MANUSIA dan MASYARAKAT (Kehidupan Awal Nabi Muhammad SAW) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Monday, March 28, 2011

MANUSIA dan MASYARAKAT (Kehidupan Awal Nabi Muhammad SAW)


KEHIDUPAN AWAL SEBELUM MENJADI RASUL ALLAH.

SEJARAH  940/1

TAMADUN ISLAM

NABI MUHAMAD (swa):




  1. KETURUNAN NABI MUHAMMAD
·         Ahli sejarah sepakat – Nabi Muhammad mempunyai susur galur  pertalian dengan  Nabi Allah Ismail ( putera Nabi Allah Ibrahim )
·         Nabi Ismail mempunyai 12 orang anak. Salah seorang daripada mereka telah melahrkan datuk kepada ADNAN. Adnan kemudian melahirkan zuriat kepada Nabi Muhammad.
Salasilah Keturunan Nabi Muhammad

·         Walaupun ahli sejarah berselisih pendapat tentang susur galur antara nabi Ismail dengan Adnan tetapi mereka secara jelas mengetahui pertalian nabi dengan Adnan.
·         Susur galur ini menunjukkan Nabi adalah dari keturunan yang terhormat dan disegani oleh kabilah2 Arab lain di masa itu.. Ini jelas apabila keempat datuk beliau adalah orang pertama yang mengubah masyarakat Arab mekah dan menyusun pentadbiran baru kota berkenaan. Mereka2 itu ialah Qusai, Abdul Manaf, Hisyam dan Abdul Mutalib.
·         Selain itu , keluarga nabi juga dikenali sejak dari Qusai sebagai orang2 yang terkemuka dan handal sebagai tokoh politik, astronomi, peperangan, perniagaan dsb.

  1. KELAHIRAN &TRADISI PENYUSUAN

    • Ahli sejarah sependapat keadaan umat manusia dan keadaan dunia pada abad ke 6 sebelum kelahiran Nabi amat buruk dan kucar kacir dimana
i.                    Rom dan Parsi ( 2 empayar besar ) bermaharaja lela dan zalim di wilayah2 kekuasaannya.
Tentera Rom

ii.                  Keadaan ekonomi dunia yang buruk.
iii.                Agama dimana ketua2 agama Yahudi dan nasrani telah menukar kandungan kitab suci mengikut hawa nafsu.
iv.                Di Senenanjung Arab pula tenggelam dalam keadaan Jahiliah

o   Dalam suasa tersebut Nabi Muhammad dilahirkan. Ayahnya ialah Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Nabi lahir pada 20/ April/ 570 M atau 12 Rabiul Awal Tahun gajah. Ayah Nabi telah meninggal dunia di Yathrib iaitu 2 bulan sebelum kelahiranNya.
o   Nabi telah dipelihara oleh Datuknya iaitu Abdul Mutalib. Selepas dilahir , Nabi dibawa oleh datuknya mengelilingi Kaabah dan diberi nama Muhammad ( Yang terpuji )
o   Tradisi penyusuan dan mengasuh merupakan adat yang perlu dilalui oleh golongan Arab Bangsawan. Adat ini bermula sejak kanak2 itu berumur 8 hari dan berlanjutan hingga 7 atau 8 tahun barulah boleh di bawa balik ke kota.
o   Hal ini tidak terkecuali berlaku ke atas Nabi. Sementara menunggu pengasuh dari luar kota, Nabi disusukan oleh ibunya dan juga menyusu dengan SUWAIBAH al ASLAMIYAH. Setelah itu Nabi dibawa keluar kota untuk disusu dan dipelihara oleh HALIMAH al SA’ADIAH. Dibawah jagaan beliaulah Nabi mendapat pendidikan yang baik.
o   Tujuan utama tradisi penyusuan dan mengasuh di kalangan Golongan Bangsawan itu ialah;
i.                    Tubuh badan anak2 dapat tumbuh dengan segar dan sihat dengan persekitaran desa.
ii.                  Tingkah laku, pertuturan yang tidak tercemar dengan ketibaan bangsa2 asing,
iii.                Latihan keperitan dan kesusahan berbanding kehidupan di kota,
iv.                Satu cara untuk menambah pendapatan masyarakat desa di samping melahirkan suasana harmoni antara penduduk desa dan kota.

  1. AKTIVITI SEBELUM MENJADI RASUL ALLAH
§  Semasa di desa Nabi bekerja mengembala kambing bersama rakan2 sepenyusuan. Kehidupan desa ( sederhana dan serba kekurangan ) tersebut telah membentuk jiwa Nabi  memahami dan memerhatikan kehidupan masyarakat sekelilingnya.
§  IbuNya meninggal dunia semasa Nabi berumur 6 tahun dan diikuti oleh Datuknya semasa beliau berumur 8 tahun. Selepas itu Nabi dijaga oleh Bapa saudaranya Abu Talib.
§  Oleh kerana Abu Talib mempunyai anak yang ramai, Nabi bekerja mengembala kambing bagi meringankan beban beban tanggungan  Bapa saudaranya.
§  Semasa berumur 12 tahun Nabi mengikut bapa Saudaranya menyertaai rombongan perdagangan Mekah ke SYAM (SYRIA). Peristiwa ini merupakan pengalaman baik dalam bidang perniagaan dan hubungan dengan orang Kristian ( peristiwa Nabi dengan Paderi BUHAIRA  yang arif dengan kitab Injil tentang keistimewaan Nabi).
§  Ketika berumur 20 tahun, beliau turut membantu Puak Quraisy berperang dengan Puak Qays dalam peperangan “Al FIJR”. Perang tersebut di akhari dengan perundingan.
§  Pengalaman berperang dan menyertai diplomasi politik serta aktiviti perniagaan disekitar Mekah dan pasar2 berdekatan telah mematangkan jiwa Nabi.
§  Dalam usia 20an Baginda terkenal sebagai  manusia yang mempunyai budi pekerti mulia, amanah, jujur dan luas pengalaman. Sifat2 baginda itu menyebabkan Nabi digelar AL AMIN ( orang yang dipercayai ) Gelaran tersebut begitu masyhur sehingga menenggelamkan nama asalnya Muhammad.
§  Kejujuran baginda telah menarik perhatian SITI KHADIJAH untuk menguruskan perniagaannya. Pada masa itu baginda berusia 24 tahun.

