MANUSIA dan MASYARAKAT (Penentangan Kaum Quraisy) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Wednesday, March 30, 2011

MANUSIA dan MASYARAKAT (Penentangan Kaum Quraisy)

SEJARAH 940/1
SEJARAH TAMADUN ISLAM


PENENTANGAN ORANG QURAISY

  1. AJARAN NABI ZAMAN MEKAH.
·         Sebaik2 sahaja Allah melantik nabi Muhammad sebagai Rasul atau Pesuruh, maka baginda pun terus menjalankan seruan Islam dengan memperkenalkan ajarannya kepada masyarakat Arab.
·         Nabi menerima ajaran Islam dari Allah melalui wahyu, kemudian ajaran yang diterima itu diperintah pula supaya disampaikan kepada masyarakat umum. Wahyu yang diterima Nabi adalah secara beransur2 dan terus-menerus sehingga baginda wafat.
·         Bentuk ayat2 al Quran atau ajaran yang diturunkan itu boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu;
i.                    Zaman Makki – zaman sebelum hijrah, Ayat2 alQuran yang diturunkan pada zaman ini dinamakan Ayat Makki.
ii.                  Zaman Madani – zaman selepas hijrah dan ayat2 al Quran yang diturunkan itu dinamakan Ayat Madani.
·         Perkara pertamayang mendapat tumpuan Nabi ialah memperbaiki akidahyang menjadi asas kepada perkara2 yang lain. Apabila perkara utama ini selesai barulah ditumpukan kepada pembentukan masyarakat. Oleh itu ayat2 al Quran yang diturunkan di Mekah (sebelum hijrah) adalah menumpukan perkara2 berikut;
i.                    Anti syirik dan seruan kepada akidah tauhid. Mengesakan Tuhan dan beribadat kepadaNya, menolak kepercayaan bertuhan selain daripada Allah.
ii.                  Keyakinan tentang kebenaran Nabi dan kebenaran apa2 yang disampaikannya
iii.                Keyakinan tentang perkara2 yang berhubung kehidupan selepas mati. Perkara2 seperti kubur, perhimpunan di Padang Mahsyar, Titian, pahala dan dosa, syurga serta neraka.
iv.                Menjauhkan daripada adat dan tradisi jahiliah. Perbuatan seperti bunuh, zina, tanam anak perempuan, dll. Diperkenalkan tentang tatasusila Islam seperti adil, tunai janji, bekerjasama dll.
v.                  Menggesa supaya mengguna akal fikiran yang dapat membezakan mereka dengan binatang haiwan. Mereka tidak mengikut secara membabi-buta perkara yang diwarisi oleh datuk nenek.

  1. FAKTOR PENENTANGAN
                  2.1  FAKTOR POLITIK.
·         Masyarakat Arab terutama pemimpinnya menganggap ajaran islam yang diperkenalkan itu hanyalah dijadikan alas an untuk merebut jawatan ketua atau kepimpinan kota Mekah.
·         Anggapan masyarakat Arab itu sebenarnya salah kerana mereka tidak tahu atau membezakan antara tugas kenabian dan peranan ketua atau kepimpinan. Apabila menerima ajaran Islam mereka beranggapan menerima Nabi dan keturunan Abdul Mutalib sebagai ketua mereka.
·         Menjadi tradisi masyarakat Arab berlaku persaingan untuk menjadi ketua . Sebelum ini pun telah berlaku persaingan untuk menjadi ketua di antara keturunan Abdul Mutalib dengan keturunan Quraisy yang lain. Persaingan seperti dengan keturunan Ummaiyah dan Rabi’ah.

                  2.2  FAKTOR AGAMA.
·         Tradisi nenek moyang yang diwarisi dan wajib dipatuhi oleh masyarakat Arab jahiliah ialah menyembah Berhala
·         Apabila kedatangan Islam, ia menolak perkara2 tersebut malah melarangnya sama sekali. Oleh itu pada pendapat masyarakat Arab apabila menerima Islam bererti akan menolak serta menghina apa yang diwarisi  / diamalkan oleh nenek moyang dan oleh mereka pada masa itu.
·         Selain itu mereka tidak dapat menerima konsep adanya kehidupan sesudah mati yang dibawa oleh ajaran Islam. Ajaran Islam menjelaskan perkara tersebut dimana setiap manusia akan dibangkitkan semula sesudah meninggal dunia/ mati dan amalan yang dikerjakan semasa hidupnya akan dibalas dengan balasan yang setimpal.
Bagi pembesar / bangsawan Quraisy ajaran2 tersebut telah memberi tekanan yang mendalam kepada mereka kerana selama ini mereka telah melakukan perkara2 yang terlarang.
·         Ajaran2 Islam yang diperkenalkan adalah amat bertentangan dengan tuntutan hawa nafsu mereka yang mereka telah amalkan sekian lamanya. 

                   2.3  FAKTOR EKONOMI
·         Larangan memakan riba/ bunga oleh ajaran Islam dalam aktiviti ekonomi bererti menyekat salah satu sumber pendapatan peminjam wang / peniaga ketika itu. Makan riba/ mengenakan bunga adalah amalan yang lumrah di kalangan peniaga Arab.
·         Pergantungan mereka sebagai pengukir dan penjual patung berhala turut juga terjejas apabila aktiviti tersebut turut diharamkan.
·         Amalan jual beli hamba dan penggunaan hamba turut terjejas apabila Islam mengambil tindakan untuk mengurangkan penggunaan hamba malah cuba untuk menghapuskannya sama sekali.

