PEMERINTAHAN BERAJA (TAMADUN DUNIA) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Saturday, June 25, 2011

PEMERINTAHAN BERAJA (TAMADUN DUNIA)

TEMA : PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN )
TAJUK : PEMERINTAHAN BERAJA.

A.    MESOPOTAMIA

En dan Mesopotamia

A.    L    1.    LATAR BELAKANG.
1.      Berasal dari 2 jawatan utama di Mesopotamia iaitu EN dan LUGAL
EN    Menueur teks utama Uruk,  En itu berperanan sebagai ketua  paderi bagi dewa bandar.
-          Menjelang Dinasti awal – dikenali sebagai Ensi . Ensi bermaksud Gabenor. Jawatan ini bermaksud sebagai Raja.
-          En di sebut juga sebagai PA, TE dan SI – membawa maksud pembesar yang berkuasa di rumah2 berhala.
  LUGAL – Bermaksud pemerintah agung (Great man )
2.      En mempunyai pasangan iaitu Dewi (Tuhan perempuan). Dewi ini berperanan sebagai High Priestess ( Paderi Perempuan Agung ) . Oleh kerana Dewi tidak berkeupayaan  sebagai ketua tentera maka Dewan Perhimpunan melantik EN atau LUGAL.
3.   Lama kelamaan ramai EN dan LUGAL mengistiharkan diri mereka sebagai raja.
Raja ini mendakwa mendapat mandat dari tuhan untuk memerintah bandar atau negara kota yang dimiliknya

2.     KEDUDUKAN DAN PERANAN RAJA
               Raja Berkuasa Mutlak.
·         Setiap negara kota ditadbir oleh seorang raja yang berkuasa mutlak dan dimiliki atau naungi oleh dewa. Cth Negara Kota LAGASH – di miliki/ naungi oleh Dewa Ningirsu
·         Raja yang memerintah mendakwa dipilih oleh Dewa negara kota tersebut. Raja akan menjalankan tugas bagi pihak Dewa.
·         Oleh itu jelas raja adalah sebagai wakil masyarakat yang dipilih Tuhan untuk menjalankan pentadbiran negara. Ini bermakna raja-raja di Mesopotamia tidak memiliki kuasa ketuhanan.
                  Keagamaan
o   Salah satu tugas suci raja ialah membina dan memelihara rumah ibadat. Tugas ini dikaitkan bahawa kepercayaan manusia itu dicipta untuk berkhidmat kepada tuhan.
o   Menurut Roux dalam bukunya “Ancient Iraq” (1964:115-116) menjelaskan bahawa raja2 dan putera2 raja turut terlibat mengangkat batu bagi membantu kerja2 pembinaan rumah ibadat baru.
o   Maklumat kerja2 pembinaanbanyak terdapat dalam inskripsi2 batu Mesopotamia.
o   Raja juga sebagai Ketua Paderi (Chief Priest) . Raja akan berperanan mengawasi kerja2 pembinaan rumah ibadat, pengurusan rumah ibadat, melantik paderi2 dan aktif dalam perayaan keagamaan.
            Pentadbiran.
§  Raja akan melantik pegawai2 pentadbirannya.
§  Memberi arahan dan nasihat.
§  Melayani aduan rakyat
§  Menjemput dan meraikan pegawai tinggi dan duta negara asing.
            Ketenteraan
q  Sebagai ketua tentera.
q  Raja akan merangka strategi dalam kempen ketenteraan.
q  Bertindak mengetuai pasukan tentera dalam medan peperangan.
            Kehakiman / Perundangan
·         Ketua hakim bagi memastikan wujud keadilan dalam negara – Setiap rakyat mempunyai kedudukan dan hak kekayaan yang sama.
·         Ini bermakna golongan kaya dan berpengaruh tidak dibenarkan menindas orang miskin.

