SEJARAH TAMADUN ISLAM
- MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM
q Nabi Muhammad telah menjalankan tugas2 menyampaikan ajaran agama Islam secara teratur dan berperingkat. Ajaran Islam tidak disampaikan secara serentak.
q Ahli sejarah telah membahagikan seruan Islam yang disampaikan itu dalam 3 peringkat. Tiap peringkat mempunyai keistemewaan yang tertentu dan tersendiri dari segi taktiknya, penerimaan dan permusuhan serta tentangan orang Quraisy terhadap seruan tersebut.
q Peringkat2 tersebut ialah;
i. Peringkat secara sulit,
ii. Peringkat berterus terang kepada kaum keluarga,
iii. Peringkat berterus terang kepada umum.
1.1 DAKWAH SECARA SULIT
§ Menyampaikan ajaran secara sulit ini dari seorang ke seorang antara kalangan keluarga terdekat, sahabat handai yang dipercayai cenderung menerima seruan tersebut.
§ Mereka2 yang mula2 menerima ajaran Islam diperingkat ini ialah Siti Khadijah (isteri Nabi) Ali Abu Talib (sepupunya – ketika itu berumur 10 tahun) Zaid al Harisah (anak angkat) dan Abu Bakar (seorang sahabat).
§ Melalui Abu Bakar, sahabat yang memeluk Islam ialah Osman Affan, Zubir al Awwan, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas, Talhah Ubaidullah, Abu Ubaidah al Jarrah dan Arqam.
§ Mereka2 yang mula2 menerima Islam ini dikenali sebagai Assabiqunal Awwalaun ( orang yang terdahulu dan ulung )
§ Mengikut catatan sejarah tidak kurang 55 orang yang berjaya diIslamkan diperingkat ini . Peringkat ini juga mengambil masa selama 3 tahun.
§ Pada peringkat ini Puak Quraisy tidak melakukan penentangan atau dengan kata lain membiarkan sahaja perkara tersebut keran;
i. Ajaran Islam itu tidak dapat menandingi kepercayaan tradisi,
ii. Merasakan iakan lenyap begitu sahaja kemudiannya.
1.2 TERANGAN2 KEPADA KAUM KELUARGA
§ Apabila arahan melalui wahyu seperti dalam surah al Syu’ara ayat 24
“ Dan berilah ingatan kepada keluargamu yang terdekat.” Maka pengajaran agama Islam peringkat ke 2 bermula.
§ Nabi mula mengadakan ceramah/ ajaran dirumah Ali Abu Talib kepada semua keluarga terdekat. Semua ahli keluarga menghadiri majlis tersebut.
§ Melalui majlis tersebut ramai ahli keluarga yang memberi kesanggupan untuk menerimanya disamping itu juga ramai pula yang mengejek2 Nabi serta memandang rendahajaran dan usaha Nabi. Mereka yang menolak itu kerana masih sebati dengan kepercayaan tradisi dan ajaran nabi itu adalah ajaran yang baru.
§ Orang yang paling lantang menentang itu ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab.
1.3 BERTERUS TERANG KEPADA UMUM
§ Tidak lama kemudian baginda mengadakan pula satu rapat umum di Bukit Safa. Dalam majlis tersebut di hadiri oleh semua ketua2 puak Quraisy. Mereka2 itu seperti Abdul Mutalib, Abdul Manaf, Zuhrah, Tamim dll.
§ Rapat umum itu diadakan setelah Nabi menerima wahyu untuk berbeuat demikian. Ini dijelaskan dalam al Quran melalui surah al Hijr ayat 94
“ Berterus teranglah apa yang diperintahkan
kepada engkau. Jangan engkau hiraukan orang2
Musyrikin, sesungguhnya kami akan memelihara
engkau daripada mereka yang mengejek engkau”
§ Ucapan nabi dalam majlis tersebut mendapat penghinaan dan gangguan terutama dari Abu Lahab. Gangguan tersebut menyebabkan majlis tersebut terpaksa dibubarkan.
§ Rapat umum yang diadakan itu meninggalkan kesan yang baik. Oleh itu ramailah orang Mekah yang tertarik dan terbuka hati untuk memeluk Islam.
§ Selepas itu Nabi mula merancang dan mengemaskan dakwahNya selain menyerahkan diri kepada Allah.
§ Darul Arqam didirikan dan dijadikan pusat penyebaran ajaran Islam. Tempat ini merupakan sebuah rumah yang diwakafkan oleh seorang sahabat iaitu Arqam ibn al Arqam . Di rumah tersebut penganut agama Islam mempelajari agamanya.
- TENTANGAN ORANG QURAISY
§ Sewaktu seruan ajaran Islam dijalan secara sulit atau pada peringkat awal, tidak nampak riak2 perseteruan yang dibuat oleh orang Quraisy. Pada peringkat ini mereka tidak menyangka seruan tersebut akan mendapat sambutan dan diikuti oleh orang ramai.
§ Pada peringkat ke2 pula, penentangan dari puak Quraisy tidak dilakukan. Orang2 Quraisy menganggap bahawa masalah yang timbul itu merupakan masalah kekeluargaan Nabi. Mereka menganggap perkara itu akan diselesaikan dalam lingkungan keluarga tanpa melibat orang luar tambahan pula terdapat penentangan keras dibuat oleh Abu Lahab dan keluarga yang menyokongnya.
§ Apabila gerakan seruan secara terus terang diperingkat umum dibuat, barulah orang2 Quraisy mula merasa gelisah. Mereka mencari jalan untuk mencari perseteruan dan penentangan bagi menghapuskan ajaran Islam.
- KESIMPULAN
- BENTUK SOALAN.
i. Bincangkan aktiviti dakwah nabi Muhammad sewaktu berada di Kota Mekah, masalah, cabaran serta langkah yang diambil oleh Baginda bagi menegakkan ajaran Islam.
0 comments:
Post a Comment