TAMADUN (Pengertian, Faktor Kemunculan dan Ciri) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Monday, March 28, 2011

TAMADUN (Pengertian, Faktor Kemunculan dan Ciri)


TAMADUN (Pengertian, Faktor Kemunculan 

dan Ciri)


SEJARAH 940/1
BAHAGIAN A: TAMADUN DUNIA

PENGERTIAN.

  1. Istilah tamadun – digunakan secara meluas dan pelbagai oleh ahli sejarah, antropologi dan arkelogi.
  2. Perkataan tamadun sebenarnya berasal daripada perkataan ARAB iaitu MADUN, MADAIN dan MADANA yang kesemuanya membawa maksud “tinggi budi bahasa” dan “ pembukaan bandar”. Ia juga membawa maksud “Peradaban”
-          Tamadun sering kali dikaitkan dengan “bandar” kerana orang bandar / orang yang tinggal dibandar sudah
i.    mempunyai pengetahuan atau ilmu yang tinggi.
ii.    Membina petempatan kekal
iii.    Mempunyai tulisan dsb.
  1. Prof M.A.J Beg menjelaskan tamadun sebagai “pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip (tulisan), kesenian, seni bina, agama, undang2 dan politik"
  2. Beatty & Johnson pula mererangkan tamadun itu ada kaitan dengan kebudayaan kota dan tulisan
  3. Pendapat anda?


FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN.


Pelbagai pendapat telah diberikan.
  1. Namun begitu ramai yang berpendapat faktor2 kemunculan tamadun ialah;

Kepentingan Sumber Sungai.

-          Mencorak kegiatan ekonomi – sumber makanan.
-          Mendorong manusia untuk hidup menetap/ membuka petempatan kekal.
-          Pengangkutan.
-          Bahan pembinaan (lumpur + pasir)

Faktor Geografi.

-          Kawasan yang subur – sesuai utk kegiatan pertanian & penternakan.
-          Bentuk muka bumi.
-          Perubahan cuaca.

Intelektual (pengetahuan)

-          Berkembang dari kesan tinggal menetap.
-          Wujud sistem komunikasi – Bahasa & Tulisan
-          Sistem tulisan – asas kepada perkembangan politik, ekon, kesenian dsb
  1. Kemunculan dan perkembangan tamadun itu secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat.

CIRI-CIRI TAMADUN.

  1. Apakah ciri2 penting yang harus ada pada sesebuah masyarakat yang bertamadun? Persoalan ini menjadi perbincangan hebat ahli pengkaji sejarah, antropologi dan arkelogi.
  2. Namun para serjarawan berpendapat; mengikut Edward L. Farmer - menjelaskan bahawa ciri-ciri tamadun itu meliputi Petempatan kekal, Organisasi sosial,  Sistem pentadbiran, Kepercayaan dan agama, Perbandaran/ sistem perbandaran, Sistem tulisan,  Kemajuan teknologi dan Revolusi pertanian.
  3. Namun apa yang jelas ciri-ciri penting yang mesti ada (asas) dalam sesuatu masyarakat yang bertamadun ialah:
  • Petempatan.
  • Perbandaran.
  • Organisasi sosial
  • Kepercayaan dan agama.
  1. Tamadun2 yang penting di dunia untuk dikaji ialah;
Tamadun Mesopotamia.
Peta Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesir.
Peta Tamadun Mesir

Tamadun Harappa & Mohenjo Daro (India).
Peta Harappa & Mohenjo Daro (India)

Tamadun China (Hwang Ho)

Peta TamadunCina (Hwang Ho)

Untuk perolehi nota sejarah yang berlainan sila layari link ini 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More