                   2.4 FAKTOR SOSIAL
·         Masyarakat Arab merupakan satu bangsa yang sangat mementingkan soal darjat dan kedudukan dalam masyaraat mereka. Ajaran Islam yang mengiktiraf semua manusia itu adalah sama tidak kira seorang itu hamba atau tuannya amat membimbangkan mereka.
·         Golongan Penjaga2 Ka’abah yang selama ini menerima penghormatan turut terjejas. Mereka sekarang tidak lagi mendapat sanjungan yang tinggi daripada jamaah haji masyarakat Arab.
·         Amalan kebiasaan – membunuh anak perempuan kerana takut malu dan memandang serta mempergunakan kaum wanita sebagai barang dagangan tidak dapat dilakukan lagi.
·         Amalan kebiasaan lain (bersifat keburukan) seperti zina, berjudi, arak dsb yang menurut tuntutan hawa nafsu tidak dapat diamalkan seperti biasa.

  1. LANGKAH-LANGKAH PENENTANGAN
                  3.1 DIPLOMASI.
·         Pembesar Quraisy telah meminta Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad (anak Saudara) supaya menghentikan penyebaran ajaran Islam. Sekiranya Nabi bersetuju, baginda akan ditawarkan dengan kekayaan, kemewahan hidup serta jawatan yang tinggi.
·         Usaha memujuk tersebut gagal kerana pendirian tegas nabi Muhammad dan setelah menerima jawapan tegas Nabi, baginda mendapat perlindungan daripada keluarga.

                 3.2  MENGEJEK , MENGHINA DAN SIKSA.
·         Masyarakat Arab Quraisy mengambil langkah untuk mengejek, menghina Nabi dan pengikut2nya dengan ejekan yang cukup menyentuh hati.
·         Rumah Nabi serta pengikutnya dilontar dengan najis dan batu bagi tujuan menghina dan menakut2kan.
·         Menyiksa pengikut2 Nabi- Contoh Bilal (Hamba) telah dijemur dan ditindih dengan batu besar di perutnya.

                 3.3  BOIKOT.
·         Orang Quraisy bertambah marah apabila semakin ramai yang telah menerima ajaran Islam. Kemarahan semakin memuncak apabila Saidina Hamzah dan Uram al Khattab telah menganut agama Islam.
·         Oleh itu masyarakat Arab Quraisy telah berpakat untuk memboikot anggota keluarga Bani Hasyim dan Abdul Mutalib. Pemboikotan ini berlangsung selama 3 tahun meliputi urusan2 ekonomi, social dan politik.
·         Usaha tersebut gagal kerana ada orang2 yang bersimpati dengan keluarga tersebut.

                 3.4   CUBAAN MEMBUNUH
·         Setelah mendapat tahu rancangan Nabi indin berhijrah ke Madinah, penentang2 Nabi semakin bertambah marah.
·         Tindakan yang perlu mereka lakukan sebelum Nabi dapat berhijrah ialah dengan membunuhnya. Tetapi rancangan untuk membunuh Nabi menemui kegagalan.

                 3.5  BERPERANG.
·         Setelah berlakunya penghijrahan beramai2 orang Islam ke Madinah maka orang2 Mekah mengambil keputusan untuk berperang bagi menghapuskan orang Islam dan ajarannya.
·         Beberapa siri peperangan telah berlaku di antara orang Islam dengan orang Quraisy Mekah seperti perang Badar, Uhud, Khandak dll. Usaha tersebut gagal dan Islam tetap berkembang.

  1. CARA MENGATASI PENENTANGAN
                  4.1  MENEBUS HAMBA.
·         Pada peringkat awal –penganut2 agama Islam dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dengan tekanan dan siksaan yang diterima.
·         Nabi Muhammad sentiasa menyeru sesiapa yang berkemampuan supaya menebus hamba yang disiksa. Oleh itu tampillah mereka2 seperti Abu Bakar, Uthman menyahut seruan Nabi.

                  4.2  BERHIJRAH
·         Apabila tekanan dari puak Quraisy semakin hebat dan mereka mula bertindak kejam. Nabi telah mengarahkan supaya pengikut2nya berhijrah bagi mendapat perlindungan di Habsyah.
·         Terdapat 2 pristiwa hijrah ke Habsyah dilakukan iaitu
i.                    Hijrah 1 – disertai oleh seramai 15 orang
ii.                  Hijrah 2 – disertai seramai 101 orang.

                  4.3  BANTU-MEMBANTU
·         Bagi menghadapi pemulauan/ boikot keatas keluarga Bani Hasyim, Nabi telah mengarahkan supaya umat Islam berkumpul di Lembah Abu Talib.
·         Di tempat itu mereka disaran supaya saling Bantu-membantu untuk mengurangkan penderitaan yang dihadapi.

                  4.4  PERJANJIAN AQABAH.
·         Apabila ancaman semakin hebatterutama selepas kematian Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah. Nabi cuba berundur ke Taif. Sampai di Taif Nabi tidak diterima oleh penduduk2nya. Oleh itu Nabi kembali lagi keMekah.
·         Akhirnya Nabi berjaya berhubung dengan penduduk Madinah. Setelah itu perjanjian Aqabah ditanda tangani antara Nabi dengan Orang Arab Madinah.  Orang Arab Madinah berjanji akan melindungi Nabi serta pengikutnya kalau berhijrah ke Madinah. 

  1. KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan.

  1. BENTUK SOALAN.
i.                    Bincangkan sebab2 penentangan orang Mekah terhadap Nabi Muhammad. Apakah cara2 yang digunakan untuk menentangnya dan bagaimana Baginda mengatasinya.
ii.                  Penentangan orang Quraisy  terhadap Islam bukan sahaja disebabkan oleh sifat2 konsevertif dan kekufuran mereka tetapi juga disebabkan oleh isu2 politik dan ekonomi. Bincangkan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More