerani – mengawasi kerja2 pembinaan, memulihara bangunan2 lama

2.   PENTADBIRAN WILAYAH
·         Terdapat lebih kurang 20 nomes di Mesir Utara da 22 Nomes di Mesir Selatan. Tiap nomes akan ditadbir oleh Nomarch. Mereka ini berasal daripada keturunan ketua2 suku pemerintah Mesir pada zaman pradinasti.
·         Peringkat ini Mayor (Datuk Bandar) merupakan pegawai yang penting. Tugas beliau seperti mentaksir , mengumpul dan menyimpan hasil cukai serta menghantar laporan kepada wazir. Mayor juga akan menyelesaikan kes2 kecil serta mewujudkan keamanan di dalam bandar.
·         Penguat kuasa undang terletak di tangan Medjay , lama kelamaan mereka menjadi pengawal kebangsaan (national guard).
·         Tiap bandar mempunyai pasukan tentera dan polis sendiri. Tugas mereka untuk mengawal kubur2 diraja, membuat rondaan dan kawalan sempadan negara.



TAMADUN CHINA.
1.   PENTADBIRAN PUSAT
·         Sistem Pentadbiran bagi yang teratur diasaskan pada zaman Dinasti Chin. Sistem ini telah mempengaruhi institusi politik China seterusnya.
·         Pada zaman Dinasti Han, banyak ciri penting pentadbiran China diubahsuai oleh Liu Pang.. Beliau telah menghapuskan kawalan kerajaan pusat terhadap wilayah. Pemerintah wilayah mempunyai kuasa penuh dikawasan masing2 manakala kerajaan pusat hanya berkuasa penuh di sekitar ibu kota seperti Shensi, Shansi, Honan, dll. Pemerintah pusat menguasai wilayah2 menerusi sistem birokrasi pusat yang bercorak autokratik.
·         Bagi melicinkan sistem pentadbiran, empayar (China) dibahagikan kepada Chun (provinsi) dan WongKuo (kingdoms). Disamping itu terdapat unit2 lebih kecil seperti Hsien (negeri) , Hsing (daerah) dan Li
·         Di Peringkat pusat kuasa tertinggi terletak di tangan maharaja. Beliau merupakan punca segala undang-undang, ketua agama.
·         Maharaja akan dibantu oleh San Kung atau Three Lords iaitu terdiri daripada Canselor, Setiausaha Diraja (Imperial Secretary) dan Grand Commandant. Ketiga-tiga pegawai tersebut dibantu oleh sembilan orang menteri
·         Canselor - Orang kanan maharaja. Mempunyai kuasa tertinggi selepas maharaja. Beliau berperanan seperti;
i.                    Menyokong dan melantik pegawai2 kerajaan.
ii.                  Mengawasi pegawai dan Menghukum yang bersalah.
iii.                Menguruskan hal ehwal kewangan terutama menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara.
iv.                 Membuat persediaan ketika kempen ketenteraan.
v.                   Mengetuai mesyuarat istana dan melapor kepada maharaja.
vi.                 Mengarahkan serta memeriksa pegawai2 pentadbir di peringkat provinsi.
·         Setiausaha Diraja – Tugas utama beliau ialah membantu canselor dalam bidang pentadbiran negara. Sebagai s/usaha beliau bert/jawab menyelia dan mengawasi pegawai2 kerajaan agar tidak berlaku penyelewengan. Mengawal disiplin pegawai dan pekerja istana. Menyimpan peta, buku pendaftaran, buku suci serta membantu penolong s/usaha menyimpan rekod2 aktiviti maharaja.
·         Grand Commandant – Bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan. Jawatan ini bukan merupakan jawatan tetap. Akan diwujudkan mengikut keperluan.
·         Menteri – Terdapat sembilan orang menteri yang mempunayi potfolio tertentu seperti;
i.        Menteri Upacara dan Adat Resam – Dianggap ketua paderi dalam kerajaan. Bertanggungjawab menjalankan upacara pemujaan tokong2 kerabat diraja dan upacara penyembahan syurga dan neraka. Menyelia akedamik diraja. Mengendalikan peperiksaan kerajaan dan melaporkan pelajar2 yang layak kepada maharaja.
ii.      Penyelia Pembantu Diraja – Bert/jawab terhadap pengawal keselamatan istana yang menjaga pintu2 istana dan dewan. Lazimnya terdiri daripada
iii.    Komandan Tentera – Mengawasi tentera yang mengawal pintu masuk istana. Dianggap sebagai ketua pengawal diraja.
iv.     Pembantu Kanan – Bert/jawab terhadap kereta2 kuda dan kuda yang ditugaskan untuk mengiringi pasukan yang ditetapkan mengikut keadaan dan upacara. Tugas penting ialah memastikan kawasan padang2 rumput dan kuda yang dipelihara.
v.       Komandan Keadilan – Menerima dan menyelesaikan kes2 rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh gabenor provinsi. Jika tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada maharaja.
vi.     Bentara Agung – Bert/jawab terhadap orang2 gasar yang menyerah diri. Juga merupakan pengarah ritual semasa upacara pengorbanan bagi syurga serta pengerusi majlis jamuan maharaja.
vii.   Pengarah Kerabat Diraja – Menerima dan menyimpan rekod saudara mara diraja
viii.             Menteri Pertanian – Membayar gaji kakitangan kerajaan dan mengumpul cukai. Pendapatan diperolehi daripada cukai kepala, tanah, hasil monopoli pengeluaran garam dan besi serta penjualan arak.
ix.                 Bendahari – Mengurus kewangan anggota kerabat diraja.

2.      PRNTADBIRAN PROVINSI (WILAYAH).
·         Unit paling utama. Pegawai2nya terdiri daripada wizurai, gabenor general, gabenor leftenan/ bendahari, pegawai penguasa garam dan bijiran.
·          Wizurai lazimnya dilantik bagi mentadbir dua atau tiga provinsi seperti Fukien – Chekian, Hupeh – Hunan dll. Mentadbir tiga provinsi seperti Kiangsu- Anhui- Kiangsi,
-                           Pada umumnya wizurai mempunyai kuasa seperti raja di kawasan takluknya tetapi ia tertakluk kepada maharaja.
·         Gabenor adalah pentadbir kawasan kurang utama seperti Chihli dan Azechuan. Sorang gabenor berperanan seperti wizurai tetapi beliau terletak dibawah wizurai.
·         Unit2 lebih kecil seperti Hsien , Hsiung dan Li mempunyai ketuanya sendiri. Mereka memainkan peranan sebagai hakim, polis, mengetuai upacara keagamaan dan mengumpul cukai.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More