Syahifah Madinah (Tamadun Islam) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Thursday, June 9, 2011

Syahifah Madinah (Tamadun Islam)


PIAGAM / SYAHIFAH MADINAH

PENDAHULUAN
1.      Pemerintahan Islam diasaskan oleh Nabi Muhammad. Keunggulan tersebut diteruskan lagi oleh para Khalifah al-Rasyidin.
2.      Sumber pentadbiran negara Islam yang utama ialah al-Quran dan al-Sunah seta penekanan kepada keadilan dalam semua peringkat.
3.      Nabi Muhammad telah membentuk dasar P&P Islam berdasarkan kepada empat (4) perkara pokok iaitu;
-          Menghapuskan semangat asabiyah dan menggantikannya dengan semangat akidah.
-          Islam sebagai landasan kepada peraturan masyarakat
-          Kaedah bermusyawarah antara pemerintah dengan rakyat
-          Peraturan bertulis yang dikenal sebagai Piagam Madinah.
4.      Pada umumnya ahli sejarah berpendapat bahawa piagam ini telah ditulis pada permulaan tahun pertama Hijrah tetapi Prof M.Hamidullah telah menyatakan bahawa piagam ini telah dibuat dalam dua peringkat iaitu fasal pertama dibuat dalam tahun pertama Hijrah dan bahagia kedua telah ditambah pada tahun kedua hijrah iaitu selepas Perang Badar

ISI PENTING.
1.      PIAGAM MADINAH
2.      Piagam Madinah (PM) merupakan perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat2 sebuah perlembagaan. Prof Dr M.Hamidullah menyatakan PM sebagai “The first written constitution of state promulgated by a sovereigen in human history”. Hj Dasuki Ahmad pula dalam bukunya “Ikhtisar Perkembangan Islam” menulis bahawa perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya.
3.      Ibnu Ishaq dam bukunya “Sirah Rasulullah SAW” dan Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al-Nabawiyah” menyatakan perlembagaan ini merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah.
4.      Piagam yang digubal itu merupakan manifesto pertama dan perjanjian antara Nabi Muhammad dengan masyarakat bukan Islam khususnya Yahudi tetapi selepas itu perlembagaan ini menjadi perlembagaan dan dasar pentadbiran kerajaan terutama selepas terbentuknya kerajaan Islam Madinah.
5.      PM mempunyai 10 bab yang dipecahkan kepada 47 fasal. Menonjolkan nama “pemimpin” iatu Nabi Muhammad SAW. Nama “rakyat” iaitu  orang  Quraisy ,  penduduk Madinah serta orang yang mengikut berjuang bersama mereka. Mengandungi maksud “pengisytiharan” bagi terdirinya Madinah sebagai negara Islam.
6.      Melalui PM Nabi Muhammad dapat menggariskan kah dan tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang bukan Islam terutama Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem perundangan dan kehakiman.



