HIJRAH DALAM ISLAM.

MANUSIA dan MASYARAKAT ( Hijrah ).

Pemerintahan dan Pentadbiran (tamadun Dunia)

Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan kepada beberapa perubahan besar di Eropah.

Fotografi-Sungai Besar v3

Kesinambungan Kisah Nelayan.

SISTEM PERBANDARAN (Umum)

Satu kawasan yang didiami oleh ramai penduduk, sebahagian mereka boleh membaca, menulis, serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Thursday, July 14, 2011

EMPAYAR MELAYU (SRIVIJAYA)


PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN
EMPAYAR MELAYU (SRIVIJAYA)

LATAR BELAKANG
  1. Kerajaan Maritim – Ciri-ciri kerajaan Maritim
  2. Keruntuhan Kerajaan Funan – Abad ke 5M
  3. Muncul beberapa Empayar Melayu – Srivijaya, Majapahit, dan Melaka

KEMUNCULAN

  1. Muncul pada abad ke 7M. Keunggulan dalam perdagangan dan politik di Alam Melayu  sehingga abad ke-15M (Leonard & Waston Andaya  “Sejarah Malaysia” 1983)
  2. Bukti inskripsi Kedukan Bukit (Palembang) – Pengasasnya ialah Dapunta Hiyam.
  3. Berkembang melalui penguasaan kawasan spt Melayu Jambi (775M),  Kataha/ Kedah Tua (671M),  Negeri2 di kawasan Segenting Kra (775M)
  4. Akhir abad ke 8 menguasai sepenuhnya jalan perdagangan Selat Melaka.

FAKTOR KEMUNCULAN

      Menurut Abdul Rahman Hj Abdullah dalam “Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional”
       (1989) menjelaskan bahawa;
“ kedudukan dan kekuatan mengawal perdagangan, kemudahan2
yang disediakan oleh kerajaan, jaminan keselamatan serangan lanun,
hubungan persahabatan dengan China, kekayaan sumber (hutan & laut)
serta pentadbiran yang cekap menyebabkan kemakmuran Srivijaya”.

  1. Peluasan Kuasa dan Kekuatan Tentera
-          Peluasan kuasa melalui misi2 ketenteraan di Bangka, Tulang Bawang, Minangkabau, dan Tarumangara (Jawa Barat)
-          Penguasaan di Semenanjung Tanah Melayu spt Kedah, hingga Ligor di pantai timur
-          Penguasaan itu menyebabkan Srivijaya menguasai beberapa pusat perdagangan sekunder yang merupakan pelabuhan entrport penting di Selat Melaka spt Jenderam Hilir, Kuala Selising, Kota China dan Lembah Bujang.
                                    -     Sumber China – Abad ke 11M Srivijaya telah menguasai 14 buah pelabuhan utama Asia Tenggara. Penguasaan ini menyebabkan Srivijaya muncul sebagai negara Thallasocracy penting di Asia Tenggara

  1. Penguasaan Orang Laut,
-          Menurut O.W. Wolters dlm buku “Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu” (1990) menjelaskan bahawa kejayaan Srivijaya terletak pada kemampuan pemerintahnya menguasai orang laut.
-     Penguasaan ini penting kerana mereka sering merompak kapal2 yang melalui perairan Selat Melaka.
                                                      -     Inskripsi Telaga Batu menyebut tentang pemerintah Srivijaya telah mengawal orang laut dengan melantik mereka sebagai tentera laut
-          Menurut Nik Hassan Suhaimi dalam bukunya “ The Kindom of Srivijaya As Socio-Political and Entity” (1990) – seramai 20,000 orang laut dilantik menjadi tentera laut.
                                    -     Ketua2 orang laut juga dilantik sebagai hulubalng dan syahbandar di pelabuhan2

  1. Kekayaan Barangan Dagangan.
                                    -     Kawasan pendalaman kaya dengan damar, rempah, lada, wang-wangian, gading, kemanyan, kapur barus, kayu geharu, cendana, dll.
                                    -     Bahan dari laut – kulit kura2/ penyu, kulit kerang yang diperlukan di China dan Asia Barat.
                                    -     Barang dagangan dari luar spt dari  China – tenbikar, seramik, sutera, dan belerang. Dari Asia Barat spt candu, manik, minyak wangi, permaidani, senjata, alat perhiasan dan alat muzik.
-          Oleh itu srivijaya telah memainkan peranan sebagai;
-                      Tempat persinggahan kapal dagang.
-                      Pusat pengumpulan & penyebaran
-                      Pusat pengagihan barang dagangan.

