MANUSIA dan MASYARAKAT (Kepercayaan & Agama) ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Thursday, May 5, 2011

MANUSIA dan MASYARAKAT (Kepercayaan & Agama)

 TAMADUN DUNIA
TAJUK: KEPERCAYAAN DAN AGAMA (UMUM)


 KONSEP/ MAKSUD/ PENGERTIAN


1.                  Segala kepercayaan kepada Tuhan, dewa, roh nenek moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya.
2.                  Ahli Sosiologi – Sistem kepercayaan dan amalan satu kelompok manusia tentang tafsiran dan gerak balas sesuatu yang di anggap suci/ kudus.
3.                  Nora Fauziah Yaakub
           Agama boleh dirumuskan sebagai;
-          Sistem kepercayaan terhadap kuasa mutlak di luar manusia.
-          Sistem ritual manusia terhadap kuasa mutlak tersebut.
-          Sistem norma yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam lain.

KEPERCAYAAN BERSIFAT POLYTHEISME/ UNSUR SEMULAJADI.
1.      Menyembah banyak tuhan, dewa-dewi.
2.      Setiap tuhan mempunyai tugas yang berlainan.
3.      Alam ini dikuasai tuhan yang menentukan nasib baik buruk penghuni alam.
4.      Tuhan mempunyai nama2nya yang tersendiri.

HUBUNGAN DENGAN RAJA/ PEMERINTAH.
1.      Raja dianggap sebagai wakil tuhan di dunia.
2.      Ada Raja dipercayai sebagai anak kepada tuhan.
3.      Mempunyai kedudukan istimewa
4.      Golongan pendita memainkan peranan penting dalam pentadbiran

TUHAN MEMPUNYAI SIFAT MANUSIA.
1.      Memiliki sifat manusia – ada rupa bentuk fizikal dan berperasaan.
2.      Sifat tuhan dijelmakan melalui ukiran patung

UPACARA PENYEMBAHAN TUHAN


1.      Melakukan upacara bagi menjamin keharmonian penduduk dengan alam sekitar dan mengelakkan malapetaka.
2.      Menghidangkan makanan kepada tuhan.
3.      Upacara keagamaan diiringi dengan alat muzik

INSTITUSI RUMAH BERHALA.
1.      Mempunyai rumah2 berhala – Cth Ziggurat (Mesopotamia) , Kuil Agung – Karnak (Mesir).
2.      Pembinaan rumah berhala untuk pusat ibadat dan pemujaan.

KEPERCAYAAN SELEPAS MATI.
1.      Percaya ada kehidupan selepas mati – Mayat diawet, Piramid dibina untuk menyimpan mayat dan harta firaun.
2.      Masyarakat Meso – Tidak mempercayai ada kehidupan selepas mati. Percaya sekira mayat tidak dikebumikan, iaakan merayau mencari makan. Mayat dikebumikan dengan bekalan makanan dan barang kegemaran si mati

SUMBER KEPERCAYAAN.
1.      Berasaskan mitos dan lagenda – Meso dari kitab Gilgamesh.
2.      Berasaskan mitos dan legenda – catatan di kuil dan istana.

STATUS TUHAN.
1.      Tuhan masyarakat Meso adalah sama taraf di antara negara kota.
2.      Mempunyai bentuk hierarki keagungan

KEPERCAYAAN KEPADA AHLI SIHIR.
1.      Masy Mesir percaya Kucing sebagai binatang suci, Wanita pula sebagai tanda kesuburan.


TAJUK PERBINCANGAN.
  1. Bincangkan ciri-ciri kepercayaan dan agama masyarakat Mesopotamia.
  2. Bincangkan ciri-ciri kepercayaan dan agama masyarakat Mesir.
  3. Bincangkan ciri-ciri kepercayaan dan agama masyarakat India.
  4. Bincangkan ciri-ciri kepercayaan dan agama masyarakat Arab sebelum Islam dan selepas Islam.
  5. Bincangkan ciri-ciri kepercayaan dan agama masyarakat Melayu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More