  1. PERKAHWINAN
q  Kejujuran serta amanah beliau menarik perhatian SITI KHADIJAH  (Usahawan wanita yang pintar dan dihormati) . Oleh itu beliau meminta Nabi menguruskan perniagaannya ke Syam.
q  Urusan perniagaan tersebut telah menjadikan Nabi bersifat berani ( perjalanan yang jauh dan membawa dagangan yang banyak) dan rendah diri ( hubungan dengan pelanggan.
q  Urusan perniagaan tersebut amat berjaya. Cara bijaksana menjalankan perniagaan dan sifat mulia Nabi  menyebabkan beliau berhasrat untuk menjadi isteri Nabi Muhammad walaupun sebelum ini beliau pernah bersuami 2 kali dan menolak beberapa pinangan pembesar dan bangsawan Quraisy.
q  Nabi mendirikan rumah tangga pada 595 M ketika berusia 25 tahun, sedangkan isterinya pula berusia 40 tahun. Melalui perkahwinan itu beberapa kebaikan diperoleh oleh nabi ;
i.                    Siti Khadijah seorang wanita yang berdarjat tinggi – mendapat penghormatan daripada puak Quraisy.
ii.                  Keluarga Siti Khadijah cenderung  kearah keagamaan serta mencari kebenaran.
iii.                Sedikit sebanyak kekayaan Khadijah telah membantu Nabi dalam urusan kehidupannya mencari kebenaran
iv.                Tempat susah dan senang Nabi – berbicara, mencurah rasa dll . Siti Khadijah juga memberi galakkan supaya lebih tegas dalam mencari dan membela kebenaran

  1. PERISTIWA HAJAR ASWAD
§  Ketika berumur 35 tahun , Kota Mekah dilanda banjir besar.. Banjir tersebut telah meruntuhkan bangunan Kaabah.. Kerja pembaikan dilakukan. Setelah kerja2 pembaikan siap timbul satu masaalah iaitu siapakah yang berhak meletakkan kembali Hajar Aswad ( Batu Hitam ) di tempat asalnya. Peristiwa tersebut hampir mencetuskan perbalahan yang hampir kepada peperangan.
Hajar Aswad

§  Dalam suasana tegang tersebut, muncul ABU UMAYYAH  al MUGHIRAH ( orang tertua di kalangan mereka ) dari Suku MAKHZUM. Beliau mencadangkan supaya dilantik seorang hakim menyelesaikan masaalah tersebut. Cadangan diterima dengan melantik sesiapa yang mula2 masuk di pintu al SAFA akan dilantik sebagai hakim.
Pintu al Safa (gambar lama)

Pintu Al Safa (gambar pada 2007)


§  
Oleh kerana  Muhammad orang pertama yang telah masuk di pintu tersebut maka beliau dilantik sebagai hakim mengendalikan masalah tersebut.
§  Muhammad telah memperlihatkan kebijaksanaan . Beliau telah menghamparkan serbannya, kemudian meletakkan batu tersebut dan meminta setiap ketua2 suku Quraisy sama2 mengangkatnya. Setelah itu baginda sendiri lalu meletakannya ditempat asalnya.
§  Peristiwa tersebut telah memperlihatkan;
i.                    Kedudukan Muhammad semakin menunjol dan dipandang tinggi.
ii.                  Bertapa jahilnya masyarakat Quraisy dari segi ilmu pengetahuan.
iii.                Krisis kepimpinan dalam masyarakat Arab di Mekah begitu teruk.  

  1. PERLANTIKAN MENJADI RASUL ALLAH
o   Oleh kerana keadaan masyarakat Arab begitu teruk dalam suasana kehidupan jahiliah
o   Oleh itu Muhammad terus sahaja mengasingkan diri ( berkhalwat ) untuk mencari ketenangan, petunjuk dan kebenaran.
o   Tradisi berkhalwat ini merupakan satu tradisi Arab yang dikenali sebagai al TAHANNUTH. Tempat yang menjadi tumpuan Muhammad berkhalwat iaiah di Gua HIRA
Gua Hira'

o   Pada 17 Ramdan bersamaan 6 OGOS 610 M baginda bermimpi dijadikan Pesuruh Allah. Kali pertama baginda menerima wahyu dari Malaikat JIBRIL di GUA tersebut.

  1. KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan.

  1. BENTUK SOALAN.
i.                    Jelaskan kehidupan awal Nabi Muhammad (SAW) sehingga baginda dilantik menjadi RasulAllah.



Klik sini untuk nota sejarah yang berlainan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More