  1. Peranan Tuhan Vatakvurah (penyelia Perdagangan)
-    Berperanan mengawasi kegiatan Puhawang (anak kapal) dan Vaniaga (pedagang)  tempatan yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.
      -    Menetapkan harga dalam pasaran dan menyediakan kemudahan pedagang.
      -    Memungut hasil cukai perdagangan kepada kerajaan pusat.

5.   Sistem Pentadbiran Yang Cekap & Sistematik,
      -    Gambaran inskripsi Telaga Batu jelas perlihatkan Srivijaya mempunyai sistem pentadbiran yang bersistematik dan teratur.
      -    Srivijaya merupakan sebuah Kedatuan (empayar) yang dibahagikan kepada beberapa Mandala. Mandala ini ditadbir oleh Datu (anak raja – Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Rajakumara, dan Rajaputra).
      -    Datu akan dibantu oleh Parvanda (ketua tentera). Parvanda dibantu oleh Senapati (peminpin tentera daerah/ wilayah) dan Pratisara (komander tentera)
-  Pegawai2 pentadbir lain spt Dandanayaka (hakim) Nayaka (Penghulu Bendahari), Pratyaka (Temenggung),  Murdhaka (penghulu) Tuhan Vatakvurah  (penyelia perdagangan) dan Kumaramatya (orang kaya-kaya)
-  Kelas pekerja spt Kayastha (kerani), Sthapaka (arkitek), Puhawang (anak kapal), Vaniaga (pedagang), Vasikarama (tukang besi) Marsi Haji (tukang cuci raja) dan Hulun Haji (hamba raja)


  1. Pusat Pengajian Agama Buddha.
-     Memainkan sebagai pusat pengajian agama Buddha di Asia Tenggara, India dan China.
      -     Raja2 Srivijaya juga telah memberi bantuan utk membina kuil-kuil di India. Cth pada 949M Raja Rajaputradeva telah membina sebuah kuil di Nalanda (India)
      -     Sumber China menurut Leonard & Watson Andaya dalam buku “Sejarah Malaysia” menjelaskan bahawa raja Srivijaya membina sebuah kuil Tao di Canton.
-     Menurut I-Ching (mubaligh Buddha) dari China telah melawat Srivijaya pada 671M. Beliau menyebut ada sekumpulan 1000 orang sami belajar di Srivijaya.
      -     Jelas menurut Leonard & Watson Andaya – “Sejarah Malaysia” bahawa raja2 Srivijaya telah menggunakan kekayaan dari perdagangan utk membiayai pengajian agama dan membina yayasan-yayasan agama Buddha.

FAKTOR KEMEROSOTAN.
1.                  Mula mengalami kemerosotan pada abad ke 12M apabila negeri2 jajahan mula membebaskan diri daripada kerajaan pusat apabila kerajaan pusat sudah mula hilang cengkaman dan pengaruh keatas negeri2 jajahan.
2.                  Srivijaya juga mula menghadapi ancaman dari Empayar Majapahit dan Jawa Timur.
3.                Permusuhan dengan Dinasti Chola (India Selatan) telah menyebabkan mereka menyerang dan menawan Raja Srivijaya pada 1025M
4.                  Kemunculan kerajaan baru seperti Melayu-Jambi telah menyebabkan kerajaan Srivijaya lenyap pada abad ke 14M

BENTUK SOALAN.
  1. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kemunculan Empayar Sirivijaya pada abad ke 7 – 12M.
  2. Bandingkan dan bezakan sistem pentadbiran Empayar Rom dan Srivijaya.

Tuesday, July 5, 2011

PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH)


PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH)