B.     MESIR

Firaun 

1.                  LATAR BELAKANG
1.1  Sistem Pemerintahan Monarki ( sistem pemerintahan Beraja)
·         Sejarah sistem beraja bermula apabila Raja Menes berjaya menyatukan masyarakat Mesir Utara dengan Mesir Selatan.
·         Menurut Franfort dalam bukunya “Ancient Egyption Religion: A Interpretation” (1956:18) menjelaskan bahawa Raja Menes telah meletakan asas bagi kelahiran satu tradisi perajaan Mesir dan kemudian diikuti oleh raja2 Mesir lainnya.
1.2  Konsep Dualisme.
o   Konsep ini merupakan satu perbezaan penting pemerintahan sistem beraja di Mesir dengan tamadun2 lain.
o   Sejarah Mesir bermula dari dua (2) unit politik , geografi dan kefahaman konsep dunia iaitu Utara – Selatan, 2 tanah ( The Two Lands) atau (The Two Banks). Kedua unit ini disatukan oleh seorang Firaun.
o   Konsep ini diperkukuhkan melalui lambang gelaran dan alat kebesaran. Contoh;
i.                    Mahkota - Mahkota Putih (Mesir Utara) dan Mahkota Merah(Mesir Selatan)
ii.                   Gelaran – Terdapat nama Two Ladies – Dewi Buto (Tuhan Penaung Mesir Utara) dan Dewi Nekhbet (Tuhan Penaung Mesir Selatan)
iii.                Lambang – Lebah (Bee) Mesir Utara dan Sedage (Mesir Selatan)

1.3  Pewaris Takhta.
§  Satu lagi yang membezakan Mesir dengan tamadun lain ialah tentang pewaris takhta.
§  Dari segi teori dan praktik takhta diwarisi oleh anggota keluarga sebelah perempuan. Selepas berkahwin ia akan diserahkan hak memerintah kepada suaminya.
§  Puteri Mahkota akan menjadi Great Wife atau Permaisuri Raja.
§  Puteri Mahkota akan berkahwin dengan abang kandungnya. Perkahwinan ini digalakan untuk mengekalkan kesucian darah keturunan raja. Jika abang kandung tidak ada, barulah berkahwin dengan orang luar.
                                    Cth ; Janda Raja Tutankhamun – pernah menulis surat kepada Raja Hittite iaitu Raja Suppiliulimus untuk menghantar putera mahkotanya dijadikan suaminya dan berjanji akan menabalkan sebagai Firaun.

2             KEDUDUKAN DAN PERANAN RAJA
2.1  Raja Berkuasa Mutlak / Autoriti.
o   Mempunyai sumber kuasa mutlak dan sumber autoriti.
o   Dipercayai mendapat mandat dari syurga untuk memerintah.
o   Dipercayai boleh menguasai dan mengawal alam semula jadi. Kuasa ini tidak akan hilang selepas kematiannya kerana ia dapat melindungi pengikutnya di akhirat.
o   Oleh itu pengikut2nya akan dibunuh supaya dapat menemani raja atau membantu raja di syurga.
2.2  Pentadbiran
·         Raja akan melantik sekumpulan pegawai bagi membantunya melicinkan pentadbiran. Kumpulan ini terdiri daripada kalangan anggota kerabat diraja..
·         Pegawai2 tersebut diberi mandat untuk menjalankan tugasnya dalam urusan sekular (kehidupan harian) dan soal keagamaan.
·         Pegawai2 tersebut mempunyai kuasa misteri yang diberikan oleh Firaun bagi menjalankan tugas2nya.
·         Raja mewujudkan jawatan Wazir sebagai ketua eksekutif mentadbir negera. Kuasa untuk bertindak dan mentadbir tetapi keputusan penting mesti dimaklumkan kepada raja bagi mendapatkan kebenaran.
·         Oleh itu wazir dikehendaki menghadap raja setiap hari dan melaporkan perkembangan terkini.
2.3  Keagamaan
o   Raja / Firaun menjadi ketua agama atau ketua paderi.
o   Raja terlibat dalam upacara keagamaan yang dikendalikan oleh golongan bangsawan atau pendita.
2.4  Ketenteraan
q  Firaun bertindak sebagai ketua panglima angkatan perang.
q  Semasa berlakunya peperangan , tentera Mesir akan diketuai oleh wazir bagi pihak raja.
2.5  Perundangan/ Kehakiman
o   Menurut kepercayaan Mesir , Raja adalah merupakan jelmaan tuhan.
o   Raja mempunyai kuasa misteri untuk keamanan, keselamatan dan keadilan.
o   Sebagai jelmaan tuhan . orang Mesir percaya raja mmpunyai t/jawab memelihara “Maat” iaitu konsep mengenai peraturan, kebenaran atau keadilan.
o   Disamping itu raja juga bert/jawab mewujudkan hubungan harmoni antara manusia dan kuasa2 luar biasa.
3            KESIMPULAN.
          Apa sahaja yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More