KEJADIAN MANUSIA MENURUT al- QURAN ~ Cikgu Zainal
Cikgu Zainal-blog pengajian am dan sejarah stpm

Friday, March 25, 2011

KEJADIAN MANUSIA MENURUT al- QURAN

SEJARAH 940/1
TAMADUN ISLAM

KONSEP MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (ALQURAN)

PENGENALAN
  1. Manusia ialah sejenis haiwan yang boleh berfikir dan dikategorikan dalam peringkat tinggi. Homo spiens dalam bahasa Latin
  2. Wujud sejak 500 000 SM  (Zaman Air Batu)– berdasarkan kajian arkeologi.
  3. Manusia boleh berfikir untuk memperbaiki diri dan mencipta perhubungan sesama manusia.

KONSEP MANUSIA

  1. Konsep manusia secara umum;
o   Manusia sejenis haiwan mamalia
o   Boleh berfikir dan berkata-kata – mempunyai akal/ otak.
o   Berkemampuan mencipta kemajuan dan pembangunan dengan daya fikiran mereka.
o   Sekumpulan manusia sama ada kecil/ besar akan membentuk satu unit sosial/ masyarakat
  1. Konsep Barat (BerasaskanTeori Evolusi Charles Darwin)
·         Manusia berasal daripada monyet
·         Teori ini amat berpengaruh bukan sahaja di negara2 Eropah tetapi di negara2 Islam pada abad ke 19 dan awal 20.
·         Teori Evolusi ini telah diperkenalkan oleh beberapa tokoh falsafah Greek seperti Aristotle, Anazimander dan Empidocles.
  1. Manusia mengikut al Quran
§  Manusia adalah istilah bahasa Melayu yang meyamai istilah dalam al Quran iaitu al-ins, al-insan, al-nas dan al- basyar
§  Nama2 dalam al Quran itu merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

ASAL USUL KEJADIAN

  1. Kejadian manusia daripada keturunan Nabi Adam (as) dan isterinya Hawa. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’  ayat 1-
“Hai sekian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah mencitkan isterinya (Hawa) daripada kedua2nya Allah membiak lelaki dan perempuan yang banyak.”
  1. Allah menjadikan Nabi Adam daripada tanah seperti yang disebut dalam al Quran sebagai al-tin, al-turab, al-hama dan al-salsal. (Rujuk Surah al-sajadah ayat 7, Surah al-Hijr ayat 15 & 28 serta Surah al-Rum ayat 20)
  2. Para ulama mengatakan Allah mencipta Nabi Adam pada hari Jumaat.
  3. Terdapat 4 peringkat proses penciptaan Nabi Adam iaitu;
i.                    Allah menghimpunkan semua unsure untuk menjadikan Nabi Adam.
ii.                  Semua himpunan itu diadununtuk menjadi sejenis tanah/ al-tin. Kemudian tanah itu dibiarkan sehingga kering dan bertukar warna.
iii.                Allah membentuk tanah itu menjadi manusia dan dikeringkan sekali lagi.
iv.                Kemudia Allah menghembuskan roh ke rangka Nabi Adam.

MANUSIA KETURUNAN NABI ADAM.

  1. Hanya Nabi Adam sahaja yang dicipta secara langsung daripada tanah. Sementara manusia lain kecuali Hawa dan Nabi Isa dijadikan daripada air mani ibu dan bapanya.
  2. Ulama berpendapat pembentukan bayi (bakal jadi manusia) pasti melalui 7 peringkat/ proses iaitu;
i.                    Nuffah  (air mani)
ii.                  Alaqah (segumpal darah)
iii.                Mudhghah (seketul daging)
iv.                Izam (tulang)
v.                  Tulang yang dibaluti daging
vi.                Lembaga yang lengkap
vii.              Ditiupkan roh.

KEISTIMEWAAN KEJADIAN MANUSIA

  1. Tabiat manusia dan sifatnya lebih kurang sama dengan haiwan seperti berkahwin, beranak pinak, makan minum serta mempunyai nafsu yang tidak terbatas.
  2. Namun keistimewaan manusia ialah akal dan kemampuan berfikir yang dikurniakan Allah
  3. Manusia juga dikurniakan dengan 5 unsur penting iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati.
  4. Manusia dikurniakan dengan pelbagai kenikmatan yang terdapat di atas muka bumi ini.

MATLAMAT MANUSIA DIJADIKAN

  1. Menjadi khalifah di muka bumi dengan memakmurkan dunia dan pengadbian kepada Allah.
  2. Menjadi seorang hamba yang soleh, mengabdikan diri hanya kepada Allah dalam segala aspek seperti politik, sosial , ekonomi dll.
  3. Membangunkan usnsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan  kebahagian dunia dan akhirat.
  4. Allah menjadikan manusia pelbagai bangsa dan warna kulit agar mereka saling kenal mengenal.
KESIMPULAN.
Apa sahaja yang berkaitan.

BENTUK SOALAN.
  1. Jelaskan konsep manusia dan asal usul kejadian serta tugas2nya menurut pandangan Islam.
  2. Huraikan konsep dan fungsi manusia dilihat dari perspektif Al-Quran..
  3. Manusia sebagai khalifah Allah di permukaan bumi. Jelaskan konsep manusia dan konsep ummah mengikut Al-Quran.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More