MESIR dan CHINA


TAMADUN MESIR.
1.   PENTADBIRAN PUSAT
·                  Sebuah rejim bercorak totalitarian dengan dipenuhi oleh birokratik. Sistemnya  dipenuhi rangkaian pegawai2 yang bekerja diperingkat pusat dan wilayah (provinsi)
·                  Firaun berkedudukan tertinggi/ di atas sungguh berpengaruh serta berkuasa mutlak.
·                  Kedudukan di bawahnya pula diikuti oleh pegawai tinggi yang paling berpengaruh iaitu wazir.. Wazir dilantik dari kalangan kerabat diraja.
·                  Zaman Kerajaan Baru (New era) dua orang wazir dilantik bagi mentadbir Mesir . Pentadbiran Mesir Utara yang berpusat di Memphis dan Mesir Selatan di Thebes..
·                  Tugas wazir amat berat iaitu meliputi;
i.        Bidang pertanian – memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatat pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air (reservoirs) Mengawasi kerjaa menebang pokok dan membina terusan
ii.      Kehakiman – Ketua hakim.
-                           Mengikut sistem perundangan Mesir, tiap bandar mempunyai majlis dikenali sebagai Saru (zaman kerajaan lama) atau Kenbet. Majlis ini badan yang menjalankan dasar dan hukuman di tiap bandar tersebut.
-                           Kes2 serius akan dirujuk kepada Kenbet agung di Mempihs atau Thebes . Kemudian ia dirujuk kepada mahkamah wazir (senior court)
-                           Dalam membuat keputusan wazir bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea2 firaun dan menjalankan hukuman bagi pihak firaun menggunakan kuasa yang diberi/ mewakili kuasa firaun.
-                           Wazir akan dibantu oleh golongan eksekutif, pengarah kabinet dan kerani-kerani (scribes).
-                           Perlu ditegaskan dalam apa juga keadaan pun , firaun adalah ketua hakim yang sebenar.
iii.    Melantik Kaki Tangan – Wazir bertanggungjawab memilih dan melantik kaki tangan berkhidmat untuk keluarga diraja. Merekrut pengawal keselamatan raja.
iv.     Bidang Kewangan – memeriksa akaun-akuan cukai. Beliau akan mengeluarkan resit yang berkenaan.
v.       Laporan kepada Firaun. – Wazir akan menyampaikan segala laporan mengenai hal ehwal dan perkembangan negara setiap hari apabila menghadap firaun.
vi.     Tanggungjawab Lain – Menyelia ekspedisi diraja, bengkel dan projek2 pembinaan, gudang2 dan estet2 yang dimiliki oleh rumah berhala Amun.
vii.   Pembantu Wazir - Tanggungjawab wazir akan dibantu oleh Canselor. Cancelor2 ini akan mendapat maklumat terlebih dahulu daripada ketua2 jabatan.
·         Canselor – Juga satu jawatan penting.
-                           Tugas utamanya ialah menguruskan hal ehwal ekonomi negara. Menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.
-                           Cukai dibayar dengan barangan seperti jagung, kurma, tepung, kek, ikan dsb. Barangan ini disimpan dalam perbendaraan atau gudang diraja (royal storehous) .
-                           Oleh kerana banrangan itu mudah rosak, tanggungjawab beliau untuk mengumpul dan mengedarkan dengan segera.
·         Wizurai – Jawatan penting bagi jajahan Nubai. Diwujudkan semasa dinasti ke-18. Wizurai Nubia dikenali sebagai Royal Son of Kush..
·          Dipercayai terdapat enam (6) jabatan kerajaan yang dikenali sebagai Six Great House. Jabatan Perbendaharaan merupakan yang terpenting. Ia ditadbir oleh dua orang penyelia yang bertindak sebagai ejen kepada Wizurai. Walaupun jabatan kerajaan diuruskan oleh kerajaan pusat, namun hubungan dan kerjasama dengan pentadbiran wilayah amat erat.
·         Raja juga dibantu oleh sekumpulan pegawai2 istana (courtiers). Pegawai ini memainkan peranan penting dan amat berpengaruh. Iaitu seperti ; -
-                           Jawatan ketua pengurus firaun (Chief Steward) adalah mentadbir estet2 diraja yang luas. Mengurus pentadbiran istana, merancang ekspedisi2 diraja, mendidik putera raja.
-                           Pegawai yang mengawasi makanan, minuman, dan tempat tinggal
-                           Penyelia istana – bertanggungjawab menjaga penghuni wanita istana.
-                           Jawatan lain – Jurucakap Diraja (spokeman) ,  kerani – mengawasi kerja2 pembinaan, memulihara bangunan2 lama

2.   PENTADBIRAN WILAYAH
·         Terdapat lebih kurang 20 nomes di Mesir Utara da 22 Nomes di Mesir Selatan. Tiap nomes akan ditadbir oleh Nomarch. Mereka ini berasal daripada keturunan ketua2 suku pemerintah Mesir pada zaman pradinasti.
·         Peringkat ini Mayor (Datuk Bandar) merupakan pegawai yang penting. Tugas beliau seperti mentaksir , mengumpul dan menyimpan hasil cukai serta menghantar laporan kepada wazir. Mayor juga akan menyelesaikan kes2 kecil serta mewujudkan keamanan di dalam bandar.
·         Penguat kuasa undang terletak di tangan Medjay , lama kelamaan mereka menjadi pengawal kebangsaan (national guard).
·         Tiap bandar mempunyai pasukan tentera dan polis sendiri. Tugas mereka untuk mengawal kubur2 diraja, membuat rondaan dan kawalan sempadan negara.



TAMADUN CHINA.
1.   PENTADBIRAN PUSAT
·         Sistem Pentadbiran bagi yang teratur diasaskan pada zaman Dinasti Chin. Sistem ini telah mempengaruhi institusi politik China seterusnya.
·         Pada zaman Dinasti Han, banyak ciri penting pentadbiran China diubahsuai oleh Liu Pang.. Beliau telah menghapuskan kawalan kerajaan pusat terhadap wilayah. Pemerintah wilayah mempunyai kuasa penuh dikawasan masing2 manakala kerajaan pusat hanya berkuasa penuh di sekitar ibu kota seperti Shensi, Shansi, Honan, dll. Pemerintah pusat menguasai wilayah2 menerusi sistem birokrasi pusat yang bercorak autokratik.
·         Bagi melicinkan sistem pentadbiran, empayar (China) dibahagikan kepada Chun (provinsi) dan WongKuo (kingdoms). Disamping itu terdapat unit2 lebih kecil seperti Hsien (negeri) , Hsing (daerah) dan Li
·         Di Peringkat pusat kuasa tertinggi terletak di tangan maharaja. Beliau merupakan punca segala undang-undang, ketua agama.
·         Maharaja akan dibantu oleh San Kung atau Three Lords iaitu terdiri daripada Canselor, Setiausaha Diraja (Imperial Secretary) dan Grand Commandant. Ketiga-tiga pegawai tersebut dibantu oleh sembilan orang menteri
·         Canselor - Orang kanan maharaja. Mempunyai kuasa tertinggi selepas maharaja. Beliau berperanan seperti;
i.                    Menyokong dan melantik pegawai2 kerajaan.
ii.                  Mengawasi pegawai dan Menghukum yang bersalah.
iii.                Menguruskan hal ehwal kewangan terutama menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara.
iv.                 Membuat persediaan ketika kempen ketenteraan.
v.                   Mengetuai mesyuarat istana dan melapor kepada maharaja.
vi.                 Mengarahkan serta memeriksa pegawai2 pentadbir di peringkat provinsi.
·         Setiausaha Diraja – Tugas utama beliau ialah membantu canselor dalam bidang pentadbiran negara. Sebagai s/usaha beliau bert/jawab menyelia dan mengawasi pegawai2 kerajaan agar tidak berlaku penyelewengan. Mengawal disiplin pegawai dan pekerja istana. Menyimpan peta, buku pendaftaran, buku suci serta membantu penolong s/usaha menyimpan rekod2 aktiviti maharaja.
·         Grand Commandant – Bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan. Jawatan ini bukan merupakan jawatan tetap. Akan diwujudkan mengikut keperluan.
·         Menteri – Terdapat sembilan orang menteri yang mempunayi potfolio tertentu seperti;
i.        Menteri Upacara dan Adat Resam – Dianggap ketua paderi dalam kerajaan. Bertanggungjawab menjalankan upacara pemujaan tokong2 kerabat diraja dan upacara penyembahan syurga dan neraka. Menyelia akedamik diraja. Mengendalikan peperiksaan kerajaan dan melaporkan pelajar2 yang layak kepada maharaja.
ii.      Penyelia Pembantu Diraja – Bert/jawab terhadap pengawal keselamatan istana yang menjaga pintu2 istana dan dewan. Lazimnya terdiri daripada
iii.    Komandan Tentera – Mengawasi tentera yang mengawal pintu masuk istana. Dianggap sebagai ketua pengawal diraja.
iv.     Pembantu Kanan – Bert/jawab terhadap kereta2 kuda dan kuda yang ditugaskan untuk mengiringi pasukan yang ditetapkan mengikut keadaan dan upacara. Tugas penting ialah memastikan kawasan padang2 rumput dan kuda yang dipelihara.
v.       Komandan Keadilan – Menerima dan menyelesaikan kes2 rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh gabenor provinsi. Jika tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada maharaja.
vi.     Bentara Agung – Bert/jawab terhadap orang2 gasar yang menyerah diri. Juga merupakan pengarah ritual semasa upacara pengorbanan bagi syurga serta pengerusi majlis jamuan maharaja.
vii.   Pengarah Kerabat Diraja – Menerima dan menyimpan rekod saudara mara diraja
viii.             Menteri Pertanian – Membayar gaji kakitangan kerajaan dan mengumpul cukai. Pendapatan diperolehi daripada cukai kepala, tanah, hasil monopoli pengeluaran garam dan besi serta penjualan arak.
ix.                 Bendahari – Mengurus kewangan anggota kerabat diraja.

2.      PRNTADBIRAN PROVINSI (WILAYAH).
·         Unit paling utama. Pegawai2nya terdiri daripada wizurai, gabenor general, gabenor leftenan/ bendahari, pegawai penguasa garam dan bijiran.
·          Wizurai lazimnya dilantik bagi mentadbir dua atau tiga provinsi seperti Fukien – Chekian, Hupeh – Hunan dll. Mentadbir tiga provinsi seperti Kiangsu- Anhui- Kiangsi,
-                           Pada umumnya wizurai mempunyai kuasa seperti raja di kawasan takluknya tetapi ia tertakluk kepada maharaja.
·         Gabenor adalah pentadbir kawasan kurang utama seperti Chihli dan Azechuan. Sorang gabenor berperanan seperti wizurai tetapi beliau terletak dibawah wizurai.
·         Unit2 lebih kecil seperti Hsien , Hsiung dan Li mempunyai ketuanya sendiri. Mereka memainkan peranan sebagai hakim, polis, mengetuai upacara keagamaan dan mengumpul cukai.

Monday, July 4, 2011

PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD saw

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN (TAMADUN ISLAM)

 PEMERINTAHAN ZAMAN NABI MUHAMMAD

PENDAHULUAN

  1. Tekanan yang hebat dari musrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam
  2. Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam telah diasaskan oleh jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan pemerintah dan pemimpin negara di samping menjadi nabi dan rasul.
  3. walaupun negara pertama yang diasaskan oleh nabi Muhammad dalam bentuk paling sederhana namun sudah cukup untuk dijadikan model kepada sebuah negara Islam melalui pengkajian prinsip2 dan asas2 utama yang wujud di dalamnya.
  4. Prinsip2 dan asas2 yang wujud itu melalui nas wahyu al quran dan sunah

ISI PENTING.
1.      PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
            Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama ( tahun ke 12 kesasulan nabi ) dan Perjanjian Aqabah ke dua ( tahun ke-13)
            Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin.
            Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara
i.                    Islam – dijadikan rujukan dan landasan
ii.                  Syura – kaedah pentadbiran
iii.                Semangat aqidah – bagi menggantikan semangat assabiyyah
iv.                Piagam madinah – sebagai perlembagaan negara.

2.      KONSEP SYURA
            Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
            Perkara ini dijelaskan dalam al Quran seperti;
i.                    Surah al-Syura ayat 38 “ Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka”
ii.                  Surah al Imran ayat 59 –“ Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu”
iii.                Juga disebut dalam Surah al Imran ayat 159.
            Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
            Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam  Nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.
            Anggota majlis syura semasa pemerintahan Nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Penglima tertinggi Tentera
            Menurut Al Mawardi dalam kitabnya “Al Ahkamus- Sultaniah” dan Syed Rashid Rudha dalam “Al- Khalifah” merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan al Quran dan pandangan serta pendapat nabi.

3.      PIAGAM MADINAH.
            Prof Dr Muhammad Hamidunllah – Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad dalam “ Ikhtisar Perkembangan Islam” menyatakan – Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana2 nabi dan rasul sebelumnya.
            Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah
            Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi.  Ibnu Ishaq dalam kitabnya “Sirah Rasullah” dan Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al Nabawiyah” menyatakan  bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggung jawab pemerintah dan orang yang diperintah.
            Piagam Madinah dibuat diantara;
i.                    Orang Islam (Muhajrin dan ansar ) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
ii.                  Antara orang Islam sesama Islam – antara Muhajirin dan Ansar.
            Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu;
i.                    Bahagian Pertama – 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
ii.                  Bahagian Kedua – 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang2 Yahudi.

  1. STRUKTUR PEMERINTAHAN
            Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu;
i.                    Konsep syura,
ii.                  Persamaan taraf
iii.                Persaudaraan dan perpaduan – tindakan mempersaudarakan pihak Ansar –( Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
iv.                Keadilan
v.                  Peraturan am atau Perlembagaan negara.
            Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut;
i.        Sederhana dan ringkas,
ii.      Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/ pentadbiran dan penggubal undang2
iii.    Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
iv.    Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara sukarela dan tidak menerima sebarang gaji / pendapatan negara
v.      Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.
            Jawatan yang wujud adalah seperti berikut
i.                    Ketua negara
ii.                  Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba’ (syura) Setiausaha (Sahib al Sir) dan Pemegang amanah.
iii.                Peringkat kedua – Wali / gabenor dan Amil, Khadi, Penulis ( wahyu, surat dsb) dan Penterjemah.

 PENUTUP

            Apa sahaja yang berkaitan.

 BENTUK SOALAN
1.      Bincangkan bentuk pemerintahan Nabi Muhammad di Kota Madinah sebagai sebuah negara Islam pertama.
2.      Huraikan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More