DASAR DALAM NEGARA (Dasar Ekonomi) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Saturday, May 21, 2011

DASAR DALAM NEGARA (Dasar Ekonomi)

DASAR DALAM NEGARA
TAJUK: DASAR EKONOMI

1.      PENDAHULUAN
·         Ekonomi Negara dalam keadaan tidak memuaskan selepas mencapai kemerdekaan.
·         Pelbagai dasar ekonomi diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut
·         Dasar ekonomi yang diwujudkan adalah seperti berikut;
                                            i.            Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970)
                                          ii.            RRJKP1: DEB (1971-1990)
                                        iii.            RRJKP2: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
                                        iv.            RRJKP3: Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

2.      PRA-DASAR EKONOMI BARU (1956-1970)
·         Pra-dasar Ekonomi Baru (1956-1970) ini meliputi;
-          Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
-          Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
-          Rancangan Malaysia Pertama (1966-191970)
·         Objektif  utama Pra-Dasar Ekonomi Baru itu ialah
-          Meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar Bandar
-          Memberi peluang pekerjaan dengan cara meningkatkan pengeluaran sektor pertanian, dan  meneroka peluang perusahaan.
-          Memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sosial
·         Bagi mencapai matlamat di atas kerajaan terlah;
-          Menubuhkan RIDA – untuk membangunkan soio-ekon dan infrastruktur luar Bandar,
-          FELDA – pembukaan tanah pertanian seperti getah dan kelapa sawit.
-          FELCRA – melaksanakan pemulihan dan pembangunan tanah pertanian.
-          MARDI – meningkatkan penyelidikan sektor pertanian.
-          MARA – membangunkan sektor perkilangan dan perdagangan.

3.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA: DEB (1971-1990)
·         RRJKP1: DEB ini meliputi;
-          Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
-          Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
-          Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
-          Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
·         Objektif utama rancangan-rancangan ini ialah;
-          Mengembangkan ekonomi
-          Mengujudkan perpaduan pelbagai kaum (menyusun semula masyarakat).
-          Membasmi kemiskinan.
·         Selain meneruskan strategi RM1, stretegi berikut digunakan seperti;
-          Terkandung beberapa dasar dalam DEB iaitu;
                                                                    i.            Dasar Pertanian Negara
                                                                  ii.            Dasar Perindustrian Negara
                                                                iii.            Dasar Persyarikatan Malaysia
                                                                iv.            Dasar Perswastaan
                                                                  v.            Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
                                                                vi.            Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
                                                              vii.            Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

·         Bagi mencapai matlamat tersebut dilakukan;
-          Penubuhan DARA, KEJORA, dan KETENGAH bagi memajukan kawasan mundur secara pembukaan tanah bersepadu.
-          Penubuhan RISDA dan LPP bagi bantuan nasihat serta kewangan pekebun getah.
-          Penubuhan UDA, PERNAS, Bank Pembangunan, dan Bank Bumiputera bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi.
-          Penubuhan PERWAJA dan HICOM untuk mengembangkan industri berat, besi dan keluli.

4.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA: DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(1991-2000)
·         Dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada Jun 1991.
·         RRJP2 merangkumi;
-          Rancangan Malaysia keenam (1991-1995)
-          Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000)
·         Terdapat dasar baru dalam DPN iaitu;
-          Dasar Sains dan Teknologi
-          Dasar telekomunikasi Negara
-          Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Strategi yang digunakan ialah;
-          Meningkatkan kualiti sumber manusia
-          Meningkatkan sektor pertanian, perlombongan, industri (kecil dan sederhana) dan pelancongan.
-          Meningkatkan R&D, penggunaan sains dan teknologi serta penggunaan ICT .
-          Meningkatkan daya tabungan, modal serta mengukuhkan sistem kewangan.
-          Meningkatkan eksport dan daya saing dengan Negara luar.
·         Objektif pelaksanaan DPN ialah;
-          Mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang (mampan)
-          Mewujudkan masyarakat bersatu padu, saksama dan progresif.
-          Mencapai matlamat Negara maju

5.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA: DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)
·         Merupakan frasa kedua bagi merealisasikan Wawasan 2020
·         RRJP3 merangkumi;
-          RMK8 (2001-2005)
-          RMK9 (2006-2010)
·         Strategi pelaksanaannya ialah berteraskan;
-          Bangsa berdaya tahan, masyarakat yang saksama.
-          Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan ekonomi berasaskan pengetahuan,
-          Meningkatkan daya saing
-          Pembangunan alam sekitar yang mampan
·         Oleh itu objektifnya;
-          Sebuah Negara maju
-          Pertumbuhan yang seimbang dalam menghadapi cabaran globlisasi menjelang 2020.
                        -      Sebuah Negara maju, 

13 comments:

mintak izin copy untuk buat assignment.... :D

Ok. Gnk Ilmu Allah sebaiknya.

Cikgu izinkan.sila promote blog cikgu kepada kawan2 ye

minta izin copy utk buat nota cikgu zainal

Sy minx izin copy ye cikgu..

cikgu zainal, saya nak copy boleh?

This comment has been removed by the author.

Mintak izin screenshot ye cikgu

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More