2.    SEBAB TERBENTUKNYA PIAGAM  MADINAH.
2.1 Menurut Rohamad Jusuh dalam bukunya “Sejarah Islam” menyatakan terdapat  faktor yang mendorong Nabi Muhammad menggubal PM. Faktor itu ialah;
-     Untuk menentukan hak dan tanggungjawab warganegara Madinah.
-     Menjadi model penduduk contoh seluruh dunia menjadi masyarakat terbaik, tersusun dan sempurna.
-     Mendirikan negara Islam atas dasar akidah, syarak, dan akhlak.
-     Mengatasi ragam penduduk Madinah yang terdiri daripada berbagai2 kaum dan kepercayaan.
-     Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk madinah.
-     Mewujudkan konsep tolong menolong, kerjasama, kasih sayang dsb.
2.2 Oleh itu terdapat beberapa sebab mengapa PM diwujudkan. Antaranya;
2.2.1 Menghadapi Masyarakat Majmuk Madinah
-           Madinah merupakan sebuah penempatan masyarakat majmuk kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, sejarah dan latar belakang yang berbeza.
-           Penduduk Madinah dari golongan Arab Selatan yang berhijrah selepas Empangan Ma’arib runtuh
-           Terdapat kaum Yahudi yang berhijrah dari kawasan utara – Plaestin dan Mesir.
-           Selepas umat Islam berhijrah dari Makkah , kaum Quraisy turut menjadi sebahagian daripada penduduk Madinah.
2.2.2 Membentuk Peraturan yang Dipatuhi bersama oleh Semua Penduduk.
-           PM digubal khusus untuk umat Islam dengan bukan Islam bagi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan bermaruah.
-           Oleh itu satu perlembagaan perlu dibentuk untuk dipatuhi bersama oleh semua tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam asalkan mereka mendakwa menjadi warganegara sebuah negara.
2.3.3 Menyatukan Masyarakat Pelbagai Kaum.
-           Apabila berlakunya hijrah ke Madinah bermakna terbentuknya masyarakat Madinah yang dianggotai oleh kaum Muhajirin dan Ansar.
-           Nabi telah mengambil langkah untuk menyatukan mereka setelah berlaku perpecahan yang begitu lama antara mereka.
-           Langkah yang diambil ialah dengan mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar atas asas agama.
-           Semua ini berlaku kerana kedudukan Nabi sebagai pemimpin yang diterima semua secara sah.
                 2.3.4 Mewujudkan Perdamaian dan Menghapuskan Permusuhan.
-           Masyarakat Madinah hidup dalam suasana tegang kerana hubungan sosial yang penuh permusuhan dan dendam.  Suasana ini dapat dilihat melalui;
-           Permusuhan berlaku antara suku Aus, dan Khazraj.
-           Kaum Quraisy sentiasa menentang Nabi yang ingin mendirikan negara Islam Madinah.
-           Kaum Yahudi juga sentiasa menunggu peluang untuk menguasai Madinah kerana iri hati dengan kepimpinan Nabi
-           Keadaan ini ditambah dengan kaum Musyirikin Makkah yang sentiasa bersedia untuk menggempur umat Islam.
  2.3.5 Mewujudkan Keamanan di Madinah.
-           Madinah yang didiami oleh pelbagai kaum yang berlainan agama maka keamanan perlu diwujudkan bagi menghadapi ancaman luar.
-           Melalui perpaduan maka ancaman/ serangan dari luar dapat diatasi contoh seperti Perang Uhud, Badar dan Khandak.

     3.    KANDUNGAN PENTING PIAGAM MADINAH
3.1 PM mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua bahagian iaitu;
-      Bahagian Pertama – 23 fasal yang menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin dan Ansar)
-      Bahagian dua – 24 fasal membabitkan kaum Yahudi (bukan Islam) dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.
3.2 Menurut Mahayudin Hj Yahya dalam bukunya “Tamadun Islam” telah menggariskan PM kepada beberapa prinsip umum iaitu;
-     Wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad merupakan sumber undang2 negara.
-     Penduduk Madinah dianggap sebagai sebuah masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajipan dan t/jawab yang sama terhadap negara Islam Madinah.
-     Ditentukan kepimpinan Madinah iaitu Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat dan ketua Negara di mana;
-           Hak dan kebebasan beragama.
-           Hubungan erat tanpa mengira agama dan keturunan.
-           Menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman
-           Jaminan keselamatan.
3.3 Oleh itu dapatlah  disimpulkan bahawa PM telah menentukan kebebasan akidah, kebebasan berfikir, kesucian kota Madinah, keselamatan nyawa dan harta serta pencegahan terhadap perkara2 mungkar.
3.4 Untuk lanjut mengenai butiran 47 fasal yang terkandung dalam PM – sila rujuk buku teks.

4.      KESAN/ IMPLIKASI PIAGAM MADINAH.
1.                  Semua Kaum Bert/jawab Mempertahankan Madinah.
Semua penduduk Madinah (Islam & bukan Islam) bersama2 bert/jawab mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
2.                  Semangat cintakan kota Madinah dapat mengatasi permusuhan sesama sendiri dapat menghindar ancaman luar.
3.                  Islam menganggap ahli kitab (orang yahudi) sebagai warganegara dan ummah yang mempunyai t/jawabsam mempertahankan Madinah.
4.                  Menjamin Kebebasan Kaum Yahudi.
5.                  Kaum Yahudi sejak dahulu memang berminat untuk menguasai Madinah.
Atas kesedaran itu maka PM menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut agama lain. Kebebasan yang diberi itu dapat mengelak permusuhan kerana tiada paksaan dalam kepercayaan
6.                  Terbentuk Kerajaan Islam Yang Kuat dan Kukuh.
PM telah membentuk negara Islam. Oleh itu orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara
Kesedaran yang timbul menyebabkan negara menjadi kuat dan kukuh.
7.      Kebebasan Kepada setiap Penduduk.
Sebelum hijrah nilai masyarakat Jahiliyah diamalkan secara meluas.
Tetapi selepas PM setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata. Tiada penindasan keatas orang lemah dsb.
8.      Kebebasan ini juga meliputi kebebasan diri, beragama, berkerja, berfikir dan bersuara dsb. Jaminan ini meliputi segala aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
9.      Menyatupadukan Masyarakat Madinah.
PM telah dapat menyatupadukan masyarakat Madinah terutamanya masyarakat Islam.
Hubungan baik dengan orang bukan Islam atas dasar saling hormat menghormati, bert/jawab dsb.
Bernard Lewis (seorang Orientalis Barat) telah menjelaskan bahawa PM telah membentuk masyarakat dari nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan “muru’ah” (maruah diri dan kaum) masing2 kepada nilai persaudaraan islam
10.  Nabi Muhammad Pemimpin Tertinggi dan Unggul.
Memperlihat ketokohan Baginda yang bukan sahaja tertumpu kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal-ehwal duniawi.
Baginda bert/jawab menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan di madinah.
11.  PM telah meletakan kedudukan Baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi
Dapat Mengatur Hubungan Kaum Yahudi.
12.  Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat tanpa sekatan.
Mereka tidak boleh memaksa orang2 Madinah untuk menganut agama mereka kerana mereka telah diberi kebebasan mengamalkan agamanya sendiri.
Mereka juga tidak dibenarkan menindas orang lemah dll.
Mereka yang mematuhi PM akan diberi jaminan (zimmah) iaitu perlindungan dan keselamatan selagi tidak melakukan kejahatan dan mungkir janji.
13.  Konsep Persamaan dan Keadilan kepada Semua penduduk.
PM telah meletakan persamaan antara semua orang tidak mengira bangsa, keturunan, dll dan antara pemerintah dengan yang diperintah.
Persamaan ini telah mengelak jurang perbezaan kekayaan. Mengelak penindasan golongan kayake atas yang miskin.
Keadilan berdasarkan syariat Islam iaitu menolak keburukan dan memberi kebaikan kepada yang hak. PM telah mengingatkan warganegara supaya berlaku adil dan menolak kezaliman seperti dalam fasal 13 perlembagaan.
14.  Perpaduan Umat Islam
PM menyeru penduduk Madinah hidup bersatu padu kerana umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama (Muhajirin dan Ansar)
Selain itu merangkumi pelbagai kaum seperti Quraisy, Parsi, Habsyi, Yahudi, Aus, dan Khazraj. Oleh itu persaudaraan Islam perlu dibentuk tanpa mengira keturunan, tempat tinggal, warna kulit dsb. Persaudaraan ini lahir atas kefahaman keimanan kepada Allah dan Rasulnya.
15.  Pemerintahan Bercorak Musyawarah.
Semua kaumberhak untuk menyuarakan masalah kaum masing2. Semua orang boleh mengemukankan pendapat.
Mereka boleh menyuarakan pendapat tentang perkara yang menyentuh siasah (politik) . Cth Baginda pernah ditegur oleh para sahabat mengenai pilihan tempat dalam Perang Badar.

KESIMPULAN.
            Apa sahaja yang berkaitan.

BENTUK SOALAN.
1.      Bincangkan kandungan Piagam (sahifah) Madinah yang berkaitan dengan politik dan pentadbiran negara. (STPM 1998).
2.      Sahifah Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama pada zaman Islam. Huraikan perkara-perkara yang terdapat dalam Sahifah tersebut. (STPM 02)
3.      Terangkan tujuan utama pembentukan Piagam Madinah.
4.      Perlembagaan Madinah membuktikan kepimpinan Nabi muhammad mewujudkan perpaduan masyarakat Madinag yang berbilang kaum. Huraikan implikasi perlembagaan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More