Nota Pengajian Am K1 Dasar Dalam Negara ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Monday, June 6, 2011

Nota Pengajian Am K1 Dasar Dalam Negara


Dasar Pertanian Negara perlu mengambil kira perkara ini

DASAR DALAM NEGARA

TAJUK: DASAR EKONOMI

1.      PENDAHULUAN.
1.1    Dasar-dasar ekonomi diperkenalkan bertujuan mewujudkan perpaduan pelbagai  kaum, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
1.2    Memperbanyakan peluang pekerjaan, merapatkan jurang perbezaan luar bandar dan bandar, serta mewujudkan pembangunan yang seimbang.
1.3    Dapat juga melahirkan bangsa yang berdaya saing, mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

2.      DASAR-DASAR EKONOMI
2.1    Dasar Pertanian Negara.
2.2    Dasar Perindustrian Negara
2.3    Dasar Induk Perindustrian Kedua
2.4    Dasar Perindustrian Berat
2.5    Dasar Persyarikatan Malaysia
2.6    Dasar Perswastaan
2.7    Dasar Sogoshosa
2.8    Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
2.9    Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
2.10          Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia.




*PERHATIAN.
1.      Dasar yang diperkenalkan
2.      Latar Belakang Dasar-dasar
3.      Objektif
4.      Strategi dan Pelaksanaan

                               
*Bila membaca/mengulang kaji/ membuat tugasan, perkara2 ini
perlu diambil perhatian.
                               



Contoh seperti di bawah
DASAR SOGOSHOSA

LATAR BELAKANG DASAR
1.      Dilancarkan pada 1982
2.      Konsep yang diperkenalkan di Jepun bermaksud syarikat perdagangan am.
3.      Pengalaman kejayaan negara Jepun mendorong kerajaan bertujuan  membantu negara dalam pasaran eksport dan kerja luar melalui rangkaian antarabangsa.

OBJEKTIF
1.      Menggalakkan eksport barang dari pengguna tradisional kepada pengguna baru.
2.      Pemindahan teknologi dan pengetahuan
3.      Usahasama pelaburan dalam industri di Malaysia dan peluang pengembangan diperingkat antarabangsa
4.      Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport.

STRATEGI & PELAKSANAAN
1.      Wujudkan Sogoshosa selaras dengan Dasar Persyarikatan Malaysia.
2.      Bantuan dan kemudahan diberi kepada syarikat tanpa ketepikan syarikat perdagangan am lain
3.      Galakkan syarikat-syarikat di Malaysia mempelbagaikan barangan eksport untuk pasaran luar.
4.      Galakkan dari kerajaan;
4.1    Pengecualian cukai
4.2    Galakkan kewangan bagi membantu melaksanakan kegiatan eksport.
4.3    Galakkan untuk mencari pasaran baru di seberang laut
4.4    Khidmat nasihat, maklumat, kerjasama kepada syarikat yang beroperasi di luar negara melalui wakil-wakil perdagangan Malaysia di seberang